Rabu, 11 Mac 2009

teruk kena hentam...


petang tadi - saya join satu forum yang rata2 terdiri dari brother & sister yang meletak secara totalnya kefahaman diri terhadap Islam - sehingga menidakkan juga secara total apa2 percanggah dari kefahaman tersebut.
ISUNYA ADALAH PLKN PUNCA MAKSIAT.
saya tidak bertahankan PLKN secara perlaksananya.
dari segi modul - pendekatan inilah media yg terbaik untuk mendidik insan.
kita mulakan dengan Modul Satu : Pembinaan Karektor
dimulakan dengan asas pembentukan manusia - SIKAP - apa cetusan sehingga terbentuk kepercayaan yang kadang2 kita keluh kesah kerana gagal untuk membuat pilihan dan bertanggungjawab terhadap tindakan kita.
Modul Kedua : dalam kontek kehidupann sosial apa lagi yang mampu kita pamerkan - seandai ketidakmahuan untuk kita tahu bahawa kita memang sering berkonflik dengan diri dan persekitaran disebab kemahiran sosial yg rendah.
SoftSkill - secara detailnya diterap pada remaja2 ni.
Berselang seli dengan Latihan Fizikal ( kawad ) - ada yg kata -
biar ajalah budak lelaki berkawad - kenapa KAWAD...ini bukan sekadar latihan fizikal.
Kesamaan dan kemahuan untuk merentakkan diri bersama orang lain.
seterus bulan kedua : KENEGARAAN + KHIDMAT KOMUNITI.
apa lagi yg kita mahukah pada remaja ni.ini yang terbaik untuk kita katakan.
ASASNYA INILAH YANG TERBAIK
ASAS PEMBENTUKAN INSAN ADALAH SIKAP + KOMITMEN + DISIPLIN.
dan meletakkan asas peradaban kehidupan sosial berasas keperluan hari ini
semuanya sudah diadun disini.
REALITI HARI NI
bukan pada Modul.Bukan pada Jurulatih tapi pada........
komitmen dan niat perlaksanaan seharus kembali kepada niat.
PLKN BUKAN PUNCA MAKSIAT.
saya menulis atas dasar seorang trainer.
kalau nak cari kesilapan - memang kesilapanlah yang kita akan jumpa.

10 ulasan:

ASYIQ berkata...

Jinggo,

Saya yakin dan percaya bhw setiap sesuatu itu pada dasarnya adalah baik dan suci...mungkin kerana dua atau tiga perkara yang tidak dirancang berlaku menjadikannya cela.

Manusia begitulah...walau ada 1000 kebaikan tetapi tetap akan lenyap dengan hanya 2 atau 3 perkara buruk...begitulah halnya dengan PLKN.

Kalau ada niat yang baik...teruskan sahaja usaha kita kerana Allah maha Tahu segalanya. Buat apa dipandang pada pandangan manusia yang berserakah dengan nafsu.

~Insan Biasa~ berkata...

erm...jika ada perkara2 yang tidak sepadan dengan hati, maka hati itu pasti akan mewujudkan alasan.

ari berkata...

Sistem yang sudah dirancang oleh manusia berakal itu sudah cukup cantik.. cuma adakalanya sistem yg diciptakan oleh manusia itu dirosakkan oleh manusia itu sendiri... dan paling sadis.. selalu salahkan 'teknikal' atas kerosakkan itu... kesian si teknikal...kan...

Brahimnyior berkata...

Yop Harun,

Maksiat berlaku di mana-mana, bergantung kepada ruang dan niat.

PLKN ke, panggung wayang ke, taman bunga ke, rumah kosong ke, sekolah pun pun ada jugak.

Kalau ada yang kata PLKN punca maksiat, saya rasa memang patut dibahaskan. Ada pro, ada kontra.

Bebudak sekarang didedahkan dengan banyak sumber porno, kelucahan melampau, dan segala macam benda yang tak ada pada zaman saya remaja dulu..

Segalanya bergantung kepada niat...
Cuma yang saya bimbangkan di PLKN, keselamatan. Sejak akhir-akhir ni,
ada kes kematian peserta PLKN, dengan pelabagai akibat: demam, gaduh, jatuh bla..bla...bla..

MUNGKIN KECUAIAN AGAKNYA?

Tirana berkata...

Itulah jinggo...siapa suruh join forum...kan dah kena hentam..hehehe

Saya join satu forum ala-ala forum yang macam jinggo join tu..tapi saya jadi pemerhati aje..Ada isu-isu yang kontroversi, teruk diorang berbalah..sampai moderator terpaksa blocked diorang.. Bahasa kesat, tak ada hormat2 lagi dah.. Itu dia orang yang mengaku faham Islam, berbincang..Saya tak boleh tolerate dengan situasi begitu sebab tu jadi pemerhati aje..

Berbalik kepada PLKN. Sudah tentu ada objektif2 yang akan dicapai melalui modul dan latihan2 yang diadakan dan saya percaya semuanya bermula dengan niat yang baik.. So di mana silapnya bila ada yang tidak baik timbul dalam program tersebut? Itu yang perlu kita kaji dan perbaiki..

- jinggo - berkata...

cgu asyiq

satu pandangan yg amat2 praktikal untuk didengar.
pastinya yg baik itu datangnya dari Allah - selainnya datang dari kita kita.....

mengenai PLKN - semuga semuanya berjalan atas dasar yg betul...

- jinggo - berkata...

cgu anis

tidak sepadan pada kita
tidak semestinya sepadan pada orang lain...

terutamanya bila melibat suara mojoriti...

untuk itu - hargai pandangan orang lain dan pandangan diri sendiri...

- jinggo - berkata...

cgu ari

itulah yg sepatutnya kita tahu.
secara asasnya semuanya nampak betul - semuga semuanya kembali kepada paksinya...

sebab sedih dan kesal dengan apa yg berlaku....

- jinggo - berkata...

Bebudak sekarang didedahkan dengan banyak sumber porno, kelucahan melampau, dan segala macam benda yang tak ada pada zaman saya remaja dulu.....

satu pandangan yg amat2 matang.

dimana2 sekarang - keadaannya rencam.menjadi tangungjawab kita untuk melihat keadaan ini dari sudut mana....

keselamatan - ini sebenarnya isu yg sepatutnya dibincangkan

- jinggo - berkata...

puan tirana.

pertama pasal forum - saya join atas dasarkan pendekatan ilmiah dan islamik yg diutarakan....dan akhirnya begitulah.
kegagalan untuk bertolerensi dengan pandangan lain - selain pandangan ANA dan ENTE sahaja...
saya bersangkabaik dengan keadaan itu - cuma risau kelompok yg membesar dengan hanya satu satu pandangan.....

PLKN - baik pada niat asal.
baik bila mana Jlatih yg sangguh libatkan diri...komitmen tentunya.
tak baik.
bila ada orang politik menjadikan ini sebagai satu media untuk ' mengambih ' duit rakyat secara sopan.....

seramai mana yg memikirkan apa impak dari program ini.
seramai mana yg memikirkan keberkesanan perubahan demi perubahan yg dijalankan......

yang difikirkan - bilangan pelatih berada.kali berapa.untung berapa.......

Eco Kid Adventure on Facebook