Khamis, 18 Disember 2008

cerita orang kalah.....

Sesungguhnya dalam hidup kita tidak akan menang dalam semua hal : sesekali kita akan di'kalah'kan oleh diri sendiri. Kita akan dikalahkan oleh diri sendiri bila kita mengiakan yang kita kalah. Yang menjerumus diri kita dalam dunia yang kita cipta sendiri. Dunia orang kalah. Kita berhak menyatakan apa sahaja : sesungguhnya dunia ini tidak pernah mahu berhenti : malah mungkin tidak mahu bersimpati langsung kepada kita..Dan begitulah seterusnya kita. Kita berhak menuding kepada persekitaran yang tidak sepatutnya memperlakukan kita sehingga kita kalah...
Adakah betul kita kalah.
Dunia ini masih adil dengan percaturan demi percaturan. Cuma kita terkadang alpa dengan fitrah kita sendiri. Persetankan segala punca yg di ' ada' kan - jalannya harus di hadapan. Kita akan terus di kalahkan seandainya kita menyalah. Hidup ini adalah selingkar cerita yang kita pilih dan seharusnya kita bertanggungjawab terhadap pilihan kita. Membiarkan diri terus terusan mencipta cerita ' orang kalah ' akan membenarkan segala hukum ' orang orang kalah '.
Hari ini.Kita tidak kalah.Kita ada pemenang yang ditunda kemenangannya.

24 ulasan:

Tirana berkata...

Jika kita perhatikan betul-betul, dalam apa yang diistilahkan "kekalahan" itu sebenarnya ada "kemenangan". Nampak pada zahirnya kalah tapi sebenarnya menang. Itu bagi orang-orang yang menilai kekalahan itu dari sudut yang positif. Kita adalah apa yang kita fikirkan.

- jinggo - berkata...

Puan Tirana : banyak kajian ilmiah yg menjurus kearah pemikiran begitu.Memang dalam kalah. Tapi kita ni fitrahnya lemah.Alpa. Cuma berbandingan diantaranya adalah ilmu yang mampu dijadikan sempadan dan kekuatan.

Tidak semudah itu kan. Sebab kita ada hati + emosi dan akan jadi penafsir pada semua kemungkinan.

Untuk itu : saya menyeru pada diri dan kawan - jangan mengalah. Kuasa Tarikan dalam minda kita akan menentukkan kita kalah - memang.

marzalina berkata...

La Tahzan...saya pernah memilinya..kemudian menghadiahkan buku tersebut kepada seorang sahabat saya yang ditimpa musibah dan kesedihan..dengan harapan moga buku tersebut dapat menghilangkan beban perasaan yang tergalas dibahunya..buku tesebut sangat baik untuk sesiapa sahaja :)

- jinggo - berkata...

marlina : La Tahzan - jangan bersedih.itu sepatutnya kita. Tapi banyak yg tak patutnya sebab bukan mudah untuk tidak bersedia......sebab kita ada hati.yang akan memberi kita macam2 pandangan...untuk itu La Tahzan

arryani berkata...

"Kita ada pemenang yang ditunda kemenangannya"... Saya suka ayat ni..

Hasil mengumpul kudrat dan kekuatan jiwa, saya membuat kesimpulan untuk diri sendiri bahawa...banyak lagi nikmat Allah yg boleh dinikmati dan yg penting dunia ni tak layak utk kita tangisi....

Dan alhamdulillah

- jinggo - berkata...

Puan Aryani : alhamdulliah - semuga hari ini dan seterusnya kita beroleh keberkatanNYa...dan tentunya ada kemenangan yg di tunda....

Mak Su berkata...

tunda pun okeyy :)

LotsOfLove berkata...

Salam Singgah Jinggo..
Kalah Vs Menang..
ada masa kita pasti menang jika kita pernah kalah dan demikian pulak sebaliknya..

mountdweller berkata...

Salam jinggo,

Pada pengalaman uncle, selepas dihidupkan Allah selama 53 tahun yang kalah tidak semestinya sentiasa kalah dan yang menang tidak semestinya selalu menang. Cuma yang kalah akan terus kalah sekiranya dia memang kalah pada akal dan semangatnya.

Tapi kena ingat yang menang tidak akan menang semuanya!

- jinggo - berkata...

mak su - tunda tu tak tahu bila......

- jinggo - berkata...

LotOfLove : Kalau diuruti semua cerita orang yg menang semuanya bermula dengan kalah dan kalah......diharapkan dihujung kita mendapat kemenangan hakiki....terima kasih kerana singgah....

- jinggo - berkata...

Tuan : saya pandangan yg seronok kita dengar : kita kadang2 kalah disebabkan kita nak menempa untuk kalah....diharapkan kita kena belajar bagaimana untuk menang dikala kalah.....

terima kasih : diharapkan ada masa dan ruang kita boleh jumpa dan pekena teh tarik.....

~mardihah~ berkata...

sy tak habis baca lagi buku ni...hmmmm

- jinggo - berkata...

Dihah - buku tu memang best kalau dibaca oleh orang2 yg 'sedang' bersedih...penghayatannya berbeza....baca jangan tak baca....

arryani berkata...

Saya sebenarnya telah mambacanya semalam....dan sebab itu saya mengatakan dunia ini tidak patut dan tidak layak untuk ditangisi....

- jinggo - berkata...

aryani : memang pun begitu - dimana pun macam tu.kita dizahirkan disini bukan untuk menangisi dan ditangisi...saya dah baca.dah ulang semula.

Boleh disyor dan kongsikan dengan orang lain...bahawa dunia ini masih adil...

erisya nor berkata...

salaams Jinggo...tiap kali n3 baru , erisya pasti menjengah..cuma idea yang nak ditulis sama ngan komen orang lain gak esp Tirana..jadi tak lah tinggalkan komen :)

p/s: kalau tak keberatan, tak yah lah panggil puan...biarlah panggilan tu kat ofis jer..untuk urusan rasmi jer ....tak kisah panggil erisya jer kan?:)

noriza berkata...

"Setiap penderitaan di dalamnya mengandungi benih kesempatan yang sama atau lebih bagi orang yang memiliki sikap mental positif dan mengamalkannya. Bagi saya menang atau kalah adalah pilihan kita sendiri. Apa yang perlu kita miliki ialah kekuatan untuk mengendalikan emosi. Itulah yang amat sukar dikendalikan. Emosi yang selalunya tidak keharuan ini adalah kelemahan diri yang belum pasti dapat kita tanggani... Walaupun kita sedayanya telah mencuba, tapi maaflah.... ini soal perasaan. Namun terima kasih kerana setelah melayari blog dan membaca idea teman semuanya ,kita perlu mendisiplinkan diri meski pun perlu mendaki gunung, sampai ke puncaknya.Walaupun segalanya "Masih Aku Terasa.

Ajeem berkata...

hmm..penuh dengan falsafah...Alexander The Great seorang pendekar yang sukar dikalahkan oleh musuh namun beliau akhirnya kalah kerana 'kalah' kepada nafsu diri.kesimpulannya, diri kitalah yang mengawal apa yang akan berlaku terhadap diri kita dimasa akan datang.jangan menuding jari kepada orang lain atau persekitaran...

- jinggo - berkata...

puan erisya : pertama pasal panggilan - saya memang bertuan dan puan dengan semua orang...

seterusnya - memang nada puan sama dengan puan tirana.tapi sekadar sokongan yang kita ada ramai kawan2 seirama dengan kita......

maaf - puan kerja mana...

- jinggo - berkata...

puan noliza : susah bila bercakap soal hati -tapi dalam skop N3 saya.kita jangan kalah sebelum kalah....ini dikaitkan dengan kuasa tarikan yg akan ikut apa yg minda kita lenturkan...

- jinggo - berkata...

saudara ajem : selamat datang ke blog saya.sebagaimana yg saudara katakan : ramai orang hebat yang wajar kita teladani..saya baru bersembang panjang dengan En Norman KRU...woi.Manusia hebat.Apa yg berlaku dari budak hampasan industri kepada satu nama besar ( sebesar2nya ): semuanya sebab tidak kalau sebelum kalah....

erisya nor berkata...

Jinggo, sekiranya lebih selesa berpuan ...terpulanglah :) cuma erisya rasa kekok huhuhu rasa macam kat ofis lak...erisya segan nak cakap kerja mana...tapi cukuplah erisya nyatakan bahawa ianya berkaitan ngan law enforcement. Memang sejak mula kerja, boss selalu pesan jangan citer sangat pasal karier kami, bahaya jika orang ambil kesempatan katanya.

- jinggo - berkata...

Puan Erisya : Yang pastinya saya ada orang2 hebat bersama saya.....tolong rujuk komen saya N3diatas.Baca komen Raja dan komen balasan saya......apa pandangan puan.

Eco Kid Adventure on Facebook