Khamis, 8 Januari 2009

Sejauh mana kita PERCAYA pada diri sendiri....

Buku yang hebat - belum habis baca : Teruja
Atas dasar PERCAYA kami akan terus bersama

Ini sekadar peringatan besar kepada kita :
bahawa kejayaan itu adalah HAK yang mungkin kita NAFIKAN…itu HAK kita.
Orang hidup senang : seharusnya itu juga hak kita.
Orang bercuti sana sini : seharusnya itu juga hak kita
Orang makan tempat sedap2 : seharusnya itu juga hak kita.
Orang duduk rumah besar : seharusnya itu hak kita.
Orang lain berkereta besar : Dan semuanya juga HAK yang kita nafikan.
SEBAB TIDAK ADA BEZANYA DENGAN KITA
YANG BERBEZA
KITA MUNGKIN
TIDAK ADA IMPIAN : DAN KALAU PUN ADA
KITA TIDAK PERCAYA
PADA IMPIAN KITA…
Kita kongsikan Cerita ini.
Seorang lelaki yang mengidah penyakit kanser dan Dr beranggapan yang dia hanya boleh hidup selama beberapa hari sahaja. Dia dimasukkan ke sbuah hospital kerana mempunyai ketumbuhan sebesar sebiji oren.
Dia pernah mendengar bahawa saintis telah menemui sejenis dadah baru yang bernama ‘ Krebiozen’ yang mampu mengubati penyakit kanser.
Lelaki tersebut meminta Dr memberi ubat tersebut secara suntikan kepada beliau. Keesokan lelaki itu mendapati ketumbuhan tersebut mencair dan dia sudah boleh bangun dan keluar hospital.

Dua bulan kemudian , lelaki itu terbaca satu atikel yang ubat itu tidak begitu berkesan terhadap penyakit kanser. Dan dia kembali sakit. Dr mengambil keputusan dengan memujuk lelaki tersebut jangan mempercayai atikel tersebut dan menyuntik kembali dadah itu ( sebenarnya Dr hanya masukkan air sejuk ) : lelaki ini percaya dan kembali sembuh.
Enam bulan kemudian dia terbaca lapuran akhir : menyatakan dadah
‘ Krebiozen ' disahkan tidak berkesan melawan kanser.
Dia meninggal dunia 2 hari selepas itu,
INI ADALAH KUASA KEPERCAYAAN

Cerita TUNANG PAK DUKUNG : KALAU SAPA TENGOK. – SEMASA PERTANDINGAN AKHIR ABDULLAH CHIK DENGAN DUKUN TU….Abdullah Chik hanya menyuntik AIR KOSONG untuk membuat PAK DUKUN bagi tahu dimana lokek itu di sembunyikan.
Ini di panggil sebagai PLACEBO.
KUASA KEPERCAYAAN mampu untuk mendapat semua HAK kita.
PERSOALANNYA : ADAKAH KITA PERCAYA AKAN KEMAMPUAN KITA SENDIRI…
Mari kita fikir bersama ..

16 ulasan:

mademoiselle ain berkata...

saya suka baca setiap entry dr cikgu jinggo...
semuanya positif..
membuatkan saya turut berfikiran positif..

berkaitan entry..
saya percaya dgn kemampuan diri sy sendiri..
cuma rezeki tu Allah yg tentukan..
selagi kita berusaha pasti ada kejayaan..kan?

ujie berkata...

kalau kita x percaya pada diri kita sendiri mcm mana org lain nak percayakan kita kan...

- jinggo - berkata...

Ain mmmm....itulah yg sepatutnya ruang ini digunakan.
kenapa saya berminat kearah ini.Sebab saya adalah orang yang diBIKIN....saya duduk kelas COROT.nakal dan kena LABEL macam2.....

Saya terjah keluar dari semuanya dan akhirnya : Hari ini LU SAPA GUA SAPA....kepada orang yg meletakkan LABEL dulu....

Kalau ain ada keinginan untuk NAIK keatas : ini ruang terbaik...

- jinggo - berkata...

Uji : jawapan yg terbaik.memang itulah sepatutnya : mukakan dengan percaya diri sendiri dan seterusnya aura itu yang dipulangkan semula pada diri.....

nurdaniella berkata...

percaya pada diri sendiri tu memang ada cuma perasaan tak yakin yang membuatkan kita tak berjaya.. tak yakin kita boleh jadi seperti orang lain.. lebih2 lagi bila tiada yang memberi sokongan..

Mak Su berkata...

faith ya jinggo.... memberi kan peranan besar terhadap tubuh badan :D

oh... tunang pak dukun itu?, saya suka semua lagunya... sangat meriah dan happening... dan arwah rosyatimah adalah sangat cantik, serius, mata dia cantik...walla!

nak pulang
tak pulang
dah pulang tocongang-congang...hahahah

::SRISUFI:: berkata...

salam cikgu jinggo...

best nya buku tu cikgu...sri lum sempat menjengah cari buku2 motivasi diri kat gedung buku tu..

ruginya rasa...

nanti sri akan emailkan entri tu pada cikgu....dah email sri akn inform k..

btw,sgt bagus sekali isi entri nih...

percaya pada diri..

- jinggo - berkata...

Puan Nurdani.Kontek saya hari ini memang macam tu...cuba tgk teori ORANG TIPU2 dan kita PERCAYA....akhirnya berjaya..

Banyak buku yg saya rujuk : banyak cerita macam tu.Kesimpulan kita : Kepercayaan ada kuasanya sendiri.

Hari ini mari kita letakkan kepercayaan yg kita memang BAGUS untuk dunia ni....

- jinggo - berkata...

Mak Su oh Mak Su : kesitu pulak.geramnya......
saya tahu mak su serius - cuma buat2 tak serius...

saya juga tahu bukan sekadar lagu..nak pulang.nak pulang.....

saja aja mak su....

- jinggo - berkata...

Sri :terima kasih.Entri hari ini sebenarnya hasil saya selak2 buku MASA CIPTA KEJAYAAN tu..tapi ceritanya sama dengan buku ADAM KHOO....

Semuga ruang untuk terus berkongsi.Sri dapatkan buku tu : lebarkan pengatahuan pada anak2 murid....

Insyallah : saya akan ke kolej komuniti nanti...

Rashid berkata...

Memang telah terbukti kuasa kepercayaan. Pernah masa menjalani latihan ketentaraan di UKM dulu tu. Rasa tak percaya jer kita boleh lakukan pelbagai.. berlari jauh, panjat dan lompat dinding yang tinggi lengkap FSMO.. dsb. tapi kerana percaya & yakin.. terbukti memang dapat lakukannya!!!

satu info yang baik

Tirana berkata...

Jinggo..

Keyakinan itu memberi kekuatan kepada kita. Bila keyakinan itu hilang, perasan atau tidak, kita akan menjadi lemah dan berputus asa. Jadi,wajar menjaga keyakinan itu agar jangan sampai hilang daripada diri kita.

p/s sibuk sikit minggu ni..sempat jengah blog kawan-kawan time semua orang lain dibuai mimpi..hehehe.. Ada book clearance sale di Hartamas Shopping Centre dari 8th - 18th Jan ini. Boleh singgah jika lalu di sini. Saya pun belum jenguk lagi. Plan hari ni kalau sempat, boleh drop by..tengok2 buku..kena sedia duit lagi ni..hehehe

erisya nor berkata...

tuan J, merdu alunan lagu...menenangkan ..

- jinggo - berkata...

cgu rashid : apa khabar ' anak 2 murid ' : seronok mengumpul sebahagian org yg amat berkuanliti disini.

itulah kuasa yg kita ada cgu.percaya.kongsikan pada anak2 murid bahawa...apa yg penting : KUASA PERCAYA

- jinggo - berkata...

Puan Tirana : Dulu saya masa kat Australia : ada satu cerita yg menarik tentang VODOO...( kalau tdk silap begitu )...ilmu hitam masyarakat org asli kat sini.

Tok Bomoh akan katakan begini : Aku akan bunuh kamu minggu depan - dia jarum akan dijujuk pada satu patung didepan orang yg mahu di bunuh......

Next week orang tu mati : sebab dia percaya dia akan mati.....

Itu juga kita barangkali : dalam banyak hal mungkin kita boleh praktik pada org sekitar kita....dan teori ini saya lihat banyak digunakan oleh DSAI...

- jinggo - berkata...

Puan Erisya : semuga muzik2 begini - mampu meredakan kesibukan seharian kita....terima kasih kerana memberi sokongan...kita layan ok

Eco Kid Adventure on Facebook