Rabu, 18 Mac 2009

kerana kita bukan orang hutan...


siapa aku dalam kumpulan ?
Apakah peranan aku ?
Bagaimana orang lain lihat tentang peranan aku ?
Adakah aku disini memimpin atau mengikut sahaja ?
Adakah aku dinilai dan dihargai oleh kumpulan ?
Adakah aku dapat mempengaruhi kumpulan ini ?
Adakah matlamat aku bersama kumpulan ini ?
Adakah matlamat aku sama dengan kumpulan ini ?
Apakah manafaat yang dapat aku perolehi dari kumpulan ?
APA YANG PENTING.
KERJASAMA.
kerana kita makhluk sosial yang tidak boleh hidup sendiri.
dimana kita berkumpul
kumpulan yang disertai secara tidak sukarela
kumpulan yang disertai kerana untuk memenuhi sesuatu keperluan
kumpulan yang disertai secara sukarela
kumpuan yang disertai secara tidak disedari.....
seperti semasa menonton bola di stadium
PERSOALAN KITA
sejauh mana kemampuan kita untuk duduk dalam kumpulan yang mampu memberi manafaat bersama. dilihat dari senario terakhir :
ada semacam satu kesukaran pada sebilangan kita untuk duduk secara harmonis dalam kumpulan. ini dikaitkan dengan fitrah manusia itu sendiri - suka dan senang dengan orang yang sama NILAI dengan kita.
disebab itulah.
cgu berkawan dengan cgu
doktor berkawan dengan doktor.
mat rempit kawan dengan mak rempit
mat auuu.....berkawan dengan mat auuu.....
orang cantik berkawan dengan orang cantik
orang kaya berkawan dengan orang kaya...
YANG SELEBIHNYA - kita fikirkan.
keinginan untuk keluar dari fitrah itu memerlukan ilmu dan kemahiran.....

33 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

apa yang penting "KERJASAMA"

hehehe teringat kami selalu guna ayat ni pada murid-murid dan rakan2 setugas apabila nak minta tolong antara satu sama lain....hehehe baru berapa hari cuti sekolah....dah jadi rindu dengan suasana di sekolah.

tapi kan...walaupun kumpulan A kawan dengan kumpulan A.kumpulan B kawan dengan kumpulan B. Masih ada juga kekurangan kerjasama tu...dan ia mungkin akan menyukarkan lagi situasi.

di mana pun kita, kita perlu tahu tugas kita masing2. yang penting...KERJASAMA...

- jinggo - berkata...

bab duduk dalam kumpulan yang saya getik ni...
kenapa agaknya.
saya dulu masa di FRIM - kumpulan A - tapi duduk serumah dengan PAR....ok aja.
yang penting...
matlamat harus disatukan
kesombongan harus dileburkan....

betul tak.
kelebihan yg diberi hanya nikmat yang dipinjamkan...

~Insan Biasa~ berkata...

ya betul....dalam kumpulan besar guru-guru pun , TERwujud kumpulan2 kecil di dalamnya.

Sukar nak elak pembentukan kumpulan ni. Kadangkala terbentuk tanpa dirancang.Berlaku spontan.Mungkin kerana keserasian dalam sesuatu perkara, kita berasa selesa dalam kumpulan yang satu rasa?

- jinggo - berkata...

itulah kita
berkawan dengan disebab NILAI dan SIKAP yang sama.
merujuk kepada buku..
SENI BUAL..
itulah kita.

tapi percayalah : berpuak tidak banyak membantu membentuk budaya sosial yg baik.

D i a n A z w a berkata...

alamak, kne masuk dalam tayar ke..
*dup dap dup dap*
hehehe..

dulu mase sekola xbyk peluang join benda² camneh..
hopefully akan datang dpt join balik.
yeah yeah!

- jinggo - berkata...

diyana...

apa yg penting.
KERJASAMA.
sebab diharap aktiviti macam tu mampu menjadikan aku kepada kita dan seterusnya kami......

Lina berkata...

Erm..terfikir gak msk dlm katergori mana...huhuhu...tapi betul jgk kita akan selesa bersama org yg serasi ngan kita

- jinggo - berkata...

lina

kerana dalam dunia bukan semua orang yg ada - hanya selesa - dengan kita.
mari kita belajar MENGURAT semua orang.
agar kita tidak sendirian...

LotsOfLove-Pearls berkata...

Seronoknyer tengok pictures..
mesti kenangan yang indah jer..

Dulu time sekolah menengah, campin pengakap mcm2 gaya ader..
mandi lumpur besh tapi LOL selamat..
huhu..
panjat tali paling nak bunuh..
haha..
Rindu jer kenangan..

ASYIQ berkata...

Jinggo,
`cgu berkawan dengan cgu
doktor berkawan dengan doktor
mat rempit kawan dengan mat rempit
mat auuu berkawan dengan mat auuu....`

Teringat saya zmn kat U dulu...kwn2 usrah mempersoalkan kenapa saya boleh berkwn dgn rakan satu bilik dan rakan satu floor yg tidak menutup aurat pun ketika itu.....

Dan apabila kwn2 tu boleh diajak join usrah dan mahu ke surau barulah mereka diam dan mendpt jwpn masing2.

Hakikatnya sy suka berkwn dgn semua orang...perbezaan pendapat dan gaya hidup bukan halangan. Jati diri perlu ada.

Brahimnyior berkata...

Betul, kerjasama amat penting, tapi tak setuju, cikgu kawan dengan cikgu, doc dengan doc...

Cikgu kena kawan dengan sume orang, termasuk tukang kebun, penoreh getah, nelayan dan tukang gunting... sebab dari situlah cikgu boleh tau masalah yang dihadapi anak-anak tukang kebun, penoreh getah, nelayan dan tukang gunting...

Cikgu yang tak mau kawan dengan orang lain, itu 'kera sumbang'..

- jinggo - berkata...

lotOflove...

orang yg baik
fizikalnya mantap
mentalnya jelas positif
rohani diisi...
emosinya stabil...

dan tentunya kita berkerja dan bergerak kearah itu....
he...
saya sendiri tak pernah semua benda tu masa sekolah...ha...ha

- jinggo - berkata...

cgu asyik

saya suka dan senang - dengan kemampuan orang masuk dalam NILAI yg berbeza kumpulan lain.
rasanya semua guru hari ini perlu ada kemahiran itu...

sebab fitrahnya : tidak akan berubah kalau kita suka untuk berubah...

nak ubah orang - pastikan dia suka dan senang dengan siapa yg mengajak...

- jinggo - berkata...

Cikgu kena kawan dengan sume orang.....

yop..

itu zahirnya - kita selesa berkawan dengan orang yg sama nilai dengan kita.
tentunya orang2 yg memilihnya tidak bagus keputusan dihujungnya...

cgu dan semua orang - harus buka diri dan ruang untuk menerima semua cerita dan nilai orang lain......

sis_nita berkata...

muhasabah tuk diriku jua.. saya nak kawan dgn awak blehh..? salam kenal dariku..

- jinggo - berkata...

sis nita...

terima kasih kerana kita berurusan.....
semuga hari ini lebih baik dari semalam...

sakurasa 2 berkata...

Cikgu Jinggo

Siapa aku?
aku tetap aku!!!!
"kerana aku bukan orang hutan..."
perlukan KERJASAMA erat
"bagai aur dengan tebing"

- jinggo - berkata...

sakura oh sakura

kerana aku bukan orang utan..
kerana kita bukan oran utan..

mari kita belajar untuk berkawan dengan ramai orang ....

LotsOfLove-Pearls berkata...

..bekerja ke arah itu..
mudah2an..

- jinggo - berkata...

lotOflove

dunia ni kan - dipenuhi dengan rasa cinta yg banyak...
mari kita menyintai semua orang.....lotoflove

catz_mafia berkata...

Jinggo,
Paksinya pada hati dan fikiran kita sendiri. Jom ajak kawan-kawan lain..

Apa yang penting 'kerjasama'.. (Macam lagu wonderpet pulak).. kihkih

- jinggo - berkata...

cgu cat..

semuanya pada kita.
Nak tak Nak....
sebab kita bukan orang utan
mari kita berkawan...

kalau sebaliknya
kita memang orang utan yg layak duduk di hutan...

Mak Su berkata...

saya kawan lite-lite jer dengan orang secara amnya, tapi yang macam masyuk tu, mmg boleh bergurau senda lah, dan kalau kena berteamwork, tak de hal. tapi kalau dengan orang yang ala kadar ni, sumbangan pun macam malu-malu gitu.

jinggo, anda baru ditag. meh, jawab :)

- jinggo - berkata...

mak su oh mak su..

saya akan kembali ke hutan sebab saya bukan orang utan...

pasal tag tu nanti kita urusan kemudian.apa2 pun seronok dapat kenal mak su yg unik.jujur....

SRISUFI berkata...

Salam cikgu,

Siapa AKU?
.
Aku adalah kejatuhan.
Aku adalah parut kekecewaan.
Aku adalah kegagalan.
Aku adalah kebangkitan.
AKU ADALAH MANUSIA YG MAHU DIGELAR MANUSIA.


**Semoga kita tidak menjadi golongan pandai tetapi tetapi tidak berakal.


TERUSKAN PERJUANGAN CIKGU!!!

addyaholix berkata...

saya mahu berkawan dengan semua, cuma tak semua mahu berkawan dengan saya. dan saya pasti ada sebabnya. mungkin orang kadang-kadang tak selesa dengan saya. atau dengan cara saya. atau dengan apa yang keluar dari mulut saya. mungkinlah. hati manusia saya tak mampu telah cuma dengan berhadap muka.

saya selalu bicara perihal saya kan? semua tentang saya. mungkin sebab itu orang jelik. tapi saya tak mampu kaitkan sesuatu dengan orang lain. saya lebih suka bercerita tentang sesuatu yang berhubung kait dengan saya. saya selesa begitu. dan saya tak mampu ubah kalaupun dipaksa. dan mungkin sebab itu orang jelik dengan saya. haha!

- jinggo - berkata...

seri

ada apa2 yg boleh kita kongsikan.....
semacam aja
aku adalah kejatuhan dan kekecewaan...

semuga aku terus menjadi aku....

- jinggo - berkata...

addy

berbual dan berkawan ada SENInya.
sebab itulah rujuk kepada buku SENI BUAL..
sebab kadang2 begitu barangkali kita....
ketidakselesaan kita disebabkan kita terlalu mahu menjadi kita....

Miss Jaz berkata...

salam..itu sudah semestinya...kesamaan itu yg menjadikan sesebuah kumpulan itu bergabung dalam memperjuangkan kesamaan mereka...

Miss Jaz berkata...

kita akan selesa dgn mereka yg mempunyai mentaliti yg sma seperti kita...jika mereka tidak sama dgn kita,kemungkinan akan terkeluarlah kata2 seperti " aku tak suka dia tu,asyik nak ikut kata dia jer!!' akan tetapi jika kita mempunyai sama pendapat,sama nilai,kita biasanya akan menyokong setiap kata yg dilontarkan...sy bukan arif dlm bidang ini...ini sekadar pandangan dari org yg kurang ilmu seperti sy...tak seperti u mr.jinggo.......

- jinggo - berkata...

cgu jazz

dalam kontek hubungan sosial - tidak banyak baiknya duduk dalam kelompok sendiri...

walaupun kalau diberi peluang kita seakan mahu memilih orang yg sama NILAI dengan kita...

tapi kehidupan diluar tidak sempurnakan....

ari berkata...

Kerana kita juga bukannya tinggal dalam hutan..

Aku selalu kata... aku boleh terima apa dia kata, aku boleh dengar apa dia kata, aku boleh angguk apa dia kata... namun untuk aku terima dan pakai mungkin aku perlu kira2 dulu... mungkin hari ini kata dia itu tidak sesuai utk ku jadi, aku tidak pakai kata2 itu...namun mungkin juga suatu hari nanti, kata2 dia itu boleh pakai punya so, jika hari ini dia berkata..usah ditolak kata2 itu mentah2...nanti dikata jilat ludah sendiri...
Berkawan biar seribu...dalam seribu itu pelbagai rasa dan corak yg InsyaAllah menjadikan kita bukan orang hutan...
Kalau tidak, mungkin kita kan jadi beruk yg terkejut di LUAR HUTAN

:-)**peringatan utk diri sendiri aja...

arryani berkata...

Saya bukan orang utan. TAPI...

Utan banyak bagi saya inspirasi. Hutan bnyk bagi saya semangat. Hutan penuh dengan aura.
Hutan penuh dengan misteri.
Hutan penuh dengan kehidupan cantik yg terlindung.
Hutan penuh dengan cabaran yg perlu kita tempuh.
Jangan tak percaya utan mampu berikan saya kekuatan..
Sebab itu...........saya suka utan walaupun saya bukan org utan. Heheh

Eco Kid Adventure on Facebook