Sabtu, 6 Disember 2008

apa aku akan dapat....


Anak2 kadang SEHARUS diberitahu sejarah asal - usul.
Dan sesekali menukar cerita dan persekitaran ini kesimpulan.....
Seronok tengok anak2 membaca itu dan ini pada kemudahan yang disediakan.Dan bersiaplah sedia kita untuk memberi ' keterangan ' seterusnya. Setidaknya dia tahu bahawa kita tidak selamanya disini dan begini.
Skrip ceritanya hampir sama : Kejatuhan kita ke tangan ' ORANG ASING ' disebabkan krisis kepimpinan di masa itu. Kedangkalan pengetahuan semasa , selain daripada beberapa kepentingan yang tidak selari dengan keperluan semasa.
446 tahun kita dijajah ( guru sejarah tolong betulkan kalau salah ).
Hari ini - apa cerita.Semangat Puntun.Dato' Sagor.Maharaja Lela seakan mengalir deras melihat cerita disini. Tapi seharusnya kita bagaimana ; melihat satu persatu percaturan yang semakin menampakkan kedangkalan......
Sistem yang ada seakan menjadi percaturan peribadi : Segala penghakiman semua berasaskan kepada ' apa aku akan dapat '......
Dan hari ini ( sehingga sekarang ) 3 dilapurkan mati di Bukit AntasaBangsa.Ampang. Ceritanya mudah.Perlaksanaan semua Projek Pembanggunan Tanah Tinggi terletak kepada beberapa peruntukan dasar - adakah semua itu diambil kira.....

8 ulasan:

Tirana berkata...

"..apa yang aku akan dapat..". Kalau tak dapat apa-apa, lebih baik tak payah buat..hehehe.. tapi bila kita melakukan kebaikan dengan ikhlas walaupun nampak macam kita tak dapat apa-apa namun sebenarnya ada yang kita dapat..sesuatu yang kita tak nampak, mungkin.

Runtuhan tanah yang berlaku...ada kaitan dengan "apa aku akan dapat". Semakin banyak yang kita akan dapat menjadikan kita semakin rakus..menjadikan kita semakin tamak dan keikhlasan dalam melakukan kebaikan tadi telah tercampak ke tepi..kerosakan demi kerosakan yang dilakukan kepada bumi Tuhan semata-mata untuk mengejar "apa aku akan dapat" dan tidak hairan bila sesekali Tuhan menurunkan bencana untuk diambil pengajaran dan untuk diberi kesedaran terhadap kesilapan yang kita lakukan. Soalnya sekarang adakah kita akan sedar dan belajar dari bencana itu?

Unknown berkata...

Berfirmanlah Allah dalam Surah Al Rom - ayat 41 : telah berlaku kerosakan didarat dan di laut disebabkan tangan2 manusia......satu demi satu kerosakan diakibat ' tangan2 manusia : semuanya dijadikan utk kita melihat.menafsir dan seterusnya menilai tindakan diri.

Seandainya tidak menjadi apa2...kita bersediakan untuk berhadapan dengan apa lagi yg akan runtuh....

Ni kalau Maharaja Lela hidup lagi : mungkin dia pun sedih.....yang pasti hari ini : runtuh apa lagi pun. Keadaan kita tetap seterusnya sama....

Unknown berkata...

Sdr Jinggo,

Memang di ambil kira. Kira duit!

Yang tertimbus ke, yang mati ke, yang hilang rumah ke, peduli apa? Yang tentunya duit dah dapat.

Miss Jaz berkata...

dunia sedang menuju ke akhirnya..tapi masih ramai yg leka dengan kemewahan dunia..wallahua'lam..

sonata anak kancil berkata...

Kalau takut dilanda ombak, jangan dirikan rumah di tepi pantai!

Unknown berkata...

tuan mount : saya mengikuti perkembangan TANAH RUNTUH sejak dari awal penglibatan saya dalam bidang ni.Malam ni tadi tengok berita dengan KEGETIKAN...sebagaimana komen Musa Hitam dan Gurmit Singah : kita sebenarnya tidak belajar apa2 pun dari cerita lama.....

Unknown berkata...

itulah miss jazz - apa yg kita boleh buat.jaga persekitaran dan orang2 yg mampu kita kongsikan KEBENARAN ini......

Unknown berkata...

puan sonata : begitulah hukum alam.....tapi sebenarnya pepatah tu kena tukar : dirilah rumah dekat ombak yg besar....

Eco Kid Adventure on Facebook