Jumaat, 12 Disember 2008

apa sikap kita.....


Untuk hari ini teruja dengan buku yang mahu saya kongsi : Skill Membina Kuasa Dalaman. Kenapa teruja dan penting : memiliki perasaan yang menyenangkan lebih utama dari apa yang terhias di badan kita....
Saya teringat buku ' Seni Bual ' - fitrah kita manusia untuk menjadi orang penting. Kita sentiasa mahu orang tahu dan nampak kita. Bukan sedikit usaha yang dilakukan untuk ' menampakkan ' orang pada kita.....tetapi suatu yang dinafikan PEMBINAAN KUASA DALAM. Kenapa orang suka dengan senang dengan kita. Satu faktor besar adalah apa yg orang nampak....selepas itu apa impak kehadiran kita. Untuk seterusnya saya akan kongsikan..

Keyakinan tanpa rasa rendah diri adalah keangguhan. Rendah diri adalah asas kepada semua kebaikkan. Ia adalah tanda keagungan. Rendah diri yang ikhlas menarik perhatian orang manakala yang palsu tidak.
Beberapa tahu lalu , seorang penunggang kuda terserempak dengan beberapa orang askar yang gagal mengalihkan kayu balak yang berat. Askar yg berpangkat Kopral berdiri sementara yang lain bersusah payah.

Si penunggang kuda bertanya kepada Kopral mengapa dia tidak membantu : Kopral itu menjawab - Saya kopral , saya yang memberi arahan. Si Penunggang kuda turun dan membantu mengalih balak tersebut. Setelah balak itu berjaya dialih , si penunggang kuda pergi kepada Kopral tadi dan berkata : Lain kali jika orang - orang anda perlukan bantuan , hantar seorang Ketua Panglima.
Setelah Si Penunggang itu pergi , barulah Kopral itu tahu bahawa si penunggang kuda tadi adalah GEORGE WASHINGTON.

Moral kepada kita : Madsudnya jelas. Kejayaan dan rendah diri adalah seiringan. Kesederhaan dan rendah diri adalah dua tanda keunggulan. Rendah diri tidak bermakna merendahkan martabat.

21 ulasan:

Tirana berkata...

Bagi saya keikhlasan dan kejujuran adalah dua elemen yang penting untuk menjadikan kita seorang yang bersikap rendah hati (saya suka guna perkataan rendah hati) atau rendah diri. Somewhat or rather..kita boleh kenal seseorang yang ikhlas merendah diri atau berpura-pura merendah diri. Ketidakikhlasan dan merendah diri tidak boleh duduk dalam satu bakul..hehehe..nampak janggal. Itu bagi saya..mungkin orang lain, lain pulak pandangangnya..

- jinggo - berkata...

Puan betul tu : saya jengok kawan kat Bukit Antarabangsa malam tadi. Banyak cerita yg kami kongsikan itu dan ini....kesimpulan saya begitulah : RENDAH DIRI. Kesanggupan kita untuk ' angkut kotak ' tanpa ada ' staff @ pekerja '....sebab saya pernah ber BOSS dan dalam perniagaan pernah berurusan dengan orang2 yg tidak boleh ' turun bawah '..

Keangguhan dan Kesombongan dikaitkan dengan kuasa yg Allah pinjamkan. Kalau itu yg mahu dizahirkan....semuga hari ini kita mampu untuk membentuk generasi persekitaran agar HATI2 dengan NIKMAT yg di pinjamkan.......

siti_m berkata...

memang benar, sikap merendah diri memang baik.Maksud merendah diri, bukan merasakan kita ni terlalu lemah, kerdil berbanding orang lain. Rendah diri di sini tidak bongkak, takbur dan meninggi diri di hadapan orang lain. Sifat seperti itu memang dilarang tegas dalam Al-Quran.
Tapi ada yang merendah diri sampai hilang keyakinan diri. orang seperti ini harus dibimbing agar mereka tak terlalu low profile.

Mak Su berkata...

err... wak, wak jinggo.

haku senang kalu ada horang senang kat haku..haku senang, errr, blah dulu lah

Mak Su berkata...

tapiii, aku memang dah rendah diri dah, tak leh main basketball.

- jinggo - berkata...

tapi tulah ct M : secara kebetulan hari ini saya berurusan dengan org yg sombong....eeee.pakai tudung labuh....ni kelompok yg sombong dgn tidak melihat kelebihan org lain. Mungkin dia itu lebih islamik daripada org lain....

Tapi susah mahu ditafsirkan : saya secara pratikalnya ada pendidikan formal dalm bidang pembinaan karktor. Dan tentunya saya hanya boleh tersenyum dan terusnya diam....

- jinggo - berkata...

Saodah...oppps mak su...tajuk kita hari ini rendah diri.tapi tak apalah sebab mak su pun dah rendah diri......

xiiinam751 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
xiiinam751 berkata...

cikgu, gambar yang semua budak pompuan tengah khusyuk tengok cikgu ni, kat mana? Macam pernah kulihat dewan itu?

Err...maaf, keluar tajuk..ehehe..

- jinggo - berkata...

cgu - gambar yg ramai budak pompuan tu : kat SMK Puteri Titiwangsa....insyallah ada masa nak juga balik kg memberi khidmat pada org teluk intan....kalau ada ruang.

Mak Su berkata...

lepuk si jinggo ni!

Brahimnyior berkata...

Ular menyusur akar takkan hilang bisanya... Begitulah perumpamaan orang tua-tua kita dulu.

George Washington jadi pemimpin sebab dia ada perasaan itu. Tapi bukan rendah diri sehingga kita hilang keyakinan pada diri sendiri.

Kekadang orang sekarang meletak nilai ilmu melalui ijazah, skrol Master, skrol PhD, walhal tiada sumbangan bererti yang boleh dia banggakan.. (bukan semua..)

- jinggo - berkata...

yop : itulah yang kebanyakkan kita temui. Dengan sedkit nikmat yg tuhan pinjamkan semuanya jadi tidak keharuan...sampe nak angkat kotak pun dah tak boleh...sebab orang kaya...ingat semua boleh beli ke..

Moral untuk kita....seronok jadi macam sekarang...

mountdweller berkata...

Salam sdr. jinggo,

Inilah satu masalah bagi saya. Merendah hati (istilah Pn. Tirana) saya tidak tahu/tak reti dan meninggi diri/angkuh pun saya tidak tahu.

Saya adalah sebagaimana diri saya. Hanya orang lain yang boleh menilai sama ada angkuh atau rendah diri. Apa yang saya pegang ialah "Jangan buat apa yang kita tidak suka orang lain buat kat kita dan buatlah perkara yang kita suka orang lain buat kat kita dan berterima kasih"

- jinggo - berkata...

Tadi ada kawan saya di UM tgk blog tuan....ni imej seorang bapak @ kawan yg amat baik....

Dan seterusnya saya akui.Berdasarkan semua yang tuan turunkan disini....semuga kita diberkatiNya

mountdweller berkata...

sdr. jinggo,

Terima kasih banyak dan diharapkan kita saling bantu membantu di dalam menjana ilmu dan sama-sama mendapat manafaatnya.

Sdr. turuskan, saya juga banyak mendapat input dari saudara yang suka meneroka ilmu dari buku dan sebagainya.

azlanlin berkata...

Ermm.. menarik tajuk ini. Semakin mengenal banyak watak-watak disekeliling kita, lebih mudah untuk kita menyesuaikan diri dalam perbualan. Pengubahsuaian wtaak yang sukar ramai orang untuk lakukan... hati-hati dengan watak-watak yang mampu menyesuaikan diri dengan keadaan... adakah itu sesumpah?

azlanlin berkata...

Aku suka tentang kenyataan di bawah:

"Yang LURUS dijadikan TITI"
"Yang BENGKOK akan DIKETEPI"

>> aku suka BENGKANG-BENGKOK... boleh gitu bro?

arryani berkata...

Saya suka post ni.

Saya juga pernah sakit hati berurusan dengan orang yang menyombong diri.

Saya nak cerita sikit boleh?

Pernah sekali saya ke pejabat SUK ingin bertemu seorang Datuk (urusan kerja). Tapi entah kenapa PA dia punyalah sombong. Saya jadi takut nak berjumpa dengan Datuk tersebut memandangkan PA dia dah sesombong tu, apa lagi la Datuk tu nanti.(bisik hati saya la)

Tapi, sangkaan saya meleset. Datuk tu lebih berhemah daripada PA dia tadi....

- jinggo - berkata...

cgu azlan : yang terbaik dari kita untuk kita kongsikan dengan generasi hari esok.....semuga apa yg berlaku disini mampu memzahirkan yg terbaik dari kita.....kita ada media yg sama walaupun tak serupa...

- jinggo - berkata...

Puan Aryani : berurusan dengan kesombongan dan keangguhan ini cukup menarik....saya ada satu cerita.

Secara fizikalnya saya tak nampak apa.Suatu hari dijemput oleh sebuah media...PA dicakap ( berlagak ).Ini urusan penting - suruh boss datang...dia tak tahu saya ni boss.

Esok saya datang : hanya tukar pakaian.Rentak PA pun berbeza.Malu sendiri...padan muka.....

Eco Kid Adventure on Facebook