Khamis, 25 Disember 2008

Ini pilihan kita....

Dalam hidup kita kita mungkin biasa berhadapan dengan keadaan macam ni..
Sakit hati.Geram.Putus Asa. Mengeluh.Tidak bermaya.Marah. Merungut. Baran.Kecil Hati.Dendam.Benci.Tak Buat HomeWork.Tak Bertanya...
Itu sebahagian dari situasi negetif yang kita hadapi – suka @ tidak itulah kita.
Semuanya bermula bila kita tidak SUKA dengan apa yg kita lakukan.
Kita MESTI lakukan sesuatu perkara yg bukan kita mahu.
Kita MESTI pilih sesuatu perkara ygn tidak tidak pilih
Kita MESTI lalui hari2 yang kita tidak suka lalui.
TAPI KITA LAKUKAN SEMUANYA – DENGAN BEBALAN DI ATAS.
Semua itu kita install dalam Minda di Bawah Sedar maka jadilah kita apa yg kita installkan.
Cuma latihan ini….

SAYA MESTI A
KALAU TIDAK A AKAN JADI B
KALAU TIDAK B AKAN JADI C
KALAU TIDAK C AKAN JADI D
KALAU TIDAK D AKAN JADI E
AKHIRNYA SAYA MEMILIH UNTUK A.
Perkataan MEMILIH yang kita akan install : seterusnya kita bertangungjawab dengan apa yg kita pilih……

SAYA MESTI BACA BUKU ( sebenarnya malas juga )
KALAU SAYA TIDAK BACA BUKU SAYA AKAN JADI BODOH
KALAU SAYA JADI BODOH AWEK CARI ORANG LAIN
KALAU DIA CARI ORANG LAIN SAYA BUNUH DIA
KALAU SAYA BUNUH DIA SAYA MASUK JEL
KALAU MASUK JEL KENA GANTUNG
AKHIRNYA SAYA MEMILIH UNTUK BACA BUKU….

Moral untuk kita : Dalam hidup sehari2 itulah kita. Kita MESTI BUAT perkara2 yg kita tidak suka buat.Kita TERPAKSA laku.Dan kita lakukan.Apa yang kita TUKAR : MESTI KEPADA MEMILIH : akhirnya kita rasanya LEGA...

27 ulasan:

addyaholix berkata...

saya paling tak suka belajar. dulu saya belajar cuma sebab itu kewajipan. bila habis belajar saya rasa bebas. sebab saya tak lagi terikat dengan kelas dan matapelajaran yang saya tak pernah suka.

tapi bila saya dah bersua muka dengan hidup, baru saya tahu saya tak boleh berhenti belajar. sebab setiap hari ada saja perkara yang mahu tak mahu saya perlu belajar.

lama-kelamaan saya makin suka belajar. dan sekarang juga saya masih belajar. belajar bagaimana untuk hidup!

- jinggo - berkata...

Lama kelamaan saya makin suka belajar : hebat saudara.Masa sekolah dulu ( diasrama ) : saya tak suka bangun bagi.Tapi kena bangun pagi...

Sekarang : Saya kena balik awal walaupun tak suka balik awal kerumah....

Addy : hidup ini adalah pilihan kita.kita yang pilih.Tak perlu kita salahkan itu dan ini seandainya berlaku itu dan ini.Sebab kita yg pilih....

addyaholix berkata...

ya. pilihan di tangan sendiri. dulu saya sering salahkan mak ayah sebab asyik nak tentukan hidup saya. tapi saya lupa, pilihan di tangan saya. mak ayah cuma membimbing ke arah yang sepatutnya.

tapi saya tak menyesal dengan apa yang saya pilih. walaupun pilihan saya bukan seratus peratus betul. sebab dari pilihan itulah saya mula belajar. dari pilihan yang saya pilih itulah saya jadi diri saya sekarang. mungkin tak sesempurna kawan-kawan yang lain, tapi saya mampu jadi diri saya sendiri. dan saya bahagia. sebab saya tahu ini adalah pilihan saya!

sebelum lupa, gambar header tuh, siapa yang pakai baju biru duduk kat batu tu? ikram ke?

~Insan Biasa~ berkata...

Ada masa memang kita perlu melakukan apa yang hati kita tidak mahu buat. Rasa terpaksa. Tapi jika itu yang terbaik kita akan lakukan juga walau dengan paksa rela.

Dan diakhir hasil adakala kita akan kata....nasib baik aku buat....walaupun nikmatnya tidak sama seperti nikmat kepada perkara yang benar2 kita ingin lakukan.

sonata anak kancil berkata...

saya tak pasti apa yang saya suka,tapi apa yang buat semua saya suka. So, takat ni kebanyakannya tak ada le yang saya tak suka.Hari2 yang dilalui, takat ni suka semua.

- jinggo - berkata...

ya ikram : rakan yang sama2 membangun dalam bidang latihan kenal dia kat mana.sekarang editor kanan di PTS.dia fasi saya selama 7 thn semasa di UIA PJ lagi....

bercakap soal pilihan : memang macam tu . mak ayah selalu melihat dan membuat tafsiran yg selamat untuk kita.

cuma untuk menjadi bukan pilihan kepada pilihan kita kena bercakap semula ( install )untuk ditanah di Minda di Bawah Sedar..betul tak...addy mesti orang hebat sebab kalau kenal ikram mohd wazir ni bermakna : kalau tidak dari UIA mesti aktitivis mana2 NGO.....

- jinggo - berkata...

cgu anis : memang betul macam tu.tapi proses untuk menjadi apa yg kita tak suka kepada suka...makan masa kan.

nak cgu kahwin dengan bangla kat pulau tu....sementara nak tunggu suka mahu terjun jambatan agaknya.gurau2 cgu...

jadi2 sebelum buat pilihan.pastikan itu pilihan kita

- jinggo - berkata...

cgu sonata : itu nasib @ rezeki suka pada semua yg datang. ini tandanya cgu seorang yg amat2 terbuka barangkali....balik sekolah ajar budak2 teori itu.

Sebab di PLKN . itu diantara subjek utama.sebab ramai kita sekarang keluh kelas sebab pilihan.....

azlanlin berkata...

Kata nenek saya:

Kekadang pilihan yang kita buat kini adalah pilihan yang mengikut hati atau rasa saja... sebab kita nak tahu adakah keperluan itu memenuhi keinginan kita...

Kata atuk saya:

Mungkin juga pilihan yang kita buat sekarang adalah mengikut keperluan kini (semasa). Untuk akan datang adakah pilihan itu menjadi masih pilihan yang yang terbaik....

Kata saya pula:

Hati-hati dengan pilihan yang kita buat. Sekali buat pilihan, terimalah pilihan itu seadanya. Rempuh dan tempuh dengan berani terhadap apa jua masalah yang datang kerana...ITU ADALAH PILIHAN KITA!. Kekadang, pilihan ALTERNATIF yang datang adalah menguji kita dengan pilihan yang telah dibuat sebelum ini...

Wallahualam...

Apa kata anda?

- jinggo - berkata...

cgu azlan : kata jinggo pula - hidup pada setengah orang berjalan atas dasarkan bukan pilihan sendiri...macam ramai yg kat IPTA / IPTS tu..Maktab Perguruan sekali.Makayah punya plihan.Maka sebab itu tidak memilih untuk pergi kuliah.tidak buat homework.Sebab itu bukan yg mereka pilih.

Dalm kerajaan pula : disebabkan kita tidak memilih ( memangkah )parti tu.kita terpaksa ikut apa yg orang lain pilih...dan sekarang : semua GERAM JIWA ( GERAMJI )

Kesimpulan : Rasanya gerakhati saya kena fikir.....10 % kut cgu.yang lain kena pilih betul2...

- jinggo - berkata...

cgu azlan : kata jinggo pula - hidup pada setengah orang berjalan atas dasarkan bukan pilihan sendiri...macam ramai yg kat IPTA / IPTS tu..Maktab Perguruan sekali.Makayah punya plihan.Maka sebab itu tidak memilih untuk pergi kuliah.tidak buat homework.Sebab itu bukan yg mereka pilih.

Dalm kerajaan pula : disebabkan kita tidak memilih ( memangkah )parti tu.kita terpaksa ikut apa yg orang lain pilih...dan sekarang : semua GERAM JIWA ( GERAMJI )

Kesimpulan : Rasanya gerakhati saya kena fikir.....10 % kut cgu.yang lain kena pilih betul2...

addyaholix berkata...

saya orang hebat? takdelah! sebenarnya dia senior saya masa zaman sekolah dulu. sebab tu tengok gambar macam kenal je =)

sampaikan salam saya buat saudara ikram. katakan junior dia dulu masa di mahad.

apapon tulisan saudara hebat!

Rashid berkata...

Salam..
Suka bila baca " KALAU SAYA JADI BODOH AWEK CARI ORANG LAIN". Bagus sangat untuk motivasi pelajar ni.. hehe

noriza berkata...

Saya memang suka membaca.Tapi bila duduk sebelah dalam kereta bila membaca, 5 minit kemudian buku yang baca saya.Itu tabiat buruk saya yang tak boleh nak ubah. Saya tahu saudara dari dulu dan sekarang sememang ulat buku. Tahniah kerana saudara tetap mengekalkan hobi itu.Nah sekarang sepatutnya saudara boleh berbangga kerana bidang penulisan dan pembacaan membuat saudara sampai ke tahap ni.Saya cukup berbangga punya sahabat seperti saudara. Punya azam dan cita-cita tinggi untuk mengubah prestasi diri. Malangnya kita hanya berhubung di bidang penulisan dan kata-kata.Sekarang saya juga masih terus membaca dan belajar dari pengalaman hidup.Namun bila sudah seusia ini bidang pembacaannya lebih pada keagamaan. Maklum mati itu pasti, hidupkan belum tentu.Saya mencadangkan agar saudara menulis buku-buku motivasi. Tentunya akan dapat keuntungan besar. Nanti boleh belanja saya makan buah durian kat Kampong Gajah.

erisya nor berkata...

sokong noriza! tuan PATUT memilih untuk menulis buku motivasi. Mungkin dengan bahasa yang lebih santai buat bacaan anak2. Pengalaman bersama anak2 sekolah adalah pengalaman yang cukup baik kerana tuan secara langsung tahu kehendak anak2. Jujur, erisya tak mampu menjadi seperti tuan...pening jika dikelilingi anak2 yang ramai...sebab tu lah agaknya anak pun tak ramai :)

- jinggo - berkata...

Addy : salam saudara akan disampaikan...dan kalau nak jumpa dia ke PTS kat Wangsa Maju. Kami pun dah lama tak jumpa.......dia tahu saya.saya tahu dia.....

senang2 addy : kita boleh berurusan seterusnya.Saya hasil dari Maahad macamana orang nya...

- jinggo - berkata...

Cgu rshid : itu contoh mudah dari saya....sebenarnya memang macan tu.sebab saya percaya kepada KUASA TARIKAN yg kita ujudkan dari dalam MINDA DIBAWAH SEDAR kita...kalau bengap : bengaplah hasilnya....

kita kongsikan : biasanya itu diantara subjek yg saya paling seronok saya 'goreng' : hidup kita adalah pilihan kita - kalau pun bukan pilihan JADIKAN IANYA PILIHAN....

- jinggo - berkata...

Cgu Ija : Kadang2 apa yg berlaku dari apa yg kita tengok.Kan ayah teman tu Tok Iman besor kampung.Asyik buka kitab aja...manjang ada orang bertandang ( org kg tak kira waktu ). Saya memang dah tgk dia membaca kitab dan berceramah dari kecik lagi...tu yg jadi macam ni.

Walaupun saya tidak berceramah di surau macam dia : tapi saya ada media sendiri.Dakhwan juga kan....sebab itulah anak2 akan tengok aja apa makayah dia buat.

Dia tak suruh pun saya baca @ bekerja macam ni.Tapi dari kecik hari2 tengok...akhirnya jadilah Harun ke Jinggo ( Abu Bakar ke Lebe Bakor )....cerita lama kita. Terima kasih : Pasal buku memang azam 2009....

- jinggo - berkata...

Puan Erisya : cuba tengok gambar paling atas sekali.cgu atas batu dan budak dalam sungai tu..tu senior Addy.Orang yg membangun bersama saya di dalam bidang latihan.junior saya...pembantu saya.bro saya.

Kenapa ada gambar dia ( selain sesuai dengan tema saya ).Itu Ikram Mohd Wazir - Editor Kanan PTS.Itu jalan pintas saya kalau ada gerakhati untuk buat buku...memang azam yang saya dah tulis.....

Tirana berkata...

Terlambat masuk ke sini dan terlambat baca. Semalam satu hari migraine jadi tak jenguk blog sesiapa pun semalam. Blog sendiri pun jenguk sekejap aje. Komen dah banyak so tumpang baca komen orang lain aje..hehehe..

Dalam hidup ini kita sentiasa berdepan dengan situasi di mana kita harus membuat pilihan. Kadang-kadang pilihan itu bersifat ditelan mati emak dibuang mati bapak. Kita terpaksa memilih yang itu kerana terpaksa atas beberapa sebab dan bukan kerana kita minat. Membuat sesuatu yang tidak kita minat, akan menimbulkan tension dan stress. Namun ada sesuatu yang seronoknya...MINAT adalah sesuatu yang boleh kita pupuk. Kita membuat sesuatu kerana kita terpaksa (mungkin kerana tiada pilihan lain) tapi kita ada pilihan samada untuk terus membiarkan diri kita dalam keadaan terpaksa atau mengubah sikap untuk memupuk minat dan seterusnya perasaan keterpaksaan itu berganti dengan suka dan senang sekali dengan apa yang kita buat.

- jinggo - berkata...

Puan Tirana : cuba kita hayati kata2 ini...

KELAZIMAN AKAN MEMBENTUK BUDAYA AKAN MEMBENTUK TABIAT AKAN MEMBENTUK SIKAP AKAN MEMBENTUK TAKDIR...

Apa yg kita lazim buat akan membentuk budaya.begitu juga dengan pilihan.kelaziman + kekerapan akan menjadikan apa yg kita tak pilih akhirnya menjadi pilihan...mengikut teori barat.teori 21 hari ( ambil idea dari ayam mengeram telur )

Dalm proses tu menjadi bukan pilihan kepada pilihan memerlukan komitmen....

::SRISUFI:: berkata...

salam maal hijrah cikgu...

dalam hidup saya sangat menghormati seorang insan bergelar cikgu...guru...murabbi @ yg sewaktu dengannya...

tika umur 3 tahun lbh sudah dididik olh ayah utk berjinak2 membaca buku...walau tak kenal apapun huruf
tika umur 5 tahun'takde uniform khas lagi' cikgu salu pesan balik umah buat keje umah kena kaler2 segala...
menginjak 7 thun sampailah hbs sekolah ke menara tetap telinga ni dibisikkan kalimat membaca...mambaca..mambaca..

nah..
sekarang wlu lama tinggalkan alam belajar...membaca dah sebati dlm diri...sehari tak membaca bagai tk lengkap...membaca terbukti menambah ilmu...membuka minda yg sempit...malah seorang pimpinan hebat juga hobinya membaca...
Rasulullah juga menyuruh umat membaca...
(tp jgn lak slh pilih bahan nak dibaca..heheh)
i love reading.....

- jinggo - berkata...

Sri : Terima kasih kerana memberi komen yg menarik.Membaca. Sebab orang memaca ni ada beberapa kelompok.

membaca : untuk exam
membaca : untuk suka2..tgh bosan
membaca : minat
membaca : kerana kerjaya.
membaca : dlm tandas...ada kut.

Apa2 pun bila kita membaca mesti apa bahan bacaan pun : mesti ada benda baru yg masuk kan....sebab bukan mudah nak bina budaya dan tabiat ni...

Saya dah jadi tabiat kut.Dalam kereta kalau lampu merah : baca dulu...mesti kena hon !!!!

Sri belajar kat mana dulu..

::SRISUFI:: berkata...

sri juga tak sabar menanti hasil penulisan cikgu...

PTS publication...Janda Baik tu ye...Prof Abdullah dan Pn Ainon empunya kan...

sri penah ke sana

- jinggo - berkata...

Sri : itulah tapi skop buku cgu nanti kecil. mungkin sekadar untuk memenuhi keperluan di kem sahaja. Setiap pelajar akan berpeluang untuk dapatkan sesuatu dari jinggo.

dan cgu yakin : sebab cgu adalah orang yg dibikin daripada program demi program ( tarbiah demi tarbiah ) : hari ini niat cukup jelas....

::SRISUFI:: berkata...

teruskan perjuangan cikgu...walau kelompok kecil...tetapi kelompok kecil itulah akan membentuk kelompok yg lbh besar...

kita berjuang dan berbakti dengan cara dan kemampuan kita sendiri..

pendayung dah ada di tangan ...perahu dah di air cikgu...sri doakan cikgu berjaya...

amin

Ajeem berkata...

saudara jinggo,

saya suka berkongsi pengalaman..dahulu saya seorang yang tidak suka melihat buku tetapi oleh kerana tekanan dan desakan keluarga untuk rajin membaca/belajar saya terpaksa 'telan' saja walaupun begitu pahit...ketika darjah dua motivasu untuk rajin membaca bertambah apabila banyak buku yang dibeli..macam2 ada la katakan.

selepas itu saya tidka pernah lagi dipaksa atau disuruh belajara kerana mereka yakin saya boleh..rupanya hanya beberapa ketika hal tersebut sudah 'installed' dalam minda bawah sedar..lebih-lebih lagi ada falsafah mengatakan bahawa orang yang rajin membaca (banyak ilmu pengetahuan) menguasai separuh dunia...wauuu...hebat tuu..jadi kesimpulannya dalam pahit ada ubatnya dan dalam manis ada racunnya...terima kasih.

Eco Kid Adventure on Facebook