Rabu, 21 Januari 2009

ubah kelaziman kita

Di sebuah kampung terdapat sebuah pokok yang umurnya melebihi umur kampung tersebut. Semasa kampung tersebut di buka, pokok itu telah wujud dan penduduk mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja sehinggakan ia menjadi semakin membesar .
Sejak kewujudannya sehingga kini, pokok tersebut tetap berdiri teguh dan tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan musnah walaupun seringkali
di panah petir dan dilanda banjir besar beberapakali.
Sehinggalah pada suatu hari secara tiba-tiba pokok itu gegur ke bumi dengan sendirinya tanpa disebabkan punca-punca yang besar.
Penduduk tertanya-tanya mengapakah pokok itu boleh tumbang, sedangkan selama ini bermacam bencana yang menimpanya, tetapi ia tetap berdiri teguh dengan penuh bangga. Setelah disiasat oleh beberapa orang penduduk, mereka mendapati pokok itu tumbang kerana disebabkan oleh sejenis serangga yang disebut kumbang yang telah memakan pokok tersebut secara perlahan-lahan sejak sekian lama tanpa disedari oleh penduduk di situ.
Kumbang-kumbang itu telah memakan bahagian pokok itu yang selama ini dibaluti oleh kulitnya yang keras itu. Akhirnya, dalam masa yang singkat, pokok tersebut telah tumbang, tersembam ke bumi hanya kerana disebabkan kumbang-kumbang yang kecil saiznya.
Dalam sebuah hadis yang mahsyur, Rasulullah bersabda yang bermaksud :"Jauhilah dosa-dosa kecil kerana jika ia telah bertompok-tompok pada seseorang maka ia akan merosakkan orang itu "

Moral untuk kita bersama : itu sebahagian dari cerita secara tidak ataupun tidak ianya memberi impak terhadap kuanliti keinsanan kita. Dosa2 kecil...
teringat pepatah cina.

KELAZIMAN AKAN MEMBENTUK BUDAYA
BUDAYA AKAN MEMBENTUK TABIAT
TABIAT AKAN MEMBENTUK SIKAP
SIKAP AKAN MENENTUKAN TAKDIR KITA.

kelaziman kita walaupun kecil akan membentuk budaya.tabiat.sikap dan seterusnya takdir kita...perubahan seharusnya bermula dari kelaziman kita....kita adalah apa yg kita fikirkan....

14 ulasan:

mountdweller berkata...

Sdr. jinggo,

Kenyataan di bawah adalah tepat!

KELAZIMAN AKAN MEMBENTUK BUDAYA
BUDAYA AKAN MEMBENTUK TABIAT
TABIAT AKAN MEMBENTUK SIKAP
SIKAP AKAN MENENTUKAN TAKDIR KITA.

Renung-renunglah kelaziman yang men'daki' di badan kita.

- jinggo - berkata...

tuan :

begitulah - mengikut kajian akademik menyatakan kalau nak ubah kelaziman ni kena ikut rasmi ayam mengeram telur.

teori 21 hari.

buat apa2 perkara positif dan seterusnya akan jadi budaya kita......

ujie berkata...

'kita adalah ape yang kita fikirkan'..ujie suka ayat tu..:)

orang lain x dapat nak tlong diri kita kalau kita tak tolong diri kita sendiri...

- jinggo - berkata...

ujie : begitulah dunia hari ini : semakin seronok bila semakin ramai yg semakin tahu...

seronoknya hidup hari ini.
sebab banyak kemudahan untuk jadi BAGUS.

NAK TAK NAK aja.......

Mak Su berkata...

orang yang terang hatinya akan menjauhi perkara yang harus.... heh heh heh.

dan saya akan keluar dari kelaziman, insyallah, kalau saya beranilah, esok, nak letak gambar, reallll punyer wa cakap lu. serius.

::SRISUFI:: berkata...

salam bahagia cikgu...

yelah...terkesan sekali...
Think positive n don't be reactive!!!Thats the way.....right???
If we want ,We can direct the wind but only we can control ourself

YOU ARE WHAT U BELIEVE...betul2...


Pepatah cina ada menyatakan:

Kalau stiap org membersihkan halaman rumahnya maka bersihlah suatu negara itu...let's think about it....percaya diri

- jinggo - berkata...

Mak Su......

Awas kelazimana memakai topeng ni hang diberi kepada kumpulan AMUK sahaja....
tukarlah....

- jinggo - berkata...

YOU ARE WHAT U BELIEVE...betul2...Sri.

Banyak buku2 karya yg hebat menulis ayat yg macam tu.
Kita adalah apa yg kita percaya.Dan menjadi satu keharusan untuk kita meletakkan kepercayaan yang betul untuk mempastikan kita berada ditempat yg betul....

Percaya.Saya ayat tu.

Tirana berkata...

Ubah kelaziman yang tidak baik dan kekalkan kelaziman yang baik dan berkualiti..

- jinggo - berkata...

Puan Tirana : itu teori ayam mengeram telur.21 hari...
dalam banyak hal saya membuat beberaoa lahitan : dan memang jadi budaya....

nasihat untuk diri sendiri : jangan dekati kelaziman negetif.....dia akan jadi budaya dan seterusnya...

xiiinam berkata...

biasakan yang betul...betulkan yang biasa..

Miss SaikO berkata...

uhuk2
ehe..

- jinggo - berkata...

biasakan yang betul...betulkan yang biasa.....

macam menarik bahasa tu cgu.

terima kasih kerana berkongsi

- jinggo - berkata...

Miss Saiko

terima kasih kerana kita masih berurusan.....

Eco Kid Adventure on Facebook