Sabtu, 13 Disember 2008

Ikut kemampuan akalnya...

Bersabdalah Rasullah SAW : Aku diperintah menyeru manusia atas kadar kemampuan akalnya.
Berdasarkan kajian yang dijalankan menyatakan manusia , akal kita mempunyai empat peringkat.
Pertama : kita akan dapati pemiliknya menentang setiap cadangan yang diberikan. Akal jenis ini hanya membenarkan cadangan yang datang dari diri sendiri sahaja. Ini dinamakan Akal Tertutup. Mendekati orang jenis harus zahirkan kepentingan mereka. Jadikan orang dalam kelompok ini penting.
Kedua : Pemiliknya akan mendengar cadangan yang diberikan , tetapi tidak akan menerima selain disertakan dengan bukti & fakta. Akal jenis ini menerima cadangan hanya berdasarkan kepada fakta ( sahih ). Bersama kelompok ini pastikan gunakan kebijaksaan untuk berhujah berdasarkan fakta sebab kita pastikan benar2 tahu mengenai cadangan yg ingin di kongsikan.
Ketiga : Pemiliknya akan mendengar setiap cadangan dan mereka bersedia mematuhi setiap cadangan tersebut dengan bukti dan fakta tanpa mempersoalkan.
Keempat : Pemiliknya akan menerima segala cadangan2 tanpa bantahan dan keraguan & tanpa meminta bukti selama mereka mempercayai pemberi cadangan. DI ULANG : SELAGI MEREKA MEMPERCAYAI.....
Moral pada kita : Bila berhadapan dengan keinginan untuk memberi cadangan itulah zahirnya. Sebagaimana fitrah manusia akan menentang setiap perubahan berlaku. Sebuah ahli sufi pernah dikatakan : Bahawa haiwan manusia ini adalah kelompok yang malas.Nak kenyang tanpa makan.Nak kaya ( cepat ) tanpa bekerja. Nak berjaya tanpa berusaha. .Nak berseronok tanpa kahwin ( ada macam tu ) – Kita dikata kelompok kejadian yang tidak suka menerima cadangan dan tidak suka menerima tanggungjawab.

Untuk itu mari kita sama2 fikir . Dimana duduknya akal kita.Orang2 sekitar kita. Semuga kita diberkatiNya.

Dipetik dari Buku Personaliti di Kagumi

8 ulasan:

Tirana berkata...

Di mana tempat saya agaknya? Antara kedua, ketiga atau keempat? Bergantung pada situasi..ada tempat-tempatnya jadi yang kedua, pada situasi yang lain mungkin jadi yang ketiga. Dengan orang-orang yang tertentu mungkin jadi yang keempat..hehehe..

Unknown berkata...

Sdr. jinggo.

Huraian anda tepat!. Saya lebih suka berfikir sebelum menerima. Contohnya bila berkenaan hukum, mana Nasnya?. Bila cukup dalil dan bukti saya akan menerimanya tanpa banyak soal.

erisya nor berkata...

jinggo, erisya cam tirana gak..kedua dan ketiga...sesekali keempat tapi ternyata orang yang dipercayai adalah orang yang paling tidak boleh dipercayai :)

Tanpa Nama berkata...

Ada orang berjalan jauh kerana mencari pengalaman, tetapi ada juga orang yang jauh berjalan kerana mengalami kesesatan.

Kita org yg bagaimana?

Unknown berkata...

Puan Tirana : saya selalu ingatkan diri saya - untuk tidak berada di akal yg pertama. Sebab saya berpegang pada prinsip - jam yg mati pun akan ada betulnya.Madsudnya setiap orang ada potensinya.....

Rasanya kita kena ada semua akal bergantung pada situasi......

Unknown berkata...

Tuan : rasanya itulah sebaiknya.sebab tu saya tak selesa berpolitik kepartian...lebih senang duduk.berfikir dan bertindak atas kapasiti sendiri..asasnya adalah fakta.

Unknown berkata...

Puan Erisya : orang yg dipercayai adalah orang paling tidak dipercayai....keliru sikit.

Seperti adanya : semuanya bergantung pada situasi. Tapi selalu yg pertama tu adalah orang2 jenis agresif.autoratik....ada baik dan buruknya.

Unknown berkata...

Puan Aryani : seorang ahli sufi pernah berkata - tidak ada apa2 pada pengalaman yg pentingnya bagaimana kita menjadikan pengalaman untuk melunasi hari2 seterusnya......

Eco Kid Adventure on Facebook