Isnin, 30 Mac 2009

kita kongsikan cerita ini

kesibukan kita mengatur bagaimana untuk mempasti aku menang - ko kalah menjadikan kita tidak sedar - yang kita semakin kehilangan.
Telah bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya:
" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.
Adapun yang berharga itu ialah...
Akal, Agama, Malu dan Amal soleh.
Maka....
Akal boleh hilang disebabkan marah.
Agama boleh hilang disebabkan dengki.
Malu boleh hilang disebabkan tamak.
Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan
suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-
Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
Para ahli waris akan menarik hartanya.
Ulat akan menarik tubuhnya.
Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di
hari kiamat iaitu AMALNYA.

Dari Ali r.a yang bermaksud:
Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
Memberi maaf pada waktu marah.
Suka memberi pada waktu susah.
Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang
diharapkan sesuatu darinya
.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.
Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

8 ulasan:

catz_mafia berkata...

Cikgu Jinggo,
Sayangnya kalau kita kehilangan keempat-empatnya.. Oh..

- jinggo - berkata...

dan hari ini mungkin kita disedarkan...
semuga kita tak hilang..
semuga kita tidak di hilangkan....

terima kasih.

ASYIQ berkata...

Jinggo,
Pengisian yang baik...

terfikir juga, apa kaitannya entry dengan gambar....

isk..isk...malaslah nk fikir.

- jinggo - berkata...

cgu asyik

kaitan gambar dengan N3.
saya jarang mahu mengulas - menulis dalam bab politik...tapi selalu berkias.

kesibukan kita mencatur - untuk kami menang dan ko kalah menjadikan kita kadang2 kehilangan......

AL-BIMA SAKTI berkata...

insaf akan kehilangan harga diri, setelah kita sedar tidak berharga lagi...

- jinggo - berkata...

al bima sakti

terima kasih kerana komen.
begitulah lazimnya - kita akan terasa dan menyesal bila kita kehilangan - sesuatu yg kita pernah ada.....

Marzalina berkata...

cikgu..rasullullulah s.a.w bersabda bahawa barangsiapa yg saling caci mencaci antara satu sama lain maka dia tidak akan lagi dipandang Allah."

Di negara kita sendiri caci mencaci telah menjadi suatu kebiasaan kerana harta, pangkat dan ketamakan..
semoga Allah menjauhkan kita dr sifat sebegitu..amin.

Brahimnyior berkata...

Wow, foto kat entry ni menarik, kat Bukit Gantang ker? Abang turun ke ari penamaan calon..

Sibuk sikit dua tiga ari ni,. tu yang lama tak jenguk blog kengkawan..

Eco Kid Adventure on Facebook