Rabu, 25 Mac 2009

kita dizahirkan untuk mencintai...

ini juga kerana CINTA kepada seorang sahabat - one zaba.
Dulu - dizaman mak dan ayah tidak perlu ada banyak persoalan bila dikaitkan dengan cinta jodoh dan kahwin
KENAPA
mungkin perubahan persekitaran
yang belum ada itu dan ini
yang menjadikan mak dan ayah jadi macam2.
HARI INI KEADAAN BERBEZA
cinta.jodoh.perkahwinan harus dilihat dari sudut berbeza.
ILMU MENGENAI PASANGAN HARUS DIJADIKAN
satu lagi ' sukatan pelajaran ' dalam perkahwinan
KERANA - CINTA ITU
TRUST
sebagaimana kata puan aryani - kepercayaan.saling percaya mempercayai dan kesedian untuk berada dalam zon ini secara jujur.
RESPECT
ini asas kepada sesebuah perhubungan seterusnya.bagaimana mahu meneruskan perhubungan seandainya dicabut rasa dan perasaan ini.
ADMIRE
mengagumi pasangan kita - pada buruk dan baik.kerana fitrahnya begitu.manusia suka dianggap penting pada semua keadaan.kuasa puji pujian.
CARE
semuanya bermula disini.kerana kesediaan untuk memberi dan penerima.
kita disini untuk mencintai dan dicintai.

27 ulasan:

Tirana berkata...

Jadi cinta = TRAC (trust, respec, admire and care)..bila hilang ke empat2 ciri itu..akan timbul rasa yang sebaliknya...

- jinggo - berkata...

puan tirana.

kerana itu - sejauhmana kita mampu berada dalam TRAC.
semuanya bukan kehendak dan kemahuan kita - pastinya.
kita bersangkabaik dengan semua keadaan......

semuga hari2 puan seterus dipermudahkan...

Marzalina berkata...

wah..cikgu jinggo bercakap pasal cinta hehe..cinta, alangkah indahnya hidup ni kalau kita dicintai..dan mencintai..sekarang saya tengah jatuh cinta dengan ilmu, rasa mcm tak sabar nak jadi seorang pelajar..saya harap Tuhan merahmati cinta baru saya ni.

- jinggo - berkata...

mazlina

cinta tentunya akan mencetuskan - komitmen dan keseronokkan untuk bersama..
nak belajar.
tahniah kerana itu.
pastinya letakkan kepercayaan yang kita mampu.hormat pada kemampuan diri.kagumi diri sendiri...kita hebat dan care - semua untuk diri kita......

ONE ZABA berkata...

jgn gosip aku bercinta dgn jinggo udahla....heee..heee

LotsOfLove-Pearls berkata...

Love 2 b Loved with Lots Of Love..

cintai aku seadanya aku..
huhu

izzah berkata...

Cinta perlu pada tanggungjawab.
Kalau takde tanggungjawab,lama kelamaan manisnya cinta itu akan hilang.

SRISUFI berkata...

CINTA- adalah sedia untuk 'dimadukan'.

Bermadu dengan 'perjuangan' orang yang diCINTAi.

Belajar menCINTAi apa yang diCINTAi oleh CINTA kerana CINTA bukan untuk bahagia sahaja, CINTA adalah pengorbanan.

Semuanya kerana CINTA itu adalah satu amanah.

sakurasa 2 berkata...

Cigu Jinggo

"kita dizahirkan untuk mencintai..."

Cinta
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,
debu beralih emas,
keruh menjadi bening,
sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga,
derita menjadi nikmat,
dan kemarahan menjadi rahmat....

Indahnya cinta!!!

kuIna Jentayutiara berkata...

indahnya hidup bila dicintai
tp cinta tak semestinya memiliki..

TRAC!

catz_mafia berkata...

Cikgu Jinggo,
Alhamdulillah kerana kita masih berpeluang menikmati rasa cinta itu..

Indahnya..

- jinggo - berkata...

cgu one

komen paling lawak.....

- jinggo - berkata...

lotOflove

semuga hari seterusnya kita dicintai dan mencintai

- jinggo - berkata...

izzah

itu sepatutnya
tanggungjawab bermadsud
bersedia menerima dan memberi tanggujawab....

- jinggo - berkata...

Semuanya kerana CINTA itu adalah satu amanah.

seri

amanah dari siapa
tentunya dari orang yg dicintaikan.....

seterusnya kita disini memang untuk bercinta....dicintai.

- jinggo - berkata...

indahnya hidup bila dicintai
tp cinta tak semestinya memiliki..

kulna...

saya suka ayat yg hujung tu
cinta tak semestinya memiliki....

- jinggo - berkata...

sakura...

indanya bahasa...
begitulah mungkin cerita orang yg sedang mengalami.....
penghayatannya lain.

terima kasih kerana komen.

- jinggo - berkata...

cgu cat

dan hari ini kita masih berpeluang...
mencintai - diri sendiri
mencintai - negara sendiri
seterusnya......

ASYIQ berkata...

Jinggo,

'cinta tak semestinya memiliki....'

Saya tak suka ayat ni...yang dah tak dapat lupakan. Yang ada depan mata itulah rezeki...redha aje dan bersyukur.

Belajar untuk menyayangi orang yang sayang kat kita itu lebih baik dari menyayangi orang yang tak sayang kita. Buek ponat den....

Jangan marah komen saya....hanya pandangan saya saje. Tak suka kenyataan sy x apa...biar sy sorang je yang suka. He he.

ixora berkata...

bro, tak semestinya bila kita becinta kita akn memiliki...lagipun skrg bukan lagi org pentingkan cinta...hidup kerana cinta semata2 tak kemana jugak...susah bagi sorang yang baru belajar tuk bercinta cam XOra ni..huhu...

azlanlin berkata...

Lumrah alam : hidup berpasangan, cinta-menyintai...

Malangnya masih kedapatan insan-insan yang :
>> gagal menzahirkan cinta secara tulus,
>> mudah menyebut tanpa memahami apa yang disebut,
>>ingin dicintai tetapi gagal untuk menyintai
>> ingin menerima tetapi gagal memberi..

Itilah hakikat yang nyata di kalangan kita antara kita....

Oleh itu, belajar menyiram dan memenuhi ruang cinta yang kita miliki.. Wallahualam

noriza berkata...

Cinta mesti ada pengorbanan. Sesungguhnya cinta pada Allah adalah cinta sejati...

Dulu masa muda pernah bercinta, sekarang bila dah tua ni lebih cinta atas dasar tanggungjawab dan kehidupan selepas ni... Kita telah diberi peluang untuk menikmati segalanya nikmat cinta. Sekarang fikirkanlah apa yang terbaik untuk membalas nikmat cinta itu. Semoga kenangan bercinta tak mungkin hilang dalam memori kita semua dan menjadikan kita lebih dewasa, lebih kuat menempuh segala persona cinta yang setia. Tentunya cinta tak akan berhenti untuk selamanya. ....

- jinggo - berkata...

Belajar untuk menyayangi orang yang sayang kat kita itu lebih baik dari menyayangi orang yang tak sayang kita. Buek ponat den....

cgu...

betul juga - buat APA sayang pada orang yg tak tahu meletak kita ditempat yg betul...

- jinggo - berkata...

ixora..

macam juga dalam bab2 yg lain...
cinta perlukan SKILL.
zaman dah berubah
jadi.
pendekatan juga kena berubahkan....

- jinggo - berkata...

Oleh itu, belajar menyiram dan memenuhi ruang cinta yang kita miliki..

cgu azlan

kerana masih ada ruang barangkali -sirami semuga terus segar....

- jinggo - berkata...

cgu noliza

mendalam madsud tu
hanya kita yg tahu kut.....

arryani berkata...

Salam

Kadang2 cinta buat kita keliru.....

"Pengalaman yg berbeza" mmbuatkan kita semakin matang dan sedar untuk mengakui bahawa cinta itu sesuatu yg unik utk dinikmati......

Eco Kid Adventure on Facebook