Rabu, 31 Disember 2008

Sorotan 2008


Liputan akhbar terhadap Eco Kid
Beberapa jam lagi kita akan sidaikan tahun 2008. Banyak orang banyak cerita. Yang pastinya banyak perkara2 yang kita mahu @ tak mahu berlaku. Seadanya siapalah kita untuk menidakkan apa yang telah berlaku.
DALAM HIDUP TENTUNYA KITA TIDAK BOLEH MEMILIH SEMUA YANG HANYA KITA MAHU SAHAJA.SEBAB TERKADANGNYA YANG KITA TIDAK MAHU ITU : LEBIH BAIK DARI APA YANG KITA MAHU.
Dan sebagaimana orang lain : Ada yang mahu menyimpan dan ada yang mahu menyelak kembali cerita demi cerita 2008. Hari ini suka rasanya saya mahu menyelak sedikit dan 'menyimpan ' terus apa yang tidak sepatutnya diselak lagi.
CERITA JINGGO
2008 : terlalu banyak warna warna.hitam.putih.kuning.merah.dalam kelabu.Tapi itulah cerita kita sebab terkadangnya kita tidak berpeluang yang banyak untuk memilih. Pastinya : itulah kehidupan SEAKAN AKAN kita memilih. Seterusnya apa lagi : kita disini bukan untuk dihukum dan dihakimi.
Jinggo 2009 : Seterusnya jalan harus kedepan.Dalam bidang kerjaya tentunya saya telah mula meletakkan diri dalam satu kelompok yang semua orang mahu.Dihargai dan diletakkan ditempat yang betul. Itu landasan untuk seterusnya.Harapan semuga landasan ini akan diperkukuhkan dengan penglibatan beberapa watak lain.Sebab kita tidak mampu naik keatas tanpa ada orang dikiri kanan.Landasan sudah disedia.Jalan seterusnya kehadapan.

23 ulasan:

ujie berkata...

salam jinggo..semoga tahun 2009 jinggo lebih maju ke hadapan n berjaya mencapai impian...

addyaholix berkata...

moga 2009 terus indah buat kita semua!

- jinggo - berkata...

Dan pada uji juga..semuga cepat kahwin..he. gitulah harapan semua orang lain juga.nak hidup secara harmonis.

dan saya.saya nak perkemaskan diri untuk menjadi sebaik mungkin...

- jinggo - berkata...

Addy : ingat apa yg pernah kita bualkan dulu.KUASA TINDAKAN.Inilah masa yg terbaik untuk mula merancang...

Apa rancangan tahun ni.
Matlamat SAYA : nak jumpa Addy kalau bersempatan...kita 'serkah' ikram kat PTS.

ok : kita bersangkabaik pada semua keadaan...

marzalina berkata...

salam tahun baru buat cikgu jinggo...semoga sentiasa dibawah naungan rahmat illahi

- jinggo - berkata...

Intan : harapan semua orang.dan harapan kita.semuga 2009 lebih baik dari 2008. itu jua harapan semua orang.untuk itu jalan pandang belakang...jalan harus ke depan intan..

arryani berkata...

Tak semua yang kita rancang akan menjadi kenyataan.

Kita lebih mahukan KESERONOKKAN, tetapi KESUSAHAN itu yang mengajar kita erti KEHIDUPAN.

Selamat tahun baru pada sahabat, teman dan kawan...

mademoiselle ain berkata...

slmt tahun baru..

sy nk lupakan kenangan pahit 2008 dan mulakan 2009 dengan sesuatu yg manis..

harap 2009 memberikan kebaikan kpd en jinggo yg pemurah dgn ilmu ni.. smoga Allah sntiasa merahmati kamu..trm ksh juga di atas segala nasihat..

- jinggo - berkata...

Puan Aryani.Setuju.Siapa mahu kecelakaan dalam hidup....tapi kadang2 yg celaka itulah ada kemanisannya.

Semuga 2008 yg ditinggalkan 2009 akan beraksi....mari kita sama beraksi !.Selamat Tahun Baru.Terima kasih.

- jinggo - berkata...

Ain : kalau saya di tempat ain...berdasarkan N3 semalm.Saya berdoa pada Allah agar dipermudahkan hidup saya dan hidup orang lain....yang berlaku telah pun berlaku..jalan harus ke depan.

Untuk Ain 2008 mungkin tidak secantik yg disangka dan dijangka...semuga 2009 kita akan lalui dengan lebih baik....

Semuga Ain terus diberkatiNya dan dipermudahkan segala urusan kehidupan....

::SRISUFI:: berkata...

salam tahun baru cikgu

besar harapan saya kpd cikgu untuk meneruskan usaha murni mendidik anak bangsa...aset negara...
kerana generasi ini yang harus diikat dengan nilai2 dlm menemukan jatidiri sebenar...

syabas cikgu!!sri harap dapatlah apa yang dianugerahkan pada sri ni bisa bantu usaha cikgu...sri mahu belajar dari cikgu..

insyaAllah jika penulisan cikgu dah siap dibukukan...sri akn bantu promosikan semampu sri

**doakan sri sama ye cikgu**

- jinggo - berkata...

Sri : sebagaimana yang dikatakan - kita jangan MIMPI untuk naik keatas kalau tidak ada orang dikiri kanan kita yg membantu...

untuk itu.niat telah jelas.Saya dan kita dan kita adalah anugerah...kita sebahagian daripada media untuk mencipta perubahan..untuk itu.mari kita gunakan ruang dan peluang ini sebaik mungkin : kerana percayalah - hidup kita macam main Boomerang.....

Pasal buku : saya akan menulis tahun ni.insyallah kalau sri boleh tolong....sebab saya lebih 'petah' bercakap dari menulis....

::SRISUFI:: berkata...

cikgu....

saya berminat sangat menulis...menulis dan menulis...

hurmm...saya tidak mahu menjadi org atasn...kerana takut lupa diri...biarlah menjadi penulis saja..hehehe...

::SRISUFI:: berkata...

cikgu...

cuba cikgu jelaskan dan panjangkan ayat hidup ini umpama bermain boomerang tu...

suka lah ayat tu...nak curi..

~Insan Biasa~ berkata...

Salam wak jinggo. Hari ini lewat melawat anda di sini. Selamat Tahun baru, dan semoga tahun yang mendatang akan lebih bercahaya lagi hendaknya.

Mak Su berkata...

selamat bertahun baru, moga terus sukses!!

:D

- jinggo - berkata...

Sri ceritanya.seorang budak bercuti bersama ibunya dikawasan bergunungan.dan suatu hari si anak dan mak bergaduh...anak berlari ke gunung dan menjerit : AKU BENCI MAK....tapi si anak terkejut.bila ada sahutan AKU BENCI MAK....dan berlari balik ke hotel dan menceritakan pada mak nya.ada sahutan........

si Mak tersenyum.cuba pergi semula dan katakan : AKU SAYANG MAK.....

Madsudnya hidup ini macam GEMA...apa yg kita lakukan akan kembali kepada kita.Apa jua yg kita lakukan hari ini pastinya akan kembali pada kita.

Buat baik akan dipulangkan dengan kebaikan.......betul tak sri.

- jinggo - berkata...

cgu endok : selamat untuk hari ini dan seterusnya...apa khabar sk teluk pulai...saya pernah berprogram dengan sekolah cgu dulu.....best cgu2 spoting....selamat tahun baru

- jinggo - berkata...

Mak Su : apa azam tahun.nak tambah anak kut....saya.nak tambah peminat aja kut.....

::SRISUFI:: berkata...

menarik iktibar kesah nih cikgu...

nak cilok lah...minta izin ye cikgu...

- jinggo - berkata...

begitulah sri..cerita yg tidak pernah lekang dari mulut saya.hidup macam main boomerang..kita memberi dan menerima.

Mak Su berkata...

jinggo, saya dah malas nak berazam, nak tambah anak? huhuhu, tahun depan saya akan jadi 40 tahun, malas banget nak ada baby.

moga2 azam jinggo tercapai :)

~Insan Biasa~ berkata...

Hehehe saya tahu. Sktp ....dah banyak dan akan ada perubahan lagi!

Eco Kid Adventure on Facebook