Sabtu, 27 Disember 2008

Ini sekadar pandangan :Kenapa saya masuk dan keluar PLKN

Selamat Menjalani Latihan Wira dan WiraWati dan tentunya Cgu2 PLKN.
Selamat bertugas kerana bermula hari ini dan seterusnya dunia kalian akan berbeda.Dunia yang dikelilingi oleh ARAHAN. Kenapa tergerak hati untuk menulis tajuk ini sedangkan ramai yang mungkin berpandangan yang PLKN adalah
Program yang tidak halatuju yang jelas. Program yang tentunya punyai NAWAITU untuk menguatkan POLITIK seseorang. Program yang akan mengayakan kroni2.Tidak Islamik. Program yang akan mengalakkan lagi percampuran jantina. .
( kalau kita memang tafsir untuk mencari kesilapan : kesilapan lah yg kita akan jumpa )
ITU SEKADAR PANDANGAN.
Dan ini PANDANGAN SAYA.
PLKN - secara praktikalnya adalah satu Program Bina Insan yg paling lama ( 3 bulan ) yang pernah diujudkan di Malaysia. Biarkan apa pun pandangan demi pandangan : ini adalah satu2 media yang menyediakan latihan pembinaan diri jatidiri , motivasi luaran & dalam , kecintaan pada negara seterusnya meletakkan remaja dilandasan yang betul
berdasarkan realiti
hari ini.
Media yang secara jelas cantik pada pembikinan Modul.

2004 : Saya sudah ber'bekal' pengalaman hampir 7 tahun dalam bidang yang sama -saya meletakkan komitmen dengan NAWAITU yang jelas.BERKONGSI. Seterusnya TOT.Saya tuang CAWAN SAYA.KOSONG.saya kaut sebanyak mana mungkin pendekatan demi pendekatan latihan yang agak up to date....
dari Jurulatih biasa seterusnya ke Ketua Jurulatih Pembinaan Karektor.

AKHIRNYA 31.OGOS.2007.SAYA TAMATKAN TERUS PENGLIBATAN SAYA.CUKUP... KENAPA.
Modul yang dirancang 100 % cantik pembikinan.Terlalu cantik.Pendekatan terlalu cantik.
Yang buruknya ada perlaksanaan.Siapa yang melaksanakan modul.Melibatkan seluruh sistem.Dari Pentadbiran di JLKN hingga ke kem dan tangan Jurulatih.
Ini pandangan saya. Jurulatih yang datang bermotifkan duit.Jurulatih tidak membuat HomeWork.Jurulatih yang masih berada dalam Zon Selesa di kampus....Akhirnya dimana Kepimpinan Melalui Tauladan.
Sebab saya diantara mereka2 yg memberi ARAHAN
Modul yg tersedia ada cantik pembikinan di ROSAKKAN oleh
Modul2 baru.kesenian.kebudayaan.pendidikan sex.menembak...jadi modul yang cantik dipendekkan untuk memberi ruang kepada modul2 lain masuk....
DAN AKHIRNYA DIIBARATKAN SEBUAH NEGARA YANG BERSISTEM : POLITIK DALAMNYA MENAKUTKAN.
Akhirnya : Cukup dan Cukup. Terima Kasih JLKN.Terima kasih Komandan Kem Air Tawar Lumut.Kem Bina Semangat Kuala Kubu.Kem PDS .PD.
Kem Mellenium Beranang.

3 tahun saya datang dengan sedikit bekal dan 3 tahun JLKN telah memberi bukan sedikit.Menggunung ilmu2 baru.Skil dan sepakterajang bahawa
inilah hidup sebenarnya...

21 ulasan:

Tirana berkata...

Biasanya begitulah... Matlamat dan perancangan memang cantik ditulis atas kertas..dicanang ke serata pelusuk agar kita semua terpegun dan terpukau. Tapi perlaksanaannya tidak secantik yang ditulis..bercampur baur dengan agenda yang tidak tertulis di atas kertas, ditambah dengan pelaksana yang tidak mempunyai niat yang ikhlas,tidak bersungguh-sungguh menjalankan amanah yang dipikul, buat sambil lewa dan sebagainya. Akhirnya jadilah segala apa yang tertulis di atas kertas itu hanya "indah khabar dari rupa"

erisya nor berkata...

salaams tuan J,

sekurang2 tuan boleh memberi komen yang lebih jujur kerana pernah turut serta dalam program tersebut...tidak seperti setengah orang yang hanya kritik tanpa memahami apa yang merkea kritik...seolah2 jika kita di pihak pembangkang maka kita harus terus membangkang dalam semua aspek!

Itulah masalahnya jika mempunyai sistem yang tidak bersistem! Di tempat kerja baru erisya pun begitu. Bila ditanya kenapa begitu, kenapa begini...jawapan standard mereka..." dah sistemnya begitu" alahai, kan kita yang create sistem tersebut? jika tak berfungsi...ubah jerlah ...bukankah antara prisip ISO ialah...penambahbaikan yang berterusan? kenapa takutkan perubahan? semoga maklumbalas tuan akan diterimapakai untuk mencantikkan lagi perlaksanaan PLKN

- jinggo - berkata...

Puan Tirana : rasanya tidak adil kalau saya jadikan pandangan saya itu merupakan pandangan yang harus diakui semua orang.

Tapi saya orang yang berhadapan dengan situasi itu.Saya fikirkan apa sesuatu yang tidak sudah....

Saya setuju.keikhlasan yang berpakej.PLKN tidak akan menjadi apa2 kalau sekadar tamat disitu. Anak2 remaja ini harus disambut dengan sistem yang menyokong semangat dan kemahuan mereka untuk ' berkhidmat pada negara '

Ruang mereka seakan tiada.Ataupun dimatikan dengan sistem yang ( maaf ) dipolitik dari A - Z.Akhirnya itu hanya sekadar program. Ini adalah program negara : Kita kembali kepada POLITICAL WILL.....

Sebab anak2 remaja ini tidak tahu apa2: seronok - dapat kawan baru : dan tannggungjawab besar kita untuk melihat PLKN dari sudut yg berbeza.....maaf.

- jinggo - berkata...

Puan Erisya : atas alasan itu saya menulis begini.Saya BERHAK untuk menulis sebab saya mengalami apa yg tidak dialami oleh orang lain.

Pengkritik akan lapar kalau tidak ada benda yang nak dikritik. Kritikan seharus berasas dari A-Z. Saya diam selama 3 tahun untuk melihat dan seterus menilai satu persatu dimana kemampuan perlaksaan program ini kearah pembanggunan insan dalam kontek nega kita.

Diam.itu yang terbaik kalau saya dan kita berada alam arus orang2 yang tidak MUNGKIN mereka kritikan dan mungkin bersedia untuk mencipta alasan...

Saya tidak menkrtikan kepada asas program ini tapi kepada tenaga2 yang mengerak asas ini( kepimpinan di kem + Jurulatih ).Kuanliti perlaksanaan.

Yang pastinya saya adalah PESERTA LATIHAN PLKN selama 3 tahun....macam2 Modul....hari ini ruang terbuka untuk saya canaikan semuanya.insyallah.

noriza berkata...

Saya percaya saudara punya pengalaman luas tentang itu. Ini satu idea bagus untuk saya buat kajian seterusnya. Boleh kita bincang seterusnya dari sudut apa sauadara kata begitu. Adakah kerana fasinya atau pelatihnya.Tolong bagi idea seterusnya

- jinggo - berkata...

cgu ija : Tidak ada salahnya PLKN.macam juga disekolah.

cgu yang bagus akan melahirkan anak2 murid yang bagus. kalau subjek yg budak tak suka : kalau cgu bijak pengaruhi budak2 dengan 'pakej' lain tentu budak akan tak sabar2 nak masuk kelas....

Mengajar melibatkan skill untuk mempengaruhi...begitu juga PLKN. Mengajar satu Modul @ Topik yang besar macam tu : seharusnya Jurulatih bukan sekadar2 sahaja...( rasanya tidak perlu dibongkar satu persatu ).

Tidak ada salahnya PLKN.dari segi kehendak asasnya betul.semua betul.Masyarakat mahu melihat impaknya.

Akhirnya : kita bergerak atas kapasiti dan kemampuan yg disediakan...bergerak mencakupi keperluan realiti.

Kesimpulan : tidak ada salahnya PLKN.cuma untuk melihat impak ( sebesar peruntukkan yg ada )jurulatih dan sistem kepimpinan harus disegera baiki....ini ikhlas.

::SRISUFI:: berkata...

salam cikgu ...

setuju dengan pandangan cikgu...jurulatih dtg ke kem untuk duit...duit...duit..duit...

datang bukan kerana rasa TANGGUNGJAWAB NAK MEMNGEMBANGKAN POTENSI DIRI..dan nak membentuk jatidiri anak bangsa

aduhai duit...

- jinggo - berkata...

Sri : nanti akan ada orang marah....kita memang kerja nak duit !!! tapi itu bukan segala.

Proses untuk mendapat duit itu harus didahului dengan keikhlasan dan dihujungnya ada keberkatanNya. Itulah yg saya selalu ingatkan pada diri dan kawan2. Duit bukan segala2nya dalam hidup......

Saya doakan pada diri sendiri dan rakan2 yg lain.Hidup macam main Boomerang.Kita memberi dan akhirnya kita akan menerima.Hari kita memberi dan yakinlah : dunia ini adil dipaksinya......

ab geldofg berkata...

kalau budak atas tu masuk..aku rela masuk lagi sekali heheheh..salam bro

Habshah berkata...

Assalammualaikum,

Anak saya (saya kakak CTM) Masyitha masuk PLKN kumpulan kedua tahun 2008 ini. Dia daftar selepas seminggu keputusan SPM keluar.

Apa yang saya kesalkan program ini tidak memberi peluang kepada budak-budak ini mengisi borang masuk diploma apa ke kursus yang mereka hajati, kerana kesuntukan masa. Dan mereka kononnya diberi peluang untuk mengisi masa di PLKN nanti. Masalahnya bila, macamana ?

Anak saya sakit mental masuk situ kerana kena kawad dan buat aktiviti merepet-repet yang saya rasa tidak sesuai dengan dia. Kerana saya bukan hendak puji, anak saya memang ok. Tidak perlu program PLKN ini. Mungkin fizikal itu tidak perlu. Bukan semua orang kena pergi kawad baru jadi berdisiplin.

Saya tengok juga apa yang dia bawak balik (Dia keluar selepas tiga minggu masuk PLKN) memang program itu ada baiknya. Tapi jangan paksa semua pelajar dan jangan gunagunakan mereka dengan duit poket.

Anak saya adalah satusatunya yang keluar PLKN kerana 'disuruh' masuk balik JMTI walaupun sebenarnya dia sakit jiwa.

Terima kasih

::SRISUFI:: berkata...

salam cikgu..

selamat tahun baru...

sri bercakap bukan salahkan semua jurulatih yg ada...sri berkawan ngan ramai kwn2 jd jurulatih...majoritinya...bak kata org sarawak..'semadi nadai'..jangan tidak jer datang kem...sedih dgr prinsip mcm ni...janji masyuk..

hehehe
syabas buat jurulatih yang sanggup berkorban demi wira/wirawati negara...

PeminatJutawanMalaysia berkata...

emm satu pandangan yang baik..harapnya ada lah pihak pelaksana ang membaca dan memperbetulkan keadaan....

Puteri Ezza berkata...

Salam Maal Hijrah Encik Jinggo :)

Dah lama saya tak singgah di sini. Semoga Encik Jinggo sihat-sihat sahaja.

Errr, saya merupakan salah seorang yang terlibat untuk melaksanakan modul-modul baharu PLKN, iaitu Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB).

Tapi saya datang bukan untuk 'duit', sebaliknya untuk berkongsi ilmu dan kemahiran yang ada untuk dimanfaatkan oleh para pelatih PLKN.

PPSB merupakan salah satu daripada ruang untuk para pelatih menyerlahkan potensi diri dan salah satu daripada platform untuk para pelatih meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai.

Pelatih datang dengan potensi yang berbeza-beza. Mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka mempunyai potensi yang lain dalam Sastera dan Budaya.

Pelatih yang tidak cemerlang dalam akademik, tetapi berkebolehan dalam kesenian, mereka tetap berpeluang untuk mencari kerja setelah tamat latihan meski tidak diterima melanjutkan pelajaran ke IPT :)

- jinggo - berkata...

...salam ab.selamat berkenalan....

- jinggo - berkata...

Puan Habsah : terima kasih kerana respon dan menarik kerana pengalaman yg boleh kita kongsikan..

Saya adalah orang2 yg MEMBANGUN dan di BANGUN dalam bidang latihan.dan secara pratikalnya belajar dalam bidang latihan dan sekarang pekerja dalam bidang latihan.

Saya minta maaf : sebab apa yg di jalan oleh pihak kerajaan berdasarkan modul dan pendekatannya adalah terbaik : bahawa perkembangan hidup kita seharusnya mencakupi keperluan jasmani , emosi , rohani dan intelek. dimana2 satu yang tidak sempurna akan tempang dimana2.

Berkawad.Saya yakin ini satu penbentukan kesamataraan dalam hidup.keinginan untuk berkerja dalam satu kumpulan lain.sebab kawad bukan sekadar dsiplin.

Mengenai pandangan puan aktiviti merepek. Maafkan saya. Sebab kita dizahir dari sudut dan pandangan yang berbeza.begitu jua dalam pendekatan kita melihat apa yang mahu dizahirkan oleh pihak JLKN.

Maaf puan : mengenai keberkesanan perlaksanaan bergantung kepada NIAT awal kita disana.Sebab sistem itu harus didokong.

Maaf puan : saya menhargai pandangan puan.Mungkin apa yang puan alami dan anak puan itu adalah perlaksaan di kem setempat.

- jinggo - berkata...

sri : pasal kerja dan duit...itulah yang mungkin dihadapi oleh anak Puan Habsah tadi.Sebab pembanggunan manusia ini harus dilihat dari banyak aspek.

Saya bersimpati dengan Puan Habsah - saya pun dah jenuh menjawab cerita yg sama di kem dulu ( saya simpan selebihnya untuk sekadar pengalaman sahaja ). NIAT seharusnya jelas dalam apa kerja sekali pun.

Sebab saya yakin : fitrahnya kita akan menentang perubahan demi perubahan yang diluar lingkungan budaya kita...orang yg MENCIPTA perubahan itu adalah PENDIDIK.JURULATIH DAN TENTUNYA GURU.....hari saya menyeru diri saya akan terus berada di posisi yang betul.

- jinggo - berkata...

Peminat Jutawan : harapan saya jangan orang diatas baca...he.....sebab ingat cerita HANG NADIM..dia dibunuh sebab terlebih idea.

Saya ikhlas.Dan itu yang terbaik dari saya.

- jinggo - berkata...

Puteri Ezza : Selamat kembali..apa khabar bah...saya amat yakin kepada 15 % hidup kita adakan IQ dan 85 % EQ..Selain ESQ + PQ.

Saya tidak benarkan diri saya melihat ' jam yang mati itu : sudah mati '.Sebab jam itu akan betul 2 kali kan...

Tahniah kerana berjaya menempatkan diri di PLKN. Gunakan ruang yg terbaik.Ingat dalam hidup duit bukan segalanya.....

dan pandangan saya diatas.adalah pandangan kami sebahagian dari orang2 yg nak memberi....

kyuzo uehara berkata...

cikgu harun,

pembaca blog ini, orang di luar dan sesiapa pun boleh berkata macam2.. tapi yang realitinya hanya kita dan Tuhan saja yang tahu..

dan kalau nak tau lebih lanjut.. klik sini
http://celorengbiru.kedaibukue.com

harga runtuh ditawarkan selama 24 jam sahaja sepanjang 31 Disember 2008..

ewah, sempat promosi.. hahhaa..

selamat tahun baru!

- jinggo - berkata...

cgu azzah: itu jawapan yg terbaik yg boleh kita kongsikan.....terima kasih......hanya kita yg tahu !!!

mademoiselle ain berkata...

xpernah dpt pegi plkn..jd xmerasa..

Eco Kid Adventure on Facebook