Rabu, 17 Disember 2008

Bila ada yg bertanya....


Ini topik saya : Bagaimana untuk MEMBINA PENGARUH ( dalam bahasa mat salleh - bagaimana untuk MENGURAT orang lain - ini tajuk rujukan saya ) . Ini satu persoalan yg suka dan senang didengar oleh semua orang - terutamanya REMAJA. Ini berdasarkan fitrah semuanya kita mahu dianggap penting.Dalam semua hal begitulah.Kita mahu pandangan.Diri kita.Dan semua pasal kita di anggap penting oleh orang lain.
Tetapi adakah kita ini penting kepada orang lain.
Bagaimana untuk menjadi penting kepada orang lain.
Kita mahluk sosial.Kemahiran untuk MENGURAT adalah satu keperluan untuk menjadikan kita dan kita adalah orang yg dilihat.Ini satu kepentingan hari ini.Untuk dilihat.Sebab tu dalam rancangan Mr Donald Trumph adalah istilah ' stand out '...nak bagi orang nampak : KITA KENA BERCAKAP.
Kemahiran mudah untuk menangkap orang lain adalah dengan cara menjadi setiap orang sekeliling kita PENTING. Sebab itu fitrah.Kuasa PUJIAN.
Orang senang dengan kita bukan berdasarkan penampilan semata2. Sebab penampilan itu kita kelompok kepada 2 ( ketampanan fizikal dan sosial ) : orang cantik memang cepat untuk menangkap orang lain tapi tidak semesti dia boleh 'mengikat ' persahabatan. Kemahiran Komunikasi Hadapan harus diletakkan untuk menjadikan kita amat2 cantik pada sosialnya. Orang senang dengan kita disebab Kuasa Kesamaan - sebab fitrah kita akan suka dengan orang yg sama nilai.sama sikap dan sama minat...belajar untuk menyamakan minat...seterusnya. kekerapan : kita akan senang dengan org yg dekat dan selalu bersama kita........
Untuk kia : Apalah erti ilmu tanpa amal. Semua bahan yg saya tulis dari buku SENI BUAL dan hasil bacaan dari buku2 komunikasi Dale Carnegie....kita adalah mahluk sosial. Kemahiran ini harus dikuasai hari ini....

9 ulasan:

Tirana berkata...

Bagi saya yang pertamanya niat kita kena jelas dan betul..kenapa kita nak berkawan dengan orang tu..Keikhlasan dan kejujuran itu penting. Ini menjadi paksi.

Kedua, penampilan dari segi fizikal. Memang selalu yang stand out adalah yang cantik dan handsome...hehehe.. tapi jangan lupa kecantikan dan kekacakan ini adalah sesuatu yang bersifat subjektif. Dalam apahal sekali pun (dari segi pakaian, make up dll..)biar sederhana dan sedap mata memandang.


Ketiga, penampilan dari segi social..Biasanya yang mahir menggunakan komunikasi verbal dan non verbal selalu mendapat perhatian. Kita mudah tertarik pada orang yang "pandai" berinteraksi secara "positif" dengan kita.


Keempat, jangan "over" (active dan reactive) sehingga menampakkan kita adalah bukan diri kita yang sebenar...terlalu pretentious sehingga orang boleh kesan ada sifat berpura-pura dalam diri kita.

Unknown berkata...

Ok terima kasih kerana komen : semuanya senada dengan saya cuma nak tambah sedikit. Memang NIAT seharusnya diatas , tapi dibawah niat adalah skill demi skill yg kita kena belajar...tapi itulah Puan. Kemahiran ini tidak diajar sebab tidak diberikan ruang wahal ini satu kepentingan terutamanya untuk membina KETAMPANAN SOSIAL....

Tanpa Nama berkata...

Ayat "mengurat"....dengan "ketampan-an sosial" yang tak tahan dengar tu....heheheh.

Sekadar pandangan peribadi eh....
Personaliti manusia ada tampalan topeng hitam dan putih. Proses ni berlaku semasa di alam percintaan lah selalunya. (Dalam ertikata lain masa proses mengurat tadi lah)...

Masa tu wujud satu keadaan dimana setiap yg dilakukan inginkan kesempurnaan.....(sekadar pendapat......)

Tapi, harap kita tak tergolong dalam golongan mereka-mereka ni yea.....

Unknown berkata...

Puan Aryani : secara kebetulan saya sedang baca buku tajuk yg sama : ketampanan sosial....

Sebab bila diambilkira ketampanan sosial itu - banyak pembahgiannya. Tapi yang penting kita seharus tahu bagaimana nak menjadikan orang ' seronok ' bersama kita....kita akan berkawan dengan org yg sama nilai dgn kita kan.....

Dalam bab ketampanan sosial dan mengurat....rasanya2 diKL banyak dah cenderung ke arah tu...oppps.sekadar pandangan.

Unknown berkata...

sdr. jinggo.

Pada saya di tempat pertama ialah BAKAT SEMULA JADI.

Yang lainnya seperti kemahiran, ketrampilan, gaya perkaian hanyalah makeup saja itu nampak lebih menarik.

erisya nor berkata...

Jinggo, erisya setuju tuh...erisya sendiri cepat tertarik dengan orang yang ada karisma...biarpun tak cantik/kacak di pandangan mata. Bagaikan ada magnet yang menarik minat untuk terus mendengar kata2nya.

Unknown berkata...

KEMAHIRAN SEMULAJADI : yes - saya setuju.kadang2 kita memang dilahirkan untuk menjadi orang hebat.tapi tuan itu hanya 10 % berdasarkan kajian.Yang lainnya kita kena belajar.terima kasih.

Unknown berkata...

Puan Erisya : hari ini macam2 orang buat untuk bagi tahu kita ni menarik....ubat pengasih.senyonyong....tapi sebenarnya ada teori lain yg kita terlupa....

Ajeem berkata...

ulasan yang baik tapi tidak memadai buat saya kerana topik ini sangat luas...tapi tidak apa.boleh diulas berperingkat-peringkat.dalam buku yang bertajuk 'bakat dan kemahiran memimpin' tulisan prof.emeritus abdullah hassan memang tidak dinafikan fizikal mempengaruhi orang lain menurut kajian di AS.namun bagi masyarakat timur itu adalah hal kedua.

saya sangat setuju dengan entri saudara mengenai hal ini...setiap orang mahu menjadi penting namun kenapa dan bagaimana menjadi penting harus dijawab terlebih dahulu sebelum mencapai ke arah tersebut.

Eco Kid Adventure on Facebook