Rabu, 10 Mac 2010

maaf - kita berkongsi berdasarkan pengalaman

Juara Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2010 menjadi hiasan halaman 1 Utusan Malaysia Sabtu 6 Mac lalu. Di halaman 2 pula, disiarkan tajuk besar petikan ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya bahasa Melayu dimartabatkan dan diketengahkan ke peringkat dunia.
Tidak cukup dengan dua halaman itu, di halaman 3 juga turut dimuatkan gambar dan laporan PABM hampir satu muka penuh. Terima kasih Utusan Malaysia kerana sokongan dan usaha berterusan mendaulatkan bahasa Melayu.
Ibarat ‘perahu sudah di air, dan dayung sudah di tangan’. Apa lagi agaknya yang ditunggu oleh rakyat Malaysia yang masih sangsi akan kemampuan bahasa Melayu dan dasar pragmatik kerajaan membawa bahasa Melayu mengharungi arus globalisasi.
DARI JINGGO
kadang2
nak nampak kan kita terkelompok
dalam kelompok kelas A
mesti cakap
OMPUTIH
kenapa
cakap melayu
tak boleh masuk kelas A
BEGITULAH
dari sebuah buku yang ditulis
menyatakankan begini
dalam konteks komunikasi
KITA DIUKUR BERDASARKAN
gaya bahasa
isi bahasa.
ORANG HEBAT DIKAITKAN
DENGAN PENGGUNAAN BAHASA
YANG POSITIF.
saya sendiri.
MAAF
saya orang bahasa
saya akan menggunakan
BAHASA YANG BETUL

13 ulasan:

ONE ZABA berkata...

nak membetulkan penggunaan bahasa ni banyak kena belajar dan teliti.

bahasa percakapan tak sama dengan bahasa penulisan. apatah lagi dalam ruangan penulisan di sini. ada yang suka menulis ikut skema/buku. ada yang suka menulis ikut gaya bercakap.

yang pentingnya harus kena pada tempat dan situasi.

Tirana berkata...

Kadang-kadang, kita menulis..hanya kita sendiri yang faham. Orang lain baca tak faham sebab ada yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Tanpa Nama berkata...

Adakah Cikgu Harun menggunakan bahasa yang betul? Pasti?

Apa cerita huruf besar dan huruf kecil di tempat yang tidak sepatutnya? Ini elemen tatabahasa , tapi kerapkali kita terlepas pandang. Dicampur pula dengan bahasa bahasa sms, caca marba rasanya sekarang ini.

Saya masih ingat, semasa kecil, tangan di"titik" setiap kali salah menulis. Masih berusaha menulis dengan Bahasa Melayu, berlatih sedikit demi sedikit.

p.s saya suka gambar anak anak diN3 bawah.. nikmatnya rasa dunia mereka.. kalau lah..

ZaridaIshak berkata...

Bagus juga Dato' Seri Rais Yatim seolah macam nak beri penghargaan kepada blog yang menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya...
Mudah-mudahan selepas ini akan ada blog yang buat pertandingan guna Bahasa Melayu sepenuhnya...

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam....kadang2 saya tengok disini...ditempat saya bekerja....kerana bahasa kita disisihkan....golongan atasan contohnya golongan kumpulan A guna bahasa berbeza bila berbicara.....huduh sangat ka kita org melayu....guna saja bahasa melayu kenapa perlu guna bahasa asing...kita dinegara sendiri....hebat sangatkah mereka...

Mak Su berkata...

saya cakap guna bahasa alien... :(

Unknown berkata...

cguone
menulis diblog : tgk baca siapa dan dimana....
disebab nadanya santai - saya rasanya kita kena terima bagaimana nada sekali pun...

ini ruang santai.
yang saya maksudkan adalah bahasa harian....

Unknown berkata...

puan tirana
saya maksudkan dalam bahasa harian......

Unknown berkata...

syaidah
cantiknya bahasa.
sebagaimana yg saya katakan diatas.
disini - ruang santai....
kadang2 kita membina identiti dengan tatacara kita...

saya maksudkan dalam bahasa harian - kadang2 kita nak nampak kita lebih kedepan.....

Unknown berkata...

yang baik...
saya terdedah secara praktikal dengan ramai kenalan yang mendewakan bahasa luar.
dan selalunya saya akan menggunakan bahasa yang sebaiknya.....

Unknown berkata...

alimaz
ini yang saya maksudkan..
sebab bila dah duduk dalam kelas A....
SAYA PUN KELAS A.
kalau mahu dinilai pada taraf sosial saya..
TAPI SEDAYANYA
akan menggunakan bahasa yang betul.

Unknown berkata...

mak su
kita cakap bahasa jawa....

zai berkata...

Erm..Bahasa Melambangkan Bangsa..Lihat jer orang Jepun..begitu berbangga dengan adat budaya dan bahasa mereka..sehinggakan orang luar yg datang bekerja dinegara mereka pun terpaksa mempelajari bahasa dan budaya mereka..kenapa tidak kita..???

Malangnya ada orang Melayu sendiri yg tidak suka menggunakan bahasa Melayu bila berbual sesama melayu..adakah patut ??

Eco Kid Adventure on Facebook