Isnin, 22 Disember 2008

Home Work....

Puan Norela Samad ( Bekas Wartawan Penyiaran RTM )

Rasanya ini hak saya untuk merungut begini : susahlah berkerja dengan orang yang tidak komited ni....memang betul kata orang :
kita boleh bayar apa saja untuk tenaga dan masa orang lain tapi bukan kesetian dan komitmen....
Cerita bermula dari cerita yg panjang - dari pertemuan demi pertemuan dengan BOSS2..hasilnya begini.

Cgu akan marah bila anak murid tak buat HomeWork
Mak akan marah bila anak tak buat HomeWork
Pengarah akan marah bila pelakun tak buat HomeWork
Pengarang akan marah bila wartawan tak buat HomeWork.
Dan jinggo akan marah bila fasi tak buat HomeWork.

Apakah itu HomeWork : Kerja tambahan untuk menambahkan kuanliti kerja dan diri.Kerja diluar masa.Tidak dibayar.Pengorbanan masa. Hanya orang Komited sahaja yang anggap HomeWork tu penting. Hasilnya adalah kuanliti.

Teringat kata Puan Norela Samad ( bekas wartawan penyiaran RTM ) pada satu pertemuan dahulu : susahlah budak wartawan sekarang.Tak buat HomeWork.Kalau nak suruh pergi temuduga Menteri kadang2 tak tahu Menteri datang dari Parlimen mana ( sebab tak buat HomeWork ) - kami dulu sebelum pergi field buat kajian.Masuk perpustaakan.Cari matlumat....

Akhirnya : Untuk kita.....dah buat HomeWork ke belum...Home Waor dikaitkan dengan komitmen.Ini yang membezakan orang yg ada keinginan dan orang yang ada harapan. Orang yg ada harapan hanya akan bergerak dalam zon selesa sementara orang yang ada keinginan akan melakukan suatu yang berasas AKU MESTI BUAT....mari kita fikirkan.

20 ulasan:

LotsOfLove berkata...

mmm..
kekadang Homework 'menyusahkan' dan yang menyusahkan tulah yang mendatangkan faedah..

aku rajin buat homework kat rumah.. huhu..

- jinggo - berkata...

memang itulah yang sepatutnya.tapi saya tergerak buat entry ni sebab baca suratkhabar hari ini.Ada wartawan salah tulis fakta. Ada juruhebah radio tersalah matlumat...semua sebab tak buat HomeWork....

Dah buat homework ok....

~Insan Biasa~ berkata...

ramai yang buat kerja ala kadar sahaja. kalau satu kumpulan, hanya seorang yang buat homework...mana nak datangnya 'kualiti'.....rata-rata x ambil berat tentang 'kualiti' tapi mementingkan 'kuantiti'...lama-lama orang yg buat homework pun malas nak buat homework...

- jinggo - berkata...

cgu anis : kabari endok...itu realiti yg kita ada.Semua dikaitkan dengan motivasi dalam cgu kan...ada orang yg selesa yg apa yg ada hari ini untuk hari ini...

Sedih dan kesian kerana kita 'menidurkan' kemampuan kita untuk berjaya : satu ciri2 orang yg berjaya dalam buat HomeWork

Cgu dah buat HomeWork untuk buka sekolah tahun depan.....saya sedang buat.

arryani berkata...

Pernah bekerja dalam kelompok tu jugak. MMg betul, mana-mana yg tk buat homework, hasil kerja dorang selalu masuk tong sampah.

Kenapa? fakta tak lengkap, tak tepat. Dan yang paling memburukkan keadaan, sekadar "goreng berita" daripada sumber cetakan lain. (Xerox). Yang penting bagi mereka ialah dapat memenuhi dateline.

Tau tak, wartawan ngan photographer, mana lebih penting...?Pilih satu jek....

- jinggo - berkata...

Puan Aryani : Nak jawab soalan dulu.Wartawan boleh goreng2 ( berdosa ) - photographer susah nak tipu ( kecuali memang dia nak tipu )....

Saya bercakap atas kapasiti ' boss ' kepada small bisnes.susah nak mengerakkan orang2 muda..terlalu susah. terumatanya bila dipersoalkan persoalan ESQ....

Tak buat homework.membaca juga adalah sebahagian daripada homework...

::SRISUFI:: berkata...

pandangan ikhlas dr sri kan cikgu...
kesilapan tu 'mungkin' kerana
mentaliti kita terutama MELAYU...sangat2 manja..dan terkena virus penyakit 'SALAM'--MALAS...dan memandang enteng pd sesetengah perkara.

bukan semua..tp ada..ramai..Semuanya bermula dari apa yang kita fikirkan. Semuanya bermula di kepala. Betul apa yang difikirkan betullah jadinya. Salah yang difikirkan salahlah jadinya.

"Attitude is a litlle thing that make a big difference"

harapnya sy boleh ubat cecepat penyakit SALAM tu..
hurrmmm...mcm2 ada..

- jinggo - berkata...

Sri sebab dalam bahasa jawa Melayu tu ada Mbalayu...madsudnya lari..

kita disini bukan untuk menyalahkan sesiapa : tapi hakikatnya semuanya orang dah bercakap nada yg sama.produk yg dilahir dan apa yg zahir hari ini seakan tidak mampu untuk berhadapan dengan cabaran hari ini.

perubahan diri harus dijadikan sebagai agenda besar.....dunia sekarang tidak persoalan IQ , harta , cantik buruk , yang dipersoalkan adalah TINDAKAN....sebab tindakan yg akan menhasilkan keputusan kan sri....

~mardihah~ berkata...

hmmm..homework yg menyusahkan bila kita tak faham nak buat apalah homework ni...hihii..

terkenang saat buat homework dulu kala, akhirnya tertidur begitu sahaja...abang-abang selalu marahkan dihah..

hihihihi

- jinggo - berkata...

Dihah : HomeWork ada kerjarumah - madsudnya kerja yg tidak dibuat di pejabat dan disekolah dan di.....

disebab kat rumah banyak kerja2 lain ( tgk wonderpet.cat dog..) maka selalunya HomeWork tidak pernah jadi HomeWork.....

Skop kita : buat selidik kajian tambahan untuk menambahkan kualiti diri..macam dihah.

Tirana berkata...

Jinggo..saya akan marah jika saya sendiri tak buat homework. kerja macam saya ni..sebenarnya tak ada due date tapi kena kuat disiplin diri. Kalau tak kuat, semua kerja tak akan jadi sempurna.

anntaj berkata...

bukan senang nak org jadi seperti kita..
:)

- jinggo - berkata...

Puan Tirana : saya seronok dengan apa yg berlaku hari ini...semua orang bercakap dalam nada yg sama. kepentingan homework...saya menulis tadi sebab dah lama simpan....

rakan fasi saya.dimana2 pun sama ( maaf pengalaman saya sahaja - terutama di PLKN ).kuanlitinya rendah sebab tidak mahu kerja lebih.....

- jinggo - berkata...

Anntaj : susah ke nak jadi kita. susah pada orang yg diluar diri kita...kalau dah jadi kelaziman ianya akan jadi budaya akan jadi tabiat akan jadi sikap......kita memang ditakdirkan suka buat homework....

~Insan Biasa~ berkata...

Homework sentiasa ada....sedang buat juga..kalau tak buat, habislah.. terpinga-pinga..diri sendiri juga yang akan dapat musibah...

erisya nor berkata...

Betul tuh tuan Jinggo...adakala program informasi seperti majalah 3 pun beri maklumat yang salah! Tu kes yang erisya tahu...ntah2 banyak lagi maklumat yang lari dari landasan! kalau wartawan jenayah tuh pulak...lagilah tak kisah berita mereka betul atau tak (wartawan yang tak buat homework )Janji ada berita macam yang boss nak!Itu baru wartawan jenayah....wartawan gosip lak? Hmmmm....memang mengerikan jika berita sensasi menjadi fitnah!

arryani berkata...

Kdg2 KP(ketua Pengarang) yg nak cerita tu digarap begitu. Sbb...biasalah, bisness. Nak bagi merketing UP sikit. Padahal, cerita tu biasa jek.

Tajuk pulak, memainkan peranan penting. Kalau setakat tajuk yg slalu main kat bibir jek....Ah boooayan.Tak de makna.(saya pernah alami, satu keadaan dimana kita diminta menghadiri satu mesyuarat tergempar semata-mata kerana nak cari tajuk kat front page).

Tapi mcm biasalah.....bos yg decide.

Eh...saya dah terkeluar tajuk ke? sori la...sekadar berkongsi pengalaman.

xiiinam751 berkata...

Masa buat Dip. Ed. dulu, pernah kena belasah denga "Marina Chin" sebab kes tak buat homework ni. Masa tu nak siapkan projek pasal Pendidikan Sains Sukan....susah payah kita aturkan nak jumpa dia, alih-alih entah soalan apa-apa tah yang member tanyakan masa temu ramah...semua ahli group kena perli..

- jinggo - berkata...

Puan Erisya & Puan Aryani : apa yg berlakukan adalah komitmen dan minat.sebab apa yg saya nampak : sebab mereka tidak minat + komited dengan kerja....mungkin sebab masa kat kolehj dulu bidang yg mereka ambil...makbapak yg aturkan.kerja pun makbapak aturkan....

jadi bila kerja : makbapak tak boleh duduk sebelah.jadilah macam tu.......

- jinggo - berkata...

Kisah berkaitan Puan Marina Chin : itulah yg selalu dikeluhkan oleh orang terhebat dahulunya....semuga semangat dan pengalaman terdahulu mampu kita kongsikan dengan 'anak anak' dibawah....homework....

Eco Kid Adventure on Facebook