Isnin, 19 Januari 2009

padan muka aku


4 pm : Saya dapat panggilan untuk menhadiri satu
Mesyuarat untuk Penubuhan Kongres Aktivits Graduan dan Usahawan Muslim ( KAGUM ).
Semua berjalan seperti yang dirancang : untuk mengelak dari lewat.Dari pejabat naik teksi terus ke Pejabat UMNO lama di Jalan Sultan Sulaiman.KL.
Jumpa Lah ( aktivis GPMS ).Sapa lagi yang datang.
Tengok list nama.
Rasanya macam tak layak untuk duduk dalam meeting begini.20 orang - 6 darinya ada Dato dan Tan Sri yang namanya kita sudah biasanya dengar.
Prof Zuhdi.Dato Najmi Mohamad ( KAGAT ) , dan beberapa yang lain.
Ada Dr Ridzuan Tee.Dato Dr Mohd Radzi. dan seterusnya nama2 yang biasanya kita nampak di TV.dan aktivis pelajar dan wakil NGO dan usahawan melayu islam.
Sessi pertama bermula.
PERKENALKAN DIRI.
disini bermula satu yang baru aku tahu langit tu tinggi ke rendah.
Sekadar untuk memperkenalkan nama sahaja - rasanya macam nak berpeluh atas bawah...
itulah Pengucapan Awam : mudah untuk mengajar itu dan ini :
bila terkena batang hidung rasanya macam2..
Dato Najmi + Prof Zuhdi menyatakan kekusaran tentang apa yg berlaku pada persekitaran Melayu dan politik hari ini.Satu Wadah baru harus dibentuk yang tentunya tidak cenderung kepada mana2 sistem politik yang sedia ada. Seterusnya seorang demi seorang :
sampai ke aku semula....
Sesuatu yang berlaku di Negara kita melalui penubuhan KAGUM
katanya melalui badan ini PM ke - 6 akan mendapat pandangan demi pandangan bagaimana untuk mencaturkan Melayu Islam Malaysia.
Untuk aku dan kawan2. Ini juga cerita orang yang nak MENANG.terlalu besar PENGALAMAN dari peristiwa ' memperkenalkan nama ' ...

22 ulasan:

sonata anak kancil berkata...

Macam tu la juga berlaku pada saya - padan muka aku! Bila kena batang hidung sendiri, naik kecut perut dibuatnya.

Nak periksa, pun begitu! Takut dibuatnya...Bukan takut apa, bimbang takut tak dapat target...target nak tinggi sokmo...

erisya nor berkata...

iya...bila kita berhadapan dengan org yang kita hormati/segani ...memang berpeluh dahi!

siti_m berkata...

bila bersama orang yang hebat memang la kita rasa kerdil sangat. dalam konfiden nak cakap terus kadang2 apa yang dirancang tak menjadi.

~Insan Biasa~ berkata...

rancangan....adakala menjadi dengan cemerlang...adakala sebaliknya. Lain rancang lain jadinya....hehehe
teori macam mudah...
amali...
erm...sendiri rasa...
menitik peluh....

Brahimnyior berkata...

Moralnya ialah, jangan bangga dengan apa yang kita miliki, sebab ada lagi yang lebih hebat daripada kita, tapi jangan kerana itu, ia menjadi punca kita hilang keyakinan diri.

Saya pun pernah mengalami situasi rendah diri dengan orang sekeliling yang saya 'labelkan hebat'. Walhal, mereka sama seperti orang lain. Kena caranya, mudah berinteraksi..

ujie berkata...

kekadang pe yg kita nampak mudah x semesti ye mudah kan kan kan..he3

- jinggo - berkata...

cgu sonata : itu pengalaman dan pengajaran pada semua kita.bahawa kemahiran + kegentaran public speaking memang bergantung besar kepada siapa yg nak mendengar...

saya semalam : kes tidak bersedia.jadi orang pertama pulak tu.duduk sebelah dato' pulak tu....

dua benda.persedian....dan persedian.

- jinggo - berkata...

Puan Erisya : banyak sangat yg boleh dikongsikan dengan kawan2...

sebalik ' kegentaran ' tu : ini mungkin pertemuan pertama yang akan menyusul pertemuan demi pertemuan untuk memperkasakan kita orang melayu dan islam.

saya tidak melihat dari sudut lain.
semua datang dengan keikhlasan....

- jinggo - berkata...

cgu ct M : betul2...kata orang perak bebinor rasenya...
tapi takut mesti dilawan dengan takut kan...
terlalu kerdil rasanya duduk dimajlis macam tu...

tapi ok.pastinya kita semuanya akan dapat laba bersama.....

- jinggo - berkata...

cgu anis jowo...

itu pengajaran kita.tidak semua yang kita rancang menjadi sebagaimana yg kita nak....

tapi yg penting : merancang.selain dari yg buruk harus juga merancang yg negetifnya.

betul tak cgu...

- jinggo - berkata...

yop brahim : mendalam madsud tu...he...ingatan bersama : kita hebat ada orang lain lagi hebat ( sebenarnya diaorang pun bukan hebat mana pun yob - kata orang perak ngeceknya banyak... )

disebabkan label tu agaknya...kita belajar sama2 dari cerita tu

- jinggo - berkata...

ujie : memang.mudah.duduk dan jadi diri sendiri.mudah.
nak melaksananya.tuhan aja yg tahu.

macam org nak bersanding.atas pelamin.duduk aja.senyum.tapi tunggulah........

nurdaniella berkata...

selalunya lebih mudah untuk memberi tunjuk ajar kepada orang lain.. kerana teori dan praktikal itu jauh bezanya..

Mak Su berkata...

hai jinggo, moga engkau berjaya mengharungi apa2 ajer ya... :)

saya senang banget bila anak buah uncle hussain yang menang, saya tak suka superman yang tak pakai spender merah di luar, oops!

saya nak minta maaf, saya rasa hari tu jawapan saya agak kasar, maklumlah, jiwa tengah bercelaru. oleh itu, saya berjanji, saya akan letak gambar jinggo kat blog saya, wakakakakaka

lariiiiiiiiikkkkkkkk

- jinggo - berkata...

Puan Nur : dalam semua hal begitulah.

moral untuk kita : dalam masa kita berfikir untuk menang : jangan lupa berfikir untuk kalah....

APa yg penting : belajar dari bencana.....sekali lagi : Belajar dari Bencana.

- jinggo - berkata...

Mak Su...saya memang suka Faizal tu.Komited...tapi kenapa lah dia pergi warnakan kuku dia !!!!

saya bincang2 dgn kawan.
memang macam tu kot orang2 yang nak menang.buat lain dari orang lain...

tapi hidup JAMAL....sebab makin handsome dan gemuk sikit....org kampung teman !!!

Mak Su berkata...

hei Jinggo, tak marah....huhuhu, selamat den, ahaks

saya tak suka orang yang ubah gaya semata-mata untuk ...err.... apa ntah, well, saya tak suka orang yang buat perubahan seperti dia, lalu saya sanggup jadi segelintir orang yang tak minat dia, esp kaler kuku plaks.....apa ke he nyer Yop?

well... suka ati dia lah.

saya nak beritahu, saya ambik 2 gambar dari blog ini, jangan marah ya, nanti bila saya dah bertenang dari kekacauan jiwa raga, saya akan publishkan ya. tengkiyu

- jinggo - berkata...

Nak ambik gambar....ambillah Mak Su . lagi pun mak su bini orang.....he...jangan marah ! Tak sabar nak tgk.

Mak Su : untuk pertama kali mak su tulis panjang : dah tukar identiti ke......jangan jadi macam budak faizal tu...

sebab tu Allah tak bagi dia memang semua....kalau memang semua apa lagi yg diwarnakan....

mountdweller berkata...

Saya pun ada juga peristiwa membuatkan saya gabra. Saya hadir di satu majlis YB Dato' Mustapha Mohammad ketika itu dia adalah Timbalan Menteri Kewangan/Menteri Kewangan II saya lupa. Secara tidak dirancang dan tanpa apa-apa skrip, saya diminta oleh Dato' Hj. Mohd. Fatmi (s/u politik TPM sekarang) untuk menjadi MC majlis itu.

Maka tergopoh gapahlah saya menanya siapa vip yang telah hadir untuk diatur mengikut protokol. Berbekalkan nama-nama yang hadir itulah saya di mic pada malam itu

- jinggo - berkata...

He...tuan.

ada juga orang yg pernah 'mengeletaq' - itulah cerita kita.
apa moralnya.
bila kita tak tahu apa : tiba2 dijemput.semua mata tengok.bukan calang2 orang....ke kiri kena ke kanan pun kena.

pada saya...pengalaman ajalah.itu ilmu yg cukup bermakna.

KAGUM : itu saluran terbaru untuk penyatuan kembali kita yg bergesel ( lama sangat tuan )....apa yg berlaku hari ini tidak banyak yg membantu kita.

saya terpanggil untuk membantu NGO ni atas kapasiti sayangkan orang melayu..

mademoiselle ain berkata...

platform utk anak melayu maju ke depan mungkin...

- jinggo - berkata...

ain. gitulah lebih kurang.....kita kena keluar dari kepompong.
sebab ni negara kita.kenikmatan dari kemerdekaan harus kita nikmati sesama...

nikmat berada dalam negara yg amat damai.
nikmat untuk merancang terus kehadapan....

Eco Kid Adventure on Facebook