Isnin, 15 Disember 2008

Takut di Kritik


Kata Dr. Hill (penulis buku Think & Grow Rich), takut dikritik adalah perasaan takut yang paling merbahaya di antara ketakutan yang lain (takut sakit, takut mati, takut miskin..).


Enam Asas Ketakutan Manusia

Takut di Kritik
Takut diserang penyakit
Takut di timpa kemiskinan
Takut untuk menempuh hari tua
Takut kehilangan orang tersayang
Takut mati...

Ini kerana, ketakutan yang lain itu tidaklah memberikan kegagalan yang amat besar, tapi jika takut dikritik, segala-galanya akan tidak mendatangkan hasil atau dalam erti kata yang lain, impian yang dibina akan musnah dan matlamat yang ditetapkan pasti tak akan tercapai.

Nah, lihat. Apa yang akan anda dapat kalau anda takut dikritik??

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.

1st kena sdar, kita tak sempurna.

2nd Jdkan kritikan tu motivasi.

3rd Cuba terima dgn terbuka, walaupun pahit.

4th bila kena kritik jgn sesekali ingat org tak suka kita, tapi untuk membetulkan kita

5th Jgn trlalu fokus pd perasaan marah kita...

Ringkas2 dah lah kan.....Jinggo pun pakar motivasi gak....hehehe

Unknown berkata...

Puan : kritikan dan penerimaan ni subjektif.Ini dikaitkan besar kepada karektor org yg memberi dan menerima....orang yg memberi harus tahu bagaimana untuk menkritik dan orang yg menerima harus tahu.....mungkin ini meningkatan untuk dia kan.....

Akhirnya kita bersangka baik pada semua keadaan....

Tirana berkata...

Ada dua pihak yang terlibat dalam hal kritik mengkritik iaitu orang yang mengkritik dan orang yang dikritik. Kenapa agaknya kita amat takut dikritik padahal melalui kritikan itu kita belajar mengenali diri sendiri. Semuanya bergantung kepada anggapan kita. Jika kita beranggapan kritikan itu sesuatu yang positif, maka hasilnya tentu positif dan sebaliknya jika kita fikir kritikan itu sesuatu yang negatif, maka kita akan merasa marah, sedih, geram dan sebagainya.

Anggapan kita samada kritikan itu sesuatu yang positif atau negatif bergantung pula pada cara pengkritik itu memberi kritikan. Seni dan kemahiran dalam memberi kritikan amat penting. Bila kena caranya tentu orang yang dikritik akan dapat menerima kritikan kita secara positif dan akhirnya dapat memperbaiki diri dengan kritikan itu. Yang pentingnya, orang yang memberi kritikan itu hendaklah ikhlas dan jujur, jangan ada unsur2 sakit hati, cemburu, irihati dan sikap2 negative yang lain. Bila kritikan diberi secara jujur dan ikhlas tentu yang dikritik juga dapat menerima secara jujur dan ikhlas.

Kesimpulannya: jom kita sama-sama mempelajari seni dan kemahiran mengkritik.. Cikgu Jinggo tentu boleh kongsi ilmunya di sini. :)

Unknown berkata...

Puan Tirana : memang macam tu. Saya secara peribadi takut dengan kritikan. Sebab macam puan tulis : seni mengkritik tidak ada pada kita. Kita tidak menkritik pada subjek tapi pada persoalan peribadi. Untuk saya memberi 200 % komitmen untuk bekerja untuk mengelak.....tapi kalau ada kritikan ( saya kena belajar menerima )

Sebab saya yakin ada sesuatu yg kita jaga dalam diri kita.Iaitu EGO kita. Ini kita amat lindungi - kalau ada sesiapa yg mempersoalkan itu secara keterlaluan ianya akan memberi impak yg negetif. Sebab tu di kem saya : memang saya ajar pelajar skill untuk menkritik.

Sebab saya yakin pada fitrah.semuanya manusia tidak mahu jatuh.Sebab sebagaimana puan katakan : orang yg menkritik dan menerima kritikan hasilnya adalan subjektif.....

nahwanNur berkata...

assalamualaikum...ringkas tapi padat.

Rasul sendiri ada menyatakan bahawa 'berlapang dada lah kamu ke atas suatu urusan' yang membawa maksud juga kepada urusan tegur-menegur. Kerana kita tidak sama, dan perbezaan itu yang melengkapkan. Jika kritikan itu baik, maka ambillah sebagai 'alat pembantu' perubahan, jika tidak bertepatan, maka timbang ia sebagai pengajaran.

6 asas ketakutan manusia itu banyak di ingatkan oleh ALLAH swt dalam kalamnya dan rasul dalam hadith-hadithnya. Nyata ia suatu 'benteng' kepada manusia mencapai matlamat sebagai seorang insan. Itu perlunya teman untuk terus sentiasa mengingatkan.

Wallahua'lam

Unknown berkata...

Nahwan - begitulah seharusnya kita : hidup berlandaskan asas yg sepatutnya.tapi persekitaran kita kadang2 menidakkan kita berpaksi kepada asas tu.

Persoalan kritik mengkritik ini tidak timbul kegusaran seandainya etika menegur dan menerima teguran dijadikan kepada sebagai asas perlaksaan...

terima kasih kerana komen dan jengok kembali.....

Haji Jim Nun al Urduni ( ABU LUQMAN ) berkata...

السـَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ

Salam Sejahtera,
Menyingkap kepada hakikat penciptaan manusia yang lemah, jahil dan pelupa, maka kita patut berlapang dada dan menerima setiap teguran yang ditujukan kpd kita. Sedangkan nabi yang maksumpun Allah tegur, apatah lagi kita yg takda apa-apa ni.

Unknown berkata...

ustaz : semuga ruang ini kita mampu zahirkan sebaik mungkin....terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Paksi mmg ada, tapi, fitrah kita la yg menyebabkan kadangkala kita sukar menerima kritikan kan...

Mungkin tgk org yg mngkritik tu...
mungkin tgk plak apa yg dikritik...
mungkin tgk masa kita di kritik...

banyak sgt kmungkinan. Yang pasti kita tahu apa yg kita buat dan inginkan. Kan...kan....kan..

Unknown berkata...

Kesimpulannya begini rasanya : Dr Hill buat buku tu tahu 50'an.Dan kajian menyatakan pun begitu.Orang takut kena kritik sebab kritikan adalan musuh kepada Keyakinan Diri.

Moralnya : hak kita untuk menyatakan ketidakbetulan dimana2. tetapi orang lain pun ada hak kan untuk menyatakan apa yg dia betul....jadi memang-memang.tidak ada kritikan berlaku.......

Saya pun sedang cari ayat yg sesuai : orang masih liat nak bayar hutang ni.....

Tirana berkata...

Laaa..ingat dah selesai pasal hutang...rupanya tak selesai lagi.. Ni yang nak kena kritik ni..hehehe..tapi kena cari ayat yang sesuai..macam menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak..

Unknown berkata...

Puan Tirana : ni ada cerita panas -ada perubahan besar di Peringkat Pentadbiran PKR Hulu Selangor. Kawan kita katanya dah diganti dengan org lain....dengar cerita dari ' musuh ' dia.....

Cerita macam ni biasa.Apa2 pun kita harapkan semuanya ok.

Ada lagi 5 program yg dah dijalankan belum bayar.....susah nak minta duit sendiri.....

Tirana berkata...

Ada perubahan besar? Saya belum dengar cerita lagi pasal tu.. Apa pun perubahannya biarlah untuk kebaikan belaka. Siapa yang dilantik memegang jawatan, diharapkan dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik. Yang diturunkan dari jawatan pulak kenalah terima kenyataan dengan hati yang terbuka. Diturunkan tidak bermakna kita hilang kreadibiliti dan tidak bermakna kita mesti berpatah arang dengan orang lain. Biarpun di mana kita berpijak, kita ada tanggungjawab dan tanggungjawab itulah yang perlu kita laksanakan tanpa mengira jawatan apa yang kita pegang.

5 program yang belum dapat bayaran? Banyak tu.. Tarik nafas panjang bila saya mendengarnya...

Miss Jaz berkata...

salam kalu takut bercinta mcmana plak?he..he...

erisya nor berkata...

jinggo, kongsilah cara mengkritik...bukan semua orang pandai memberi kritikan yang membina...hanya mengutuk sahaja tapi tiada cadangan bernas bagi mengatasi masalah. Hmm..rasanya kalau setakat kutuk jer...buat perabih air liur ajer lah sebab permasalahan tidak dapat diselesaikan.

Unknown berkata...

Puan Tirana : saya diluar linkungan orang2 yg berpolitik.Kita membaca dan mengajar kepimpinan seharusnya begini dan begini.Impak dari ketidak sempurnaan dalam kepimpinan memberi kesan seterusnya kepada pengikut. Semuanya tak pasti lagi...kita tunggu dan lihat.

Peminpin datang dan pergi : yang pastinya yg datang seharus lebih baik....

Pasal hutang tu : saya baru selesaikan satu aja...yg lain2 belum ada skill nak minta.

Unknown berkata...

cgu jazz : anak dara memang ' takut ' bercinta ' tapi kena ingat ingat bercinta tu fitrah..hilang satu kemanisan hidup....kata org nak lawan takut kena hadapi takut.......

Unknown berkata...

Puan Erisya : nak kongsikan cara mengkritik orang. Saya tengah susun bahan untuk buat N3.Sebab susah kita ni..sebab Kementerian Pendidikan nak masuk Matapelajaran baru - komunikasi - kesekolah......

semuga kita mampu melahir dan menzahirkan nice person...

Eco Kid Adventure on Facebook