Jumaat, 5 Mac 2010

pesan ayah..........

Ada seorang ayah yang menjelang ajalnya,
di hadapan si isteri beliau berpesan 2 hal kepada
dua orang anaknya,
Pesanan pertama
Jangan menagih hutang kepada orang yang
berhutang kepadamu.
Pesanan kedua
Jika pergi ke kedai berniaga jangan sampai mukamu
terkena sinar matahari.
Maka tiba waktunya…
ayah yang dikasihi meninggal dunia...
Beberapa tahun kemudiannya,
Anak yang sulung berjaya menguruskan
perniagaan dan menjadi jutawan
Manakala anak yang bongsu tidak berjaya dalam perniagaan
dan hidup tanpa kemewahan
Pada suatu hari si ibu bertanyakan hal kehidupan
anak-anaknya tentang pencapaian hidup mereka
Jawab anak yang bongsu :
“Ini kerana saya mengikuti pesan ayah. Ayah berpesan
bahawa saya tidak boleh menagih hutang kepada
orang yang berhutang kepadaku, akibatnya modalku
susut kerana orang yang berhutang kepadaku tidak
membayar sementara aku tidak boleh menagih”.
“Ayah juga berpesan supaya kalau saya pergi atau pulang dari
rumah ke kedai dan sebaliknya tidak boleh
terkena sinar matahari.
Akibatnya saya harus naik teksi, padahal sebetulnya saya boleh
berjalan kaki saja, tetapi karena pesan ayah itu, akibatnya
penggunaan wangku bertambah banyak”.

Kepada anak yang sulung yang bertambah kaya,
si ibu pun bertanya hal yang sama.
jawab anak sulung :

“Ini semua adalah kerana saya
mentaati pesan ayah.”
“Kerana Ayah berpesan
supaya saya tidak menagih
kepada orang yang
berhutang kepada saya,
maka saya tidak pernah
memberi hutang sehingga
dengan demikian modal
tidak susut”.
“Ayah juga berpesan agar supaya jika saya
berangkat ke kedai atau pulang dari kedai tidak
boleh terkena sinar matahari, maka saya pergi ke
kedai sebelum matahari terbit dan pulang
sesudah matahari terbenam.
Oleh kerana kedai saya buka dibuka lebih awal dan
ditutup lebih lewat berbanding kedai yang lain.
Menyebabkan kedaiku menjadi laris kerana
beroperasi lebih lama.
Kisah tadi menunjukkan bagaimana sebuah pesanan di
difahami dengan persepsi yang berbeza.
Jika kita fikir dengan fikiran yang positif
MORAL CERITA
maka segala kesulitan menjadi batu lonjatan untuk kita
berjaya tetapi jika kita berfikir dengan fikiran yang
negatif (sempit) maka kesulitan itu menjadi halangan…
pilihan ada di tangan anda.

6 ulasan:

Rohani M.U berkata...

Salam.
Disamping kesusahan ada kesenangan. Kejayaan selepas kesulitan lebih bermakna daripada kejayaan tanpa halangan di hadapannya. Semestinya, kita bijak memilih.

Pn Kartini berkata...

Salam..:)
Satu pengkongsian yang menarik..:)tksh!
Semmgnya dalam mengorak langkah utk kemajuan diri mesti diatur dgn bijak agar tidak sesekali merugikan ....:)

zai berkata...

anak si bongsu tu lurus bendul...aduh..boleh tension dapat suami cam ni..

ONE ZABA berkata...

pesan ayah lagi..

jangan berhutang kad kredit. selamanya jadi hamba hutang.

zaijb berkata...

silap ayah dia leee... kalau cakap bior terang... hehe... cian anak yg tue tak faham....huhu....

Zuraini bt Kamarudin berkata...

bergantung pada persepsi dan pandangan yg berbeza....sape yg lebih cerdik...maka dia maju kehadapan lah...

Eco Kid Adventure on Facebook