Selasa, 10 Mac 2009

apa dah jadi pada PLKN


Untung ya jadi pelakon, orang lain terpaksa masuk ke PLKN manakala Diana Danielle yang sebelum ini minta tangguh ke PLKN, akhirnya bersetuju ke PLKN tetapi ada masyukkk...
Kehidupan tiga artis remaja, Diana Danielle, Suki dan Aliff Satar ketika menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang bakal bermula pada 19 Mac ini akan dirakamkan dan disiarkan dalam bentuk program realiti di 8TV.
Menurut Diana yang dihubungi hari ini, perkara itu telah pun dibincangkan oleh pihak stesen televisyen itu bersama Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), namun sebarang kata putus belum lagi dibuat.
"Apa yang diberitahu oleh ibu saya, perbincangan memang telah dibuat. Pihak JLKN juga telah bersetuju dan kemungkinan akan dibuat sebanyak lapan episod.
"Tujuan ia dijadikan dalam bentuk program realiti ialah untuk memaparkan pembabitan artis-artis dalam PLKN dan pada masa yang sama dapat menunjukkan kepada remaja di luar sana bagaimana kehidupan sebenar di PLKN.
"Tetapi, sejauhmana perkara ini dibincangkan, saya sendiri kurang pasti. Apapun bagi saya, ini satu langkah positif dan amat menyeronokkan,"
kata
Diana yang dihubungi, semalam.
Pelakon berusia 18 tahun ini turut melahirkan perasaan terujanya untuk mengikuti sesi PLKN"Buat masa ini, saya belum lagi menerima surat pengesahan daripada JLKN. Malah, lokasi kem saya ditempatkan juga masih belum saya ketahui.
Sumber: mystar

apa kata jinggo
SATU LAGI PUBLISITI YANG MENJADIKAN PLKN SEMAKIN TIDAK MENARIK.
bayangkan - dikiri kanan ada kamera yg menjadikan seluruh sistem di Kem PLKN itu ada pelakon.
selain pelatih
JURULATIH
TIMBALAN KEM KOMANDAN LATIHAN
TIMBALAN KEM KOMANDAN PENGURUSAN
KOMANDAN
KETUA JURULATIH.
semuanya akan berlakon.
DAN LAGI - TUKANG MASAK.TUKANG SAPU.TUKANG DOBI.
sejauhmana 'betulnya ' tindakan ini hanya JLKN dan mereka2 yg terbabit sahaja yang tahu :
APA YG PENTING - kita mempertarungkan masa depan anak2 yang hanya mampu mengikut sahaja lenturan kita......saya bercakap dan menulis atas kapasiti bekas
JL & Ketua Jurulatih yg dilatih dan terlatih.

20 ulasan:

Mak Su berkata...

nanti boleh nyanyi kat tepi sg sambil bina rakit

- jinggo - berkata...

he....
susah nak cakap.
yang pasti selepas ni lakulah taukeh2 bedak.......

kyuzo uehara berkata...

cikgu harun, saya harap dato' KP dan lt kol razak (bahagian korporat) tak beri persetujuan.. ia takkan jadi rancangan reality TV, sebaliknya ia akan jadi realiti yang dibuat2.. of course yg dipaparkan hanya yg cantik2 saja, yang comot2 tak ada.. buku saya Celoreng Biru pun ada yg terpaksa 'dilembutkan' sebelum dicetak.. face the facts la malaysians.. sampai bila nak jadi bodoh? PLKN bukan AF.. PLKN membina anak bangsa yg kental jatidiri dan sanggup ke barisan hadapan utk pertahankan tanahair.. AF membina apa?

p.s.: nak tengok jurulatih dan bekas jurulatih PLKN buat perarakan dan hantar memorandum pada Agong pulak ke? ;-)

arryani berkata...

Yang suka ialah budak2 PLKN sndiri. Dpt jumpa artis...(mana yg minat lah....)

Tapi mana yg tak suka, agaknya, org kuat PLKN sndiri...mana nak layan kehendak SKRIP yang dirancang.......

Dan kita, cuma mampu tumpang tengok (tonton)...

Tirana berkata...

Jinggo,

Semalam saya terbaca berita tu (rasa di Kosmo online), termenung sejenak..tertanya-tanya..apa faedah ia dijadikan reality TV. Hanya kerana ada pelakon yang nak kena hadir di situ, maka ianya akan dimuatkan dalam tv. Tak boleh ke treat pelakon2 sama macam treat pelatih2 lain. Apa istimewanya mereka? (rasa nak marah). Siapa punya idea pun tak tahu la tapi ibu kepada pelakon tu dah setuju.. Siapa tak setuju kalau anak dapat publisiti meluas.. Nak berlakon pun ada tempat..bukan di PLKN.. PLKN bukan tempat untuk berlakon...

addyaholix berkata...

tak lama lagi PLKN akan jadi macam akademi fantasia.
nanti jadi buah mulut orang ramai, mana yang capai rating tertinggi.
lepas ni PLKN perkenalkan sistem undian melalui SMS pula. pilih peserta terbaik, terkacak, tercantik, terkontroversi, dan segala yang "ter" lagi.

tahniah tahniah. tak lama lagi PLKN masuk tivi.

terus jajah minda anak-anak dengan perkara tak sepatutnya. siapa yang untung? ya kita semua untung. anak-anak kita makin popular. terus fikir nak jadi pelakon, penyanyi, model peragaan dan macam-macam. pelunag depan mata, siapa yang tak suka kan. haha!

kakyong berkata...

Salam Jinggo. Bila melibatkan artis dan 'duit'...semuanya boleh dipolitikkan...ntah lah...dunia sekarang terlalu materialistik dan plastik.

- jinggo - berkata...

cgu azzah...

meh kita hantar momerundum.
ketuanya CR
bawa basikal....

he...plkn oh plkn.
harap2 tak jadi macam tu.sebab selalu kalau dah masuk TV banyak yg diubah untuk menyedapkan hati orang lain.....

baju mesti baru
makan mesti sedap2
JL mesti power dan on time....

he....sedih dengan apa yg berlaku.

- jinggo - berkata...

puan aryani

kalau PLKN jadi ala2 AF.
mana solidnya.
sebab bidang latihan mana boleh dibuat2..
hancur niatnya.

saya pun tak faham - semua orang yg berkuasa diatas - semua berckap soal duit........

asasnya - malang dan rugi pelatih hari ini......dibandingkan dengan tahun2 dahulu...

- jinggo - berkata...

puan tirana

apa yg berlaku - macam ada yg tak kena aja.
kenapa sampai macam tu.
niat asalnya pastinya tdk menjadi bila semua terpaksa berlakon....

saya sedih apa yg berlaku pada sistem yg ada....
apa sebenarnya yg mahu diberitahu.....

- jinggo - berkata...

kak yong

macam tu lah - dunia Malaysia hari ini seakan mahu menyatakan yg orang lain2 jangan pandai2.....

hanya kami yg memegang kuasa yg tahu dan faham......

kita ikut ajalah.

- jinggo - berkata...

addy

kita tentunya seronok tgk - tapi sebenarnya untuk apa.....
dan untuk memberitahu apa sebenarnya.......

semakin hari semakin pelik.

~mardihah~ berkata...

alahai...kadang2 rasa macam "poyo" je....huh! pasal artis, semua nak ditayangkan, semua nak dijadikan sebagai cerita
yang bagi dihah yang memualkan...

- jinggo - berkata...

dihah...

memang memualkan - apa yg kita nak katakan - semua sistem diatur dan dicatur atas kepentingan itu dan ini....
yang penting : berapa aku ( kami ) akan dapat......

addyaholix berkata...

dunia ni sendiri makin pelik tuan jinggo.

pelik dengan karenah manusia yang bermacam. kita cuma mampu lihat sambil tompang dagu.

- jinggo - berkata...

addy

macam kata upih dan upin - betul2........
kita tgk aja.
dan bergerak atas kapasiti kita aja.....

ASYIQ berkata...

Jinggo...

Ni la yang membuatkan saya makin b***i!!!

Nak buat macam mana...golongan artis ni kena sangat dijaga...merekalah yang memenuhkan timbangan semasa pilihanraya. Anak orang lain buat pekdah apa nak dijaga..!!!

mr chocolate berkata...

biasalah mesia.. artis lebih utama dan popular dr ulamak.. dh diajar mcmtu nk buat mcmmana.. salah siapa? fikir sendiri.. dr amatan sy, sy sokong plkn tetapi tidak bersetuju golongan wanita terlibat.. bukan menjatuhkn martabat wanita tp rasenye tidak sesuai..

- jinggo - berkata...

asyik

memang - golongon artis sekarang sudah setaraf.....
tinggi martabatnya.
sebab apa agaknya.

dalam kes plkn dan artis - kita mungkin boleh sekadar bercerita disini.dan kita lihatlah seterusnya.....

PLKN ala AF...mesti budak2 wira ( lelaki ) dah tak semeriah dulu lagi duduk dalam dorm.sebab ada kamera.......

- jinggo - berkata...

saudara

yg hujung tu menarik.saya orang dalam kalau mahu diperkatakan mengenai PLKN.
lelaki dan perempuan keperluan untuk berubah adalah hak bersama - atas kapasiti dan ruang masing2.

PLKN bukan pusat pemulihan - kita membina semula karektor melalui Modul yg dirancang.secara asasnya begitu.....untuk membezakan IQ dan EQ...

apa yg berlaku hari ini.
kita tengok seterusnya.....

Eco Kid Adventure on Facebook