Isnin, 15 Disember 2008

Kononnya....


Kononnya....
Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi,
Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian,
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran,
Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu
'KEAZAMAN UNTUK BERJAYA
di atas kegagalan anda semalam binalah bangunan hidupmu buat
hari esok letakkan batu-bata tujuan yang teguh,
dan sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam,
ukirkan menara-menara yang hebat,
bagi membenam lembah-lembah air mata kehampaan.
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan

8 ulasan:

noriza berkata...

terima kasih. saya senang sekali dengan membaca kata-kata motivasi yang diungkaikan dengan penuh makna. Insyallah laluan saya akan lebih fokus untuk menjadi lebih baik. Akan saya pejamkan mata ini dan membayangkan kehidupan yang lebih ceria, berjaya dan bahagia.Pasti apa yang bakal kita lihat itu akan turun ke hati dan tanpa sedar kita akan mengukir senyuman. Lihatlah betapa indahnya kehidupan ini jika kita bijak memanfaatkannya.Masih Aku Terasa dan yang pasti kenangan silam itu pasti tidak lagi membelenggu kehidupan kita....Fikiran dan haluan hidup ini kita yang mengawalnya.....Terima kasih.

Daddy Cool berkata...

Alhamdulillah...segala kesengsaraan akan sedikit demi sedikit jika sentiasa mengingati Allah!

erisya nor berkata...

sedap kata2 tuh! terima kasih kerana berkongsi...

- jinggo - berkata...

Terima kasih Puan Noliza : sebab fitrah kita tidak semudah tu mahu berubah.sebab mengikut kata Dr Hill : diantara orang yg ada keinginan dan harapan...beza. Yang membezakan antara keduanya adalah komitmen......

- jinggo - berkata...

Daddy Coll - apa khabaor org kome. Semuga gitulah yop.Tak kan akhirnya nak ' menoreh' aja....sesekali memikir soal perubahan diri untuk nai keatas.....

- jinggo - berkata...

Puan Erisya : semuga ruang ini mampu kita manafaatkan sebaik mungkin.....

marzalina berkata...

Motivasi pagi yang baik buat saya pada pagi ni :)

- jinggo - berkata...

Sister Mazalina : Itu yg sepatutnya - sebab semuanya bergantung pada NAK TAK NAK...sebab saya adalah hasil dari pembikinan yg panjang...hari ini seronok kalau dapat berkongsi......rajin2 jengok kesini.kita kongsi2 kan apa yg patut.

Eco Kid Adventure on Facebook