Khamis, 30 Oktober 2008

selamat hari jadi......




Cerita seorang ' pejuang ' untuk anaknya...Selamat HariJadi yang ke 10 tahun. 10 tahun kita lalui kehidupan bersama. 10 tahun kita tempuhi satu persatu kehidupan yang akhirnya hari ini kita mula merasakan ALANGKAH tidak adilnya hidup ini untuk kita. Dan kita semakin jauh , jauh dari semua yang pernah kita lalui 10 tahun dahulu.

Adakah dunia ini tidak ADIL untuk kita. Abi teruk di ' henyak ' dengan apa yg berlaku. Lama abi ambil masa untuk terus membuatkan keputusan. Apa yang berlaku adalah sesuatu yang sepatutnya berlaku. Dunia ini ADIL pada paksinya...

Hari ini genap 10 tahun kita bersama, dan abi minta maaf. Untuk pertama kali Abi tidak akan menyertai ' majlis ' ana...Abi dah beli kek yang ana nak. Abi dah beli ' handphone ' baru untuk ana...( tapi abi tak tahu bila nak bagi ).

Pesanan abi - semuga hari2 seterusnya semuga ana cepat membesar dan taksirlah semua apa yang berlaku....hidup ini ada serangkai cerita dari PILIHAN DEMI PILIHAN.Akhirnya kita memilih untuk jadi begini....abi minta maaf.

Moral untuk aku dan kawan2 : dunia masih ADIL untuk kita. Dunia dan segala hukum hakamnya berpaksi ditempat yg betul : cuma penafsiran kita sahaja yang membedakan. Hidup adalah proses yang beransur - ansur...semuga kita berhati2....

20 ulasan:

azlin hashim berkata...

Sy keliru sikit bila baca cerita ni, ikutkan mmg sy nak tanya kenapa & mengapa.. tp tak pelah, pendamkan saja, mungkin ada cerita di sebalik cerita yg sy tak patut tahu..

apa pun, slmt hari lahir, smg panjang umur & dimurahkan rezeki..

Unknown berkata...

azlin - kisah seorang pejuang.keluar masuk rumah macam ' hotel '.anak2 tengok aja....itulh lin nak berkawan dan kahwin dgn pejuang ( apa2 pun jenis perjuangan ) - kepuasan mereka berbeza lin....hati2.kena faham - risikonya besar.amat besar. terlalu besar.

azlin hashim berkata...

Sy faham, itu lah namanya pengorbanan cikgu... ditelan pahit nak dibuang syg.

Kehidupan ni mmg penuh dgn onak, hanya org yg tertentu shj dpt mendakinya sampai ke puncak, itu pun adakalanya seringkali tewas & tersasar.

Apapun, terima kasih atas sgla nasihat.. mmg selama ini pun sy cukup berhati2 dlm menghulurkan salam! Terima kasih cikgu!

nurdaniella berkata...

Allah tidak akan memberikan ujian pada hambaNya seandainya hambaNya itu tidak mampu menghadapinya.. Allah tahu kita kuat, kerana itu kita diuji.. sabarlah.. sabar itu sebahagian dari iman.. semakin kuat iman kita, semakin kita tabah menghadapinya..

Tirana berkata...

Selamat harijadi untuk Ana..semoga membesar jadi anak yang solehah. Ana tetap "anak" kepada seorang "pejuang"..Hakikat itu tidak akan berubah hingga kiamat dan tiada siapa berhak menarik title itu dari anak dan bapa. Bersabar lah jinggo.. Masing-masing kita ada ujian dan dugaan yang tersendiri.. Jinggo dengan ujian jinggo, saya dengan ujian saya.. Sama-sama kita hadapi ujian itu dengan sabar dan redha..

Sharifah Hassan berkata...

Lesson 3: Anda masih bernafas, Ana masih bernafas, perjuangan masih diteruskan.

Sedih hanya menghanyutkan anda ke ruang kesepian yang memakan hati dan perasaan.

Apa yang akan tinggal hanya jiwa yang kosong dengan pengisian yang membosankan.

Pilihan ditangan anda...

Life goes on bro....

Unknown berkata...

untuk azlin - memang hanya orang terpilih sahaja boleh sampai keatas.kita mampu bercakap soal teori itu dan ini. soal hati adalah persoalan yang terasing..kesannya pada emosi yg seterusnya impaknya pada tindakan.

sekadar untuk berkongsi - tanpa membuka cerita itu dan ini.kita bergerak atas paksi yg sepatutnya -dunia ini ADIL dgn tindakannya......

Unknown berkata...

nurdaniella - sekali lagi.dunia masih ADIL untuk kita. Ada beruntungnya orang yg di landa musibah - kita belajar dari bencana - tidak dilahir untuk di hukum - pada saya kesilapan adalah GURU yg terbaik. Sebab Allah hanya memberi ujian pada tahab kemampuan umatNya

Unknown berkata...

to tirana - saya ralat ( merungut ) dengan diri sendiri. Keangguhan apa yg telah saya lakukan - dipentas latihan saya 'hero ' seakan hidup tidak ada calar dimana2 - hakikatnya...saya berbual panjang dengan ramai kawan2 ' hero pentas ' - kami semua di uji...yang pastinya : saya ada pengalaman yg orang lain tidak ada - dan saya telah menjalani satu latihan yang amat2 praktikal....seorang pejuang juga seorang suami , seorang ayah......

Unknown berkata...

cgu pah - lesson no 4 :

belajar dari bencana - seekor katak yg terjatuh kedalam air panas akan terus melompat.seekor katak yang terjatuh kedalam air sejuk ( dipanaskan beransur-ansur ) akan mati.....dunia adil pada paksinya..

azlanlin berkata...

Pilihan di tangan kita. Ke hadapan atau ke belakangkan, jua pilihan kita.. Catur dan susun juga pilihan kita. Mendapat dan melepaskan jua pilihan kita. Itu lebih baik daripada yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.. kan?

azlanlin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
azza_irah berkata...

ermm..
biar sume nya blalu..yg ada didepan kena tempuh dengan sebaiknya agak tidak tercalar seperti masa lalu..

Unknown berkata...

cgu azza - dalam hidup dikatakan tidak ada pusingan kedua.yang ada semua pusingan pertama - kalau datang pun situasi yg sama - tetap pusingan pertama - apa2 pun jalan harus ke depan...

Sharifah Hassan berkata...

Lesson no 5:

Katak yang jatuh dalam air panas, melompat kepanasan dan mati (dalam kesakitan yang amat sangat, terseksa dan mengelugur sehingga saat akhirnya)

Katak yang terjatuh kedalam air sejuk ( dipanaskan beransur-ansur ) akan mati perlahan-lahan dan memberi peluang untuk dia menikmati kehidupan dan merasa kematian datang menjemputnya!

beza diantara dua hanya satu...

"pilihan bagaimana mereka memilih untuk menikmati hidup dan mati"


Untuk cikgu Azlan (sorry Jinggo):

Percaturan perlukan matlamat. Mungkin lebih baik berkeputusan dari hanya berhadapan dengan pilihan dan masih terus memilih...atau tidak berani membuat keputusan dan hanya mampu meletakkan pilihan demi pilihan?

percaturan masih di situ, matlamat masih di sana, dan anda masih bermain dengan pilihan demi pilihan...Move on!

azlanlin berkata...

[Bro Jinggo, untuk suam-suam kuku]

To Sharifah Hassan:

Katak oo katak... Nasib ko le katak. Sapa suruh jadi katak, kerana masih ada macam-macam lagi selain katak. Hehehe.

Matlamat, Pilihan dan Keputusan:

>> Ketiga-tiganya adalah saling berkaitan. MASALAH : wujud kerana adanya watak memilih dan dipilih.. Boleh gitu?

Unknown berkata...

cgu sharifah + bro azlan - kita yg pilih hidup ini berdasarkan urutan kehidupan - kedangkalan semasa menjadi kita tak tahu - macam katak - air sejuk yg di panas - katak masih leka ( sebab fitrah kita ) - untuk itu kita perlu TAHU sebelum membuat pilihan....

Sharifah Hassan berkata...

Cgu Azlan:

Masalah wujud kerana kita yang mewujudkannya!

Mungkin lebih wajar jika kita TAHU siapa dan apa WATAK yang wujud...

Apabila kita TAHU..all puzzles will be falling into their places...tak gitu?

Jinggo:

Kealpaan adalah untuk kita menikmati apa yang ada ditangan kita hari ini kerana esok kita akan lupa dan ia akan hilang dari ingatan...

Kita tahu tapi kita tak ambil tahu!

hamba Allah berkata...

a'kum cik jinggo.....
saya rasa sedih bile baca cerita cik jinggo ni.....
mengapa boleh jadi begini....???mungkin cik jinggo xboleh bercerita pasal anak cik jinggo.....saya paham.......
tapi.....berdasarkan ape yang cik jinggo cakap....cik jinggo tidak ada masa atau tidak berpeluang untuk berjumpa dengan anak cik jinggo....????

zaijb berkata...

maaf... sy datang utk melihat dulu dan skrg...
cerita yg menyusuk kalbu...

Eco Kid Adventure on Facebook