Jumaat, 2 Januari 2009

Kisah Batu

Di sebuah ladang terdapat sebongkah batu yang amat besar. Dan seorang petani tua selama bertahun-tahun menyangkul tanah yang ada di sekeliling batu besar itu. Sudah cukup banyak mata cangkul yang pecah gara-gara memnyankul di sekitar batu itu.
Padi-padi yang ditanam di sekitar batu itu pun tumbuh tidak baik.Hari itu mata cangkulnya pecah lagi. Ia lalu memikirkan bahawa semua kesukaran yang dialaminya disebabkan oleh batu besar ini. Lalu ia memutuskan untuk melakukan sesuatu pada batu itu.Lalu ia mengambil alat penggali dan mulai menggali lubang di bawah batu. Betapa terkejutnya ia ketika mengetahui bahawa batu itu hanya setebal sekitar 6 inchi saja. Sebenarnya batu itu boleh dengan mudah dipecahkan dengan tukul biasa. Kemudian ia lalu menghancurkan batu itu sambil tersenyum gembira. Ia teringat bahawa semua kesulitan yang di alaminya selama bertahun-tahun oleh batu itu ternyata dapat diatasinya dengan mudah dan cepat.
Renungan untuk kita:
Kita sering ditakuti oleh bayangan seolah permasalahan yang kita hadapi nampaknya besar, padahal ketika kita mau melakukan sesuatu, persoalan itu mudah sekali diatasi. Maka, atasi persoalan kita sekarang. Kerana belum tentu sebesar yang anda takutkan, dan belum tentu sesukar yang anda bayangkan.
Itulah yang terbaik untuk kita di HARI DUA 2009.
Semuga hari2 seterusnya kita tidak melihat masalah sebagai satu masalah. Kerana kita hanya membuat tafsiran berdasarkan kepercayaan kita.

14 ulasan:

kuIna Jentayutiara berkata...

teringat kisah Titanic... yg timbul sedikit yg tenggelm banyak, ada kalanya kita perlu menyelam utk melihat apa di dasar!

- jinggo - berkata...

saya suka dengan Titanic...yang timbul sedikit yang tenggelam banyak....

saya teringat seorang kaya menjual ladangnya untuk mengembara mencari emas di tempat lain...ladangnya dijual kepada seorang gembali kambing.suatu hari sigembali membawa kambingnya ketebing sungai: nampak ada benda yg berkilau2.dia ambil bawa bali.letakkan diruang tamu untuk perhiasan.

datang seorang pendita.bertanya dimana benda yg berkilau itu ditemui...sigembali bagi tahu..ditebing sungai.

Morul : orang kaya pertama ( terus mencari dan mencari ) tidak sedar diladang dia sendiri ada emas kenapa mesti mencari tempat lain.....

ujie berkata...

masalah tu la yang membuatkan kita lebih matang...org yg bijak tentu yer akan menghadapi masalah dgn tenang.mmg kita tgk masalah tu besar sangat tp bila dh dapat selesai kan...bru kita perasan yang masalah tu bkn yer rumit sangat.sbb setiap masalah ada jln keluar yer.

- jinggo - berkata...

Ujie : itu kata kita yg biasa2 hari ini.sebab fitrah kita alpa barangkali.kita kena ingatkan diri selalu....saya kita ada hati.kita ada emosi.kita ada minda...yang jadi tukang tafsir itu dan ini.

Hari ini.hari dua 2009...kita lebih baik dari selalunya.

Mak Su berkata...

stay cool bebeh!!! yeaaahhhh

(kata-kata dari seorang spesis amfibia, hahaha)

jinggo, saya tak naklah letak gambar saya kat cerita kosong, saya shy shy cat.

- jinggo - berkata...

Mak Su oh Mak Su..Kalau kita tgk WWE ada sorang ahli gusti yg bertopeng.Kumpulan Amuk pun bertopeng....

Yang penting : hasilnya.macam mak su....topeng tak penting.yang penting seronok baca blog mak su......

Tirana berkata...

Hari ini ada kisah batu di sini..hehehe..

Itulah.. kadang-kadang betapa perlunya kita meluah atau mencurahkan masalah kita kepada sahabat tapi awas tak semua sahabat boleh dikongsi rahsia..ada yang bersikap mulut tempayan..kita cerita pagi..petang satu kampung dah tahu..hehehe.. Kadang-kadang bila masalah tidak dikongsi, kita akan memandangnya mengikut persepsi sendiri..terasa berat sangat padahal bila dikongsi, masalah itu rupanya kecil saja mengikut persepsi orang lain. Bila kita diributkan dengan masalah, kadang-kadang pandangan hati kita menjadi kelabu seketika..yang ringan pun nampak berat dan yang berat apatah lagi..

- jinggo - berkata...

Puan Tirana : Pandangan saya - selama ni bangun dan jatuh ditangan kawan...yang kita nak kenangkan jatuhnya kita ditangan kawan2....

Hari ini.Maaf ini pandangan saya.Saya hanya mengumpul kawan2 yg berkuanliti untuk sama2 naik keatas...berkongsi masalah...Zaman hari ini susah mahu dicari kawan yg boleh berEMPTY bersama cerita kita...yg pentingnya.kita kawan

arryani berkata...

Dia tak alih batu tu sbb dia tak tahu apa yg ada kat bawah batu tu...mungkin selain dari batu, ada konkrit dibawahnya..... Kemudian di bawah konkrit pula ada benda yang lebih berat dari itu....

Kita boleh kata apa sahaja, tetapi bagi mereka yang nak alihkan batu itu...mungkin ada seribu persoalan atau berjuta ketakutan yang bermain kat fikiran dia..

Dan akhirnya...kuasa bertindak akan memenangi perdebatan ini.

- jinggo - berkata...

Puan Aryani : Satu penafsiran terhebat dari Puan : Dia menyangkul.Tanah keras...ada banyak batu di kiri kanan.di terus menyangkul...nak alihkan batu ( masalah ).....

Saya berpandangan begini : kenapa dia tak ajak kawan2 tolong pindahkan !!!!.kawan tak ada masa tu....apa kata tok sah pindahkan batu tu.jadikan batu tu perhiasan....

Moral batu ( masalah ) kalau tak boleh pindah jadikan sesuatu yg seronok untuk dilihat.....

addyaholix berkata...

hari satu saya berjalan baik, cuma hari dua saya tak seperti yang saya rancang. cuma saya harap hari tiga dan empat saya lebih baik dari hari dua.

sonata anak kancil berkata...

nak jadi petani moden, ikut arus semasa. cepat fikir/cepat tindakan/cepat hasil...

- jinggo - berkata...

Ok Addy : orang hebat sentiasa tahu buruk baik persekitaran...Malam tadi saya ulang study.Teknik Pengursan Masa untuk diri yg lebih efektif.nanti kita kongsikan.....semuga hari ini lebih baik dari semalam

- jinggo - berkata...

Cgu Sonata : Betul2....petani moden mesti lebih kreatif.Kalau mahu dikaitkan dengan cerita diatas : Tak boleh guna cangkul gunakan kenderaan berat....kalau ada ! kalau tak ada...hias batu tu....gunakan macam teknik geo yg baru untuk suburkan tanah...

Macam kita. Ruang terbuka untuk mencari dan mendapatkan ilmu....

Eco Kid Adventure on Facebook