Jumaat, 5 Mac 2010

lepaskan gelas............

Seorang guru memegang segelas air dan bertanya
kepada anak muridnya.
“Berapa beratkah air ni?”
“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!”
Murid-murid menjawab.
Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana
saya tidak menimbangnya.
Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?
“Tiada apa-apa!” Murid menjawab
Kalau saya memegang selama setengah jam?
“Tangan lenguh!” Murid menjawab,
Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?
“Tidak!” murid menjawab.
Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?
“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar
ke hospital kerana lumpuh”,
salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.
Guru tersenyum,
“Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya
pegang cawan ni satu hari?
dua hari? seminggu? setahun?”
Murid-murid mula pening, gilo ker apo?
Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?
“Lepaskan sahaja gelas itu!”
Ya , itulah jawapan yang saya cari.
Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi.
Kita masih bertahan jika kita menanggung
beban satu masalah itu
dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu
dibawa ke satu masa yang lama,
ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya
beratnya adalah sama.
Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa,
segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan
selewat-lewatnya sebelum
kita tidur supaya masalah itu
tidak menghantui kita keesokan harinya.
Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita
jadi fresh dan bersedia
menghadapi hari baru dengan
lebih ceria dan penuh semangat.
Ingat…
“Lepaskan sahaja gelas itu!”

14 ulasan:

insan pendidik berkata...

salam,

begitula sebaiknye ade mslh tk bole dilepaskan sbb sudah membelenggu dalam idup.. tp ade mslh sebaiknye lepaskan je mungkin bukan rezeki kite!..

Tanpa Nama berkata...

lepaskan gelas???

tak pecah berderai ke nnti???

kena kaki kan sakit..

Unknown berkata...

cgu IP
selesaikan
sebab dikatakan oleh seorang bijak pandai : skala pemasalahan seseorang yg menentu kualitinya : tetapi bagaimana dia keluar dari pemasalah...

Unknown berkata...

puan aryani
he....
nak lepas pun tengok2 lah
jangan sampai menderitakan diri..........

ONE ZABA berkata...

lepas gelas atas simen....

lepas baca boleh komen!!!

Unknown berkata...

cgu zaba
tu pantun baru ke
menarik juga...
ha

Unknown berkata...

kak hanim
nak pungut kaca pecah tak lenguhkan....lebih mudah dengan kemudahan yang ada hari ini..ha

ZaridaIshak berkata...

semua orang pasti akan kata kelak, cakap memang senang... bila nak praktikkan ... alahai
ni kesahnya kalo masalah tu macam air dalam gelas kan senang
tapi tak senang juga...
kalo dilepaskan gelas tu ... jatuh atas kaki kan sakit gak..
ada solution lain tak? hehehe

Unknown berkata...

yang baik
pandangan lain
kita kena ada skill memegang air kut...betul tak
agar tak lengoh.sebab kalau cara biasa mungkin lengoh...

ini dipanggil sebagai reframing dalam konteks pemasalahan.....

zaijb berkata...

salam...

dalam kehidupan ini kadang kala ada sesuatu yg terpaksa kita melepaskannya tanpa rela... bagaimana kita melepaskannya pun ada caranya... supaya ia tak menyakiti hati sesiapa...

kadang rasa nak buat macam tue... tapi banyak faktor yg menghalang... hati kata lain... fikiran pulak kata lain... so diam kan diri...biarkan masa menentukan nya...

Unknown berkata...

zaijb
saya rasakan....
suka dengan pandangan ni
...............

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

maiza lebih suka lepaskan saja apa yg di pegang.. tapi, tengok la yg di pegang tue apa.. kalau memudaratkan.. lebih baik lepaskan sahaja.. tangan tak lenguh.. tak sakit.. sebelum tidur hati semakin lapang.. InsyaAllah.. mudah-mudahan.. walau hati kata lain.. tapi.. hati maiza nie semakin degil sekarang... he..

ASNIDAR SHAFIE berkata...

gelas sudah pecah tadi...bukan sbb berat. tetapi sbb kepala berat!

Rohani M.U berkata...

Salam.
Topik yang menarik.

Eco Kid Adventure on Facebook