Jumaat, 13 Mac 2009

Kelantan lagi.....

KOTA BHARU 12 Mac – Seorang anak nelayan, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat sejarah dalam pencapaian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila memperoleh A dalam 20 mata pelajaran yang diambil.Pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu yang bercita-cita menjadi ahli fizik itu memperoleh 19 1A dan 1 A2.Dia berusaha mengambil kesemua mata pelajaran itu dengan alasan untuk mencabar keupayaan dirinya sendiri dalam menimba ilmu pengetahuan. -
Tahniah Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, terbukti pelajar Sekolah Menengah Agama malangnya beritanya ringkas sangat, tidak keluar di headline dan tiada liputan besar-besaran macam adik Amelina dulu yang dapat 17A1.
Pantai Timur lagi. Madsudnya kalau mahu diukur dari bilangan A -
pelajar dari Pantai Timur mengungguli - kenapa.
teringat satu kajian yg dibuat oleh UKM -
kesan pencemaran udara dan kesan terhadap perkembangan pelajar.
Kajian di buat di dua kawasan -
di bandaraya ( udara tercemar ) dan di luar bandar ( udara tidak tercemar )
hasilnya didapati - pencemaran udara memberi kesan terhadap urat saraf :
dan anak2 yg berada dalam lingkungan itu akan menjadi agresif , aktif..
samada kesannya berbeza kepada anak2 pelajar dikawasan sebaliknya.
TAPI SEPERKARA YG MENJADI HALANGAN PELAJAR CEMERLANGAN -
BILA MENAFIKAN KEPENTINGAN SKILL SELAIN DARI A.
Kemampuan untuk MENJUAL diri - softskill.
Ada yg cemerlangan tetapi terikat dengan persekitaran yang tidak lagi sesuai dengan keperluan hari ini.
Memetik kata2 Mr Donald Trumph.
Zaman hari ini keperluan untuk semua orang - StandOut.
BANGUN DAN BERCAKAP !

saya akan ke kem dalam tempoh yang lama.
SMK SG BESI
SMJK CHONG WAH
semuga kita dan kita diberkati atas kapasati perjuangan masing2.
kerana kita ada sebahagian dari media kepada perubahan generasi hari esok

17 ulasan:

Tirana berkata...

Amelina dapat liputan meluas sebab dia yang pertama dapat banyak A kot. Selepas dia, bertambah ramai yang dapat lebih dari 17A1. Syabas kepada budak2 genius! Sekurang-kurangnya berjaya di satu sudut. Kejayaan di sudut-sudut lain kena diperhatikan juga oleh pelajar-pelajar genius ini kerana kejayaan dalam KEHIDUPAN tidak boleh diukur dengan bilangan A semata.

arryani berkata...

Jangan lupa...ada kajian yg mengatakan sumber pemakanan sbgai salah satu faktor...

Anak saudara saya yg berada dipntai timur semenanjung smua lebih genius brbnding dr ank2 saudara di KL dan JB...Kenape ek??

Mungkin saya kena buat kajian sendiri kot..

Tapi, sokong gak ngan Tirana..
Ada seorg teman, sekolah hanya sempat ambil STP, di sebabkan kesempitan hidup dulu.

Tapi, hidupnya berjaya kini....

Banyak A, buka penyumbang mutlak utk berjaya..

Marzalina berkata...

gembira melihat anak bangsa berjaya...semoga kejayaan ini terus berkekalan.

mountdweller berkata...

Salam sdr. jinggo.

Negara memerlukan manusia yang cemerlang dan berkualiti.

Cemerlang dan berkualiti adalah dua perkara yang juga subjektif.

Cemerlang di dalam pelajaran tidak semestinya cemerlang dalam kehidupan dan cemerlang di dalam kehidupan tidak semestinya cemerlang di dalam pelajaran. Contoh nyata adalah tengok apa yang dah jadi kepada kononnya anak Malaysia yang dipuja puji satu ketika dulu di England.

Mak Su berkata...

tahniah buat cik adik yang berjaya mendapat 20A dari Kelantan itu.

Moga ada yang akan berusaha untuk mendorongnya agar lebih berjaya lagi, mengharumkan nama bangsa, kampung, negeri dan malaysia dan of course, Islam. :)

- jinggo - berkata...

puan tirana

itu pandangan yg tepat dengan keperluan hari ini.
saya selalu tekankan perkara yg sama
pada pelatih2 saa.

dunia ini mahukan kecemerlangan ditafsirkan dari sudut yg berbeza.
kemampuan untuk berada dalam sistem yg dipadankan dengan keperluan semasa...

- jinggo - berkata...

Aryani

kajian dibuat terhadap pelajar cina.kenapa diaorang pandai...

selain tamadun
adalah makanan...
protien.

biasanya org cina memakan banyak ikan ( yg berkuanliti )+ nasi.

kesimpulan : A bukan segalanya.sebab saya sendiri A tak banyak.....he....he.....

- jinggo - berkata...

Intan...

hari ini dah ramai orang melayu yg mampu keluar dari zon selesa....
cabar kemampuan diri

- jinggo - berkata...

tuan

itu bezanya IQ dan EQ
dalam 100 % kejayaan hidup - 15 % adalah IQ....selebihnya adalah EQ......

tapi hari ini dalam bab tu belum diserlahkan....

- jinggo - berkata...

mak su..

dulu dapat berapa A..
saya...
malu...
sebab saya gang lompat pagar......

berkat usaha - akhirnya jadilah macam sekarang.

nurdaniella berkata...

salam cikgu, pernah terbaca tentang isu ni.. ada rumusan dibuat, puncanya ialah pemakanan.. kata mereka, ikan membuatkan kita bijak.. tapi, jangan makan kepala ikan.. so, kalau nak anak2 pandai, makanlah ikan selalu.. macam madihah tu kan anak nelayan, selalu dapat makan ikan segar.. mungkin sebab tu lah kot..

ASYIQ berkata...

Jinggo...

Orang pantai timur sendiri cakap ngan saya bahawa anak2 mereka pandai sebab makan `budu`....he he. Saya pun belajar makan budu ketika zaman belajar di Kelantan selama dua tahun. Kata mereka...kena makan dari kecik lagi.

Setuju ke?

(Terkecur liur bila ingat cicah budu ngan ikan bakar...nasi kerabu...colek buah dan mcm2 lagi...)

- jinggo - berkata...

nur

kajian juga menyatakan orang2 cina jarang makan ikan ( murah ) macam kita.....

untuk itu mari makan ikan

kari kepala ikan - tu yg tak tahan....

- jinggo - berkata...

cgu asyik

teman orang perak
makan tempoyak aja...

tapi sesekali layan juga budu
dan cencalok...

pemakanan - itu faktor besar.sebab kata bijak pandai - masa mengandung lagi anak2 kena bagi makan2 yg boleh memproses minda mereka....

tapi percayalah.
IQ aja tak kemana - hari ini keperluannya berbeza...

kakyong berkata...

Saya setuju jgk dgn Jinggo. Zmn skrg anak2 kena survive lebih utk teruskan kehidupan. Tdk hya bergantung pd byknya "A" yg mereka perolehi sewaktu zmn peperiksaan.

Brahimnyior berkata...

Bro Jinggo, yang dapat 10A ke atas pun dah lebih 10,000 orang. Mungkin yang tu je masuk U. Yang lain tu, terkonteng-konteng, ada yang cico di mana-mana.

Tapi teman pun respect dengan Nik Nur Madihah ni. Nengok kedaan rumahnya, rasa nak nangeh pun ada...

..Sebak, budak genius lahir dalam keluarga yang serba kekurangan...

Takde usaha nak bantu budak ni, ke Bro Jinggo?

Teman baca di Teranungkite, deme nak buat tabung kat dia.

Moga berjaya..

日月神教-任我行 berkata...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片

Eco Kid Adventure on Facebook