Rabu, 4 Mac 2009

kerenah lelaki

Disebalik kehebatan Piramid
muncullah firaun
tempok besar negeri china
shin - Huang Ti
taman tergantung di babylon
Nebuchadnezzar II
taj mahal
shah jehan
TERSERLAH CERITA KERENAH LELAKI
dan begitu juga penafsiran lelaki terhadap cinta.
disebabkan kehendak lelaki lah Kaum Xhosa di Afrika Selatan akan lari ke dalam semak jika berselisih dengan lelaki .
lelaki suka pada perempuan yang rajin - memasak
( tapi tak berapa ingin pada yg rajin minta duit pasar )
lelaki suka perempuan yang pandai menjaga rumah
( tapi kurang senang dengan pada yg rajin menjaga mereka )
LELAKI TAK SUKA PADA YANG RAJIN BERTANYA DAN PADA MASA YG SAMA TAK BERMINAT PADA YANG RAJIN MENJAWAB
kajian juga menyatakan.
BIAR BAGAIMANA PUN TIPISNYA KOMITMEN SESEORANG LELAKI TERHADAP RUMAHTANGGA , MEREKA JARANG MENYIMPAN MADSUYD UNTUK MEROBOHNYA.
lelaki takut pada penceraian kerana kesan terhadap mereka lazimnya lebih buruk daripada perempuan ( patutlah lelaki selalu ponteng kat Mahkamah Syariah )
fakta lagi.
seorang lelaki lazimnya tidak suka buat sesuatu lebih daripada sekali . Kerana itu kepada lelaki yang bercerai tidak mungkin akan turun semula ke darjah satu untuk belajar itu dan ini.
Moral untuk Jinggo
Banyak fakta baru - dari buku MinahLeter ni. Buku walaupun ditulis memang untuk perempuan semua tahu pasal lelaki :
berdasarkan kajian memang begitulah lelaki.

22 ulasan:

Tirana berkata...

hehehe..hari ni cerita tentang gender ye...

Jinggo..

lelaki yang saya jumpa, rata-rata takut untuk mengaku kesilapan. Tak tahu kenapa agaknya... Kalau dah terang kesilapan yang dibuat, masih cuba mencari jalan untuk menegak benang yang basah..hehehe.. (jgn marah ye lelaki..ini pengalaman saya..)

Tanpa Nama berkata...

Saya suka nak kngsi kata-kata ni...yg saya ambil dari sebuah buku "77 tip melembutkan hati lelaki"...heheheheh


'Jangan dipandangkan perkara yang sebenarnya dapat di selesaikan. Semakin panjang konflik, semakin banyak masaalah baru yang tidak berkait rapat akan timbul dan menutup peluang untuk berbaik-baik'


p/s sekadar berkongsi..

Mak Su berkata...

bagi pempuan, adalah lebih baik kawin or bercinta or berkapel dengan lelaki yang menyayanginya dan mencintainya, kerana jika sebaliknya, maka pempuan kemungkinan akan gagal dalam hubungan mereka dengan lelaki :)

Unknown berkata...

puan tirana.

saya nak berceramah tajuk yg sama untuk sebilangan pelajar perempuan minggu ni.
kita kena ada kemahuan untuk tahu -topik2 macam ni.
sebab antara kita dan kita memang unik......

Unknown berkata...

puan aryani.

seronoklah berhubung dengan ibu2 uptodate ni....
kenapa hati lelaki nak dilembutkan...

kenapa selama ni hati lelaki tak lembut ke...

he....

Unknown berkata...

mak su

kata orang bercinta nisbahnya biarlah 4 : 6.
madsudnya 4 kita suka dia
dan 6 dia suka kita.....

kalau ada apa2 berlaku taklah merana...

betul ke nisbah tu

addyaholix berkata...

banyak lebihnya menjadi lelaki. dan ada juga kurangnya lelaki. biarpun saya lelaki, tapi saya perlu akui sesetengah tabiat lelaki yang tak sepatutnya tapi selalu ada pada lelaki. sebab lelaki tetap lelaki. dan saya selalu harap saya jadi lelaki yang mampu bahagiakan semua manusia disekeliling saya.

saya mahu jadi lelaki hebat dimata seseorang suatu hari nanti.

sakurasa 2 berkata...

Cikgu Jinggo,

"kerenah lelaki"

Lelaki bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang,
tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang,
tetapi dari hati yang ada dibalik itu…

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya…

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan,
tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan…

Kata mutiara,
Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri...

Izzah berkata...

Jinggo..
lelaki memang Allah jadikan hebat..kalau tidak masakan dia boleh menjadi pemimpin keluarga..pemula kepada sebuah tamadun..

bahkan Rasulullah sendiri mengakuinya apabila Baginda bersabda antara maksudnya, seandainya manusia boleh bersujud kepada manusia lain,tentu Baginda akan menyuruh para isteri untuk bersujud kepada suaminya..

kepada lelaki,manfaatkanlah hebatnya lelaki itu sebaik2nya..bukan memanipulasikan kehebatan untuk kesenangan diri sendiri..

Unknown berkata...

saya mahu jadi lelaki hebat dimata seseorang suatu hari nanti.

addy - sejarah membuktikan setiap kejayaan seorang lelaki mesti ada seorang perempuan disebelahnya.
persoalan kerenah.
itu jangan dirumitkan....

bila lagi......

Unknown berkata...

Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri...

sakura : saya semakin suka dengan pandangan sakura ni.
sama dengan addy - bahasa yg berkias dan cantik untuk dibaca.

lelaki dan perempuan - satu yg sama adalah keupayaan untuk menjadi TERBAIK dalam diri sendiri....

Unknown berkata...

cgu izzah

saya telah banyak membaca : acap kali sejarah jatuh bangun lelaki.....
terutamanya dalam kontek kepimpinan dunia.
wanita
wang
kuasa
itu kelemahan lelaki......

semuga hari2 seterusnya saya diberkatiNya agar tidak digolongkan dalam kelompok lelaki begitu.......dijanjikan kemusnahan disebabkan wanita....

Tea Cha Hai berkata...

Tirana; rata2 jumpa lelaki yg takut mengaku kesilapan...

Aku; rata2 jumpa lelaki yang pada dirinya serba "ada"... Memikirkan material adalah keperluan wanita..

Rashid berkata...

Yup jinggo..
Ada kebenarannya. tapikan ada juga tak benarnya. Biasalah ia bergantung pada sapa orangnya..

Hakikatnya mengenali seorang lelaki itu memang sukar. Lelaki ini unik orangnya.. tapi ia bukan makhluk asing.. ia insan biasa. Ada kuat dan lemahnya..

psstttt.. seronok baca komen sakurasa.. ehemmm ehemmm..

Tanpa Nama berkata...

"Apabila bermulanya kes di mahkamah, ketika itulah semua isi perut terkeluar sama. Ketika itulah kita dapat merasakan betapa kejamnya dunia. Kenapa?

Kerana apa yg ada ketika itu hanya pihak yng mahu menang...tanpa memikirkan yang kita sedang berdepan dengan seorang yg pernah berkongsi suka dan duku dulu..

Dan pengajarannya; berpisah bukanlah satu perkara yang benar-benar boleh menjamin kebahgian...Banyak perkara yg perlu ditempuh yang mungkin lebih sukar daripada apa yg kita lalui sblm ini.

Saya doakan agar segala urusan dipermudahkan. Selamat tuk anda..."

Pija berkata...

Salam saudara Jinggo,
Saya tahu pasal Eco Kid Adventure dari anak saya yang akan pergi ke sana esok (Jumaat 3 Mac) di bwh anjuran SRK ACS, Klang. Harap saudara Jinggo boleh explore bakat kepimpinan dan jati diri dalam dirinya. Namanya Raja Adam - darjah 4. Terima kasih

Mak Su berkata...

entahlah jinggo, saya ni pempuan. so far, nisbah tu macam betul gaks.

tapi saya ni kan jinggo, tak reti memilih :)

Unknown berkata...

cgu ari...

semuga kita disini tidak teperangkap dengan dua suasana...
keseronokkan dunia
kebendaan dunia...

kalau itu dimulai oleh pasangan kita...
apa sikap kita seterusnya

Unknown berkata...

cgu rasyid

saya memetik bahan ni dari buku yg TERANG2 dibuat dari sudut seorang perempuan.

kita terima secara ilmiah.

Unknown berkata...

puan aryani

macam ada sesuatu yg mahu dikongsikan......
kalau ada keperluan kita berkongsi...kerana saya ada pengalaman berbeza

Unknown berkata...

mak su

tak reti pilih - biar Allah yg pilih....

Unknown berkata...

Puan Pija

esok saya akan bersama anak puan - rasanya semua ok kut....

terima kasih kerana kita berurusan

Eco Kid Adventure on Facebook