Rabu, 3 Mac 2010

apa yang nak dikritikkan.....


Mengapa kebanyakkan sukakan kejayaan
tapi benci orang yang berjaya ?
bila mana ada orang yg meningkat lebih daripada biasa ,
akan sentiasa ada seseorang cuba menhancurkannya.
Bila kita lihat ada orang berada di punjak bukit
dia tidak sekadar sampai ke situ
TETAPI PERLU HADAPI KESUKARAN SAMPAI KE SITU.
tidak bezanya dalam kehidupan seharian kita.
LEBIH BANYAK KITA MERAIH KEJAYAAN
lebih banyak kita meraih kritikan.
pengkritik selalunya duduk di luar gelanggang.
mereka orang yg pencapaiannya kurang tetapi menjerit kepada pelaksana -
memberitahu mereka bagaimana melakukannya dengan betul.
DARI JINGGO
pengkritik bukanlah ketua
pelaksana yang lebih baik
MINTA MEREKA TURUN KE GELANGGANG.
kepada jinggo
begini ajalah
kadang tidak perlu kita hebahkan
apa kita nak buat
kalau sekadar mengundang kritikan orang lain.
BERTINDAK AJA.

14 ulasan:

Tirana berkata...

Berterimakasih kepada pengkritik..Kadang-kadang dengan kritikan mereka, baru kita nampak kelemahan kita kemudian kita berusaha untuk memperbaiki diri..

zai berkata...

Setuju dengan Tirana..

lihatlah kritikan dari sudut positif dari negatif pasti kita akan lebih berjaya mengharungi dugaan dan ujian dihari mendatang...

Jinggo...kak zai will always support you..don't worry k...

blueCITY® berkata...

salam

saya tak pernah bendi org yg berjaya
malah saya akan respek

cuma
kadang2 kita marah
bila kita tahu dan pasti
dia berjaya kerana penipuan
kerana menyusahkan org lain

tapi
saya masih juga percaya
dah rezeki dia
biar kan je la
buruk baik akibat dia akan dapat juga balasan

so,
senang kan

saya percaya pada rezeki

arryani berkata...

Ada org bjaya sbb adanya kritikan...

tapi, ada gak dsebaliknya..

p/s gmbr yg comel...

Zuraini bt Kamarudin berkata...

apa salahnya kalau kritik yg membina...take it as a challenge..

Syd berkata...

ada yang orang yang berjaya, mengikut resmi padi, makin tunduk makin berisi

ada orang yang berjaya mengikut resmi enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing masing.

kalau sepuluh orang kritik benda yang sama, perlu dikaji kritikan itu

tapi kalau hanya seorang dua, anggapanlah kritikan itu bak "mak janda" yang melekat di stoken...

psst... apa nama saintifik pokok "mak janda" tu :P

- jinggo - berkata...

puan tirana
terima kasih kerana kritikan
kerana dengan krtikan mungkin dia akan menjadi lebih baik dari dia....pengkrtik

- jinggo - berkata...

zai
kritikan positf @ negetif.
asasnya adalah penambahbaikkan.
betul tak
kita kena ada skill untuk mendengar.

- jinggo - berkata...

blue
orang berjaya
biar bagaimana sekali
mesti dimulai dengan tindakan
betul tak

- jinggo - berkata...

aryani
selalu macam tu
orang yg super hebat
mesti pernah teruk kena kritik

- jinggo - berkata...

kak zu
betul
cuma kena ada kemahiran untuk jadikan filter.........tapis.

- jinggo - berkata...

syaidah
tanyalah sapa
bill gates sekali pun.
mesti teruk kena krtik.
moralnya - kita buat kerja dulu....

Ruby berkata...

salam cgu...

hidup tanpa kritikan tidak meriah...

kadang2 ianya membantu utk kita lebih bergerak jauh dan lebih tinggi.. kadang2 ianya boleh membawa kehancuran..

erpulang kepada kita bagaiman kita menerimanya...

kritikan yg membina.. itu yg kita cari...

blueCITY® berkata...

cantik pic dgn tok guru
i like
heeeeeeeeeee...

kritik lah aku
ekekkek

Eco Kid Adventure on Facebook