Khamis, 2 Oktober 2008

kisah BARAAN



Mungkin pada setengah orang ini mungkin sekadar bahasa yang tidak ada apa2 erti - BARAAN - aku sudah lama berkenalan dengan bahasa ini ( mungkin di besarkan dikiri kanan orang jawa ). Dan mungkin kita akan lihat ini adalah satu permandangan biasa kalau kita bawa kereta di Sabak Bernam ke Tanjung Karang - ramai orang berjalan dalam satu rombongan besar ( campur lelaki perempuan tua muda ) - bergerak dari satu rumah ke satu rumah - beraya. Ini budaya ! Budaya yang mungkin membentuk kepercayaan kepada anak- anak jawa , BARAAN adalah kemestian.Dan hari ini ( raya ke 2 ) aku menyertai satu rombongan BARAAN seramai 60 orang ( bayangkan bila nak habis ) - di rumah EMBAH ana. Ini pertama kali - aku serta BARAAN ( memang penat , tapi seronoknya )

Mungkin kita akan melihat satu permandangan asing , sayu , sedih - dan pelik kepada budak2 ( ana )- acara memohon maaf orang JAWA.Hiba.Ikhlas - dan pastinya di hujung. Ada yang matanya merah....ini BUDAYA.Dan agaknya pelik kalau orang JAWA tidak mem - budayakan BUDAYA ini....

Moral : tapi ini sekadar satu cerita yang tidak menjadi apa2 kalau kita sendiri tidak didedahkan pada BUDAYA begini. Agak unik - amat unik....raya bukan sekadar duit raya macam ANA ( duit raya hilang ) langsung tak nak balik kampung....esok nak kumpul semula....sebagai aku : sedih.marah.geram.

3 ulasan:

Sharifah Hassan berkata...

Salam,

Kepercayaan = pembudayaan = amalan = DIRI?

azlishukri berkata...

salam saya link blog saudara.

Puteri Ezza berkata...

Assalamu'alaikum Encik Jinggo.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Istimewa sungguh budaya orang-orang Jawa ye. Dah tentu sambutan raya kat sana meriah...

Nak duit rayaa.... :D

Eco Kid Adventure on Facebook