Selasa, 30 Mac 2010

kawan saya...bagaimana.

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan
ialah sebagaimana pesanan al-Qamah
(seorang sahabat Rasulullah saw)
kepada anaknya:
Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya,
dia adalah hiasan diri kita
dan jika kita dalam kekurangan nafkah,
dia suka mencukupi keperluan.
Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan
tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,
dia suka menerima dengan rasa terharu,
jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu,
dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan
tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,
ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna,
dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya,
pasti ia memberi,
jikalau engkau diam,
dia mula menyapamu dulu
jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata,
ia suka membenarkan ucapan dan
bukan selalu mempercayainya saja.
Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat
dia suka mengusahakannya dan
jika engkau berselisih dengannya,
dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah
memilih sahabat yang
baik agar segala matlamat
dan hasrat untuk perjuangan.
DARI JINGGO
kita mahluk sosial
berdasarkan kajian besar menyatakan
70 % waktu sedar kita
kita akan berjumpa dengan orang
kepintaraan untuk berurusaan
merupakan satu lagi kecantikan sosial
yang kita tidak nampak kepentingan.
PADA SAYA
carilah kawan yang masing2
boleh mengayakan emosi masing2.

12 ulasan:

Rohani M.U berkata...

Salam.
Panduan mencari sahabat.
Bagus tu! Tapi zaman la ni, orang bersahabat atas kepentingan. Bila dah dapat apa yang diperlukan untuk diri sendiri, pergi dan berlalu begitu saja. Susah mencari sahabat dalam erti kata sebenar. Sahabat.....umpama butiran mutiara yang tiada harganya. Beruntunglah mereka yang dikurniakan Allah swt sahabt sejati dunia akhirat. Hargailah sahabat sekiranya dia memang layak untuk dihargai. Kawan biar seribu, sahabat........what can I say?!!!!!!!

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

susah nak cari sahabat sekarang ni...

zaijb berkata...

terimalah sahabat seadanya...
yg penting serasi ngan kita dan ia bersikap jujur... dalam persahabatan...

atie berkata...

Salam Saudara jinggo..

Carilah sahabat yang baik akhlaknya insyallah terpeliharalah akhalak kita jua...

ONE ZABA berkata...

jumpa kawanku sebulan sekali je...ambik gaji.

Ruby berkata...

Salam cgu...

Panduan yang baik tetapi agak sukar untuk menemuinya... yang penting daripada diri kita.. jujur dalam bersahabat.. pasti tidak rugi... dalam diam perlu juga berhati-hati...

belajar dari pengalaman...

Unknown berkata...

cguroha
pada saya biar kita sedikit kawan
tapi biarlah kawan2 yang mampu menjadi hari2 seterusnya lebih baik dari sebelum nya

Unknown berkata...

alimaz
kat facebook senang aja
tapi sekadar diangin lalu aja kut......

Unknown berkata...

zaijb
yang penting kemampuan menjadikan kita sama2 penting....

Unknown berkata...

puan atie
terima kasih kerana pandangan yang praktikal....

Unknown berkata...

saya jumpa kawan seminggu sekali
masa kem
habis kem - ada yang tinggal nama aja.....

Unknown berkata...

ruby
yang penting kita memang kawan yg sudah diuji.....

Eco Kid Adventure on Facebook