Jumaat, 31 Oktober 2008

apa yg membezakan kita - ceramah malam ni....


Mantan Pengarah BiroTataNegara Selangor - Hj Shukur Ghaffor bersama di PJKN.

Apa yang menjadi kita berbeza - dalam kontek Perpaduan ( Melayu , Cina dan India dan seterusnya ) - kita masyarakat berbeza ujud dan hidup dalam satu komuniti yang arahnya sama. Keharmonian bersama kaum. Tapi kita sering berbeza.

lama duduk menyelak buku itu dan ini - akhirnya ini intipati yg mahu dikongsi dan seterus menjadi sebahagian daripada cerita kita. Berdasarkan kajian besar menyatakan kita berbeza di sebabkan oleh FASIOLOGI ( fizkal ), SOSIOLOGI ( persekitaran )DAN PSIKOLOGI ( emosi )- begitulah juga dalam perhubungan sesama - kita sering berbeza...

Ketidaksamaan ini menjadikan kita berbeza - dan sistem yg tidak melihat ' punca ' berbeza menjadikan kita semakin berbeza...

Konflik dari penafsiran seterusnya membutir impak yg tidak molek untuk kita lihat.
Kajian menyatakan kita berkonflik disebabkan K + M + H = K ...karektor + matlamat + Halangan = Konflik.Untuk itu apa tindakan kita : sejauh mana kemampuan kita untuk menyamaratakan MATLAMAT zahir daripada Karektor yg dibentuk dari sistem awal ( agresif , asertif dan pasif ) -

Moral untuk aku : ini yg akan di ' goreng ' malam ni...menyamaratakan MATLAMAT. Begitu jua dalam kehidupan sosial kita. Kita sering berbeza....sejauh mana kemampuan kita untuk menyamaratakan adalah lahir daripada sistem.......

9 ulasan:

nurdaniella berkata...

persekitaran kita membesar juga membezakan.. dan semakin berbeza bila dah melangkah ke dunia politik yang serba kotor itu... kenapa kita tidak boleh terus menghormati antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan kaum??

Unknown berkata...

rasanya beginilah puan nurdaniella - tumbesaran kita di atas kepada sistem ' siapa mak ayah kita ' - dan membentuk satu kepercayaan..akhirnya kita berbeza. berbalik pada politik.ceritanya sama - sudah terbentuk kepercayaan yg macam tu...sukar untuk di robohkan kepercayaan tu hanya sekadar cerita..sistem yg praktikal ( komitmen + kosisten )- teringat kata Dr Ridzuan Tee ( dlm rancangan Hujah )- kenapa Indonesia + Thailand boleh jadi satu bangsa sahaja....kenapa dengan kita. Sebab kita tidak bergerak atas niat. politik menyuasai segala....sumbangan dikaitkan dengan ( apa aku akan dapat )...terima kasih dan maaf kalau kita berbeza

Brahim Nyior berkata...

Memang Allah jadikan kita berbangsa-bangsa, supaya kita dapat mensyukuri nikmatNya, dan memikirkan asal kejadian manusia.

Tak payah tengok yang lain Bro Jinggo. Bandingkan kejadian kita dengan lembu, cukuplah. Manusia telah dijadikan sebaik-baik kejadian (At-Tin:5). Buktinya, kalau lembu di sebelah kita, siapa cantik?

Manusia telah dijadikan lawa sebenarnya. Hidung kita terletak di tengah wajah, antara mata dan mulut. Mulut lembu? Besar, sementara matanya di sisi, bukan di depan.

Etimologi (kajian asal usul) membuktikan manusia ini kejadiannya unik.

Bro Jinggo, teman bersyukur jadi manusia, biarpun tak kaya, tapi masih diberi nikmat hidup.

Unknown berkata...

yop brahim - gitulah sepatutnya.yang pastinya kita masih berbaza - tapi dihujungnya kita masih samakan......tapi realitinya kita sering berbeza walaupun hidup sama2 bawa taik...taik hidung.taik mata.taik gigi.taik telinga....dan taik taik...e....kita masih sama.

Mak Su berkata...

selamat menggoreng .. :)

Miss Jaz berkata...

salam pejuangku..apabila menatap warkah maya ini,diri ku bertukar menjadi selembut dan sehalus bahasa yang diturunkan oleh nenek moyangku..entah mengapa..mungkin kerana si pemilik warkah maya ini?mungkin...segalanya mungkin..helaian maya ini menzahirkan apa yang tersirat dikalbu..metafora yang sungguh mengasyikkan...

seperti bicaramu..setiap makhluk didunia ini berbeza..tidak mengira dari lurah mana ia muncul menghiasi alam ini...aku hanya mampu menyaksikan sedetik perubahan demi perubahan yang melintas dikornea mata ini...walaupun mungkin aku buta pengisiannya,namun aku meminta mata hati untuk melihat sejauh mana ketaksuban penghuni alam ini..Melayu,cina,india sebagai satu simbol negara merdeka...kontrak sosial sebagai warkah yang berkata2 menyatakan hak2 istimewa orang melayu..seluruh alam bertanya dimana keadilannya?keadilan bukan terletak pada seimbangnya dacing,akan tetapi kesedaran dari mutiara peluh yang melambangkan perjuangan.....kita semua serupa...yang membezakan cuma keinginan dan kepercayaan...politik itu tidak kotor...akan tetapi tangan-tangan yang mencampuri urusan itu yang mencalarkan keindahan seni yang sudah terbukti penting sekian lamanya...Apabila ia nya disulam dengan nafsu,maka terlihatlah kejahatan didalam tafsirannya..akan tetapi jahitkan keimanan didalamnya pasti kebaikan tercermin jua..begitu juga kita manusia,berbagai ragam dan aksi melengkar disisi..pelbagai aksi memakan diri...maka bijak2kanlah diri untuk menilai yang hampir disisi...jgn sesekali kita mudah untuk mempercayai mahkluk yang bernama manusia ..kerana mereka boleh bertopengkan insan @ syaitan..pilihlah untuk menjadi bijak,supaya tidak ditipu oleh mereka yang mengganggap kita tidak bijak..fikir2kan..wallahua'lam..

Unknown berkata...

Saudara Jinggo,

"Syabas" rasanya perkataan ini tepat untuk saudara. Gorenglah sehingga betul-betul garing dan kering. Pasti intipatinya akan terserlah. 3 perkara itu betul dari satu sudut.

dari satu sudut yang lain pula, apa yang saya nampak hanya satu sebab sahaja, bukan tiga. Yang menjurangkan kita adalah "ego". Melayu ego dengan kuasa dan haknya di tanah melayu. Cina ego dengan tamaddun bangsa dan kekayaannya. Keegoan india adalah lebih kurang cina juga, sebab india lebih lama tamaddunnya dan satu bangsa yang tersohor pada satu zaman. Di tambah pula dengan yang kelompok bangsawan/kaya, sebab budaya india kekayaan boleh menguasai semua.

Bila kejayaan menjadi hak milik orang lain maka melayu akan iri hati dan dari sikap inilah menerbit kejengkelan.

Unknown berkata...

ulasan pada semua : saya berjaya men'goreng ' malam tadi - sebab di hujungnya saya tidak melihat yg kita harus angguh dan ego dengan apa yg kita ada - sebab seharusnya diujung kita saling meletakkan satu kepentingan.keharmonian harus terus kita suburi - berdasarkan lunas2 yg sepatutnya....

Miss Jazz - terima kasih kerana 1 - sebab kita Melayu kaya dengan bahasa2 yg cantik...dan saya semakin seronok dgn bahasa macam tu...

Dan tuan mounth - satu pandangan yg terkini - saya terlewat membaca...tapi saya akan salin..

Unknown berkata...

ulasan pada semua : saya berjaya men'goreng ' malam tadi - sebab di hujungnya saya tidak melihat yg kita harus angguh dan ego dengan apa yg kita ada - sebab seharusnya diujung kita saling meletakkan satu kepentingan.keharmonian harus terus kita suburi - berdasarkan lunas2 yg sepatutnya....

Miss Jazz - terima kasih kerana 1 - sebab kita Melayu kaya dengan bahasa2 yg cantik...dan saya semakin seronok dgn bahasa macam tu...

Dan tuan mounth - satu pandangan yg terkini - saya terlewat membaca...tapi saya akan salin..

Eco Kid Adventure on Facebook