Jumaat, 26 Disember 2008

ini tindakan kita

Jangan bercakap soal berubah diri seandainya tidak komited untuk bertindak.
Dan fitrah kita akan menentang perubahan kerana :

KURANGNYA KEINGINAN UNTUK BERUBAH
KURANGNYA DISIPLIN UNTUK BERUBAH
KURANGNYA KEPERCAYAAN YANG KITA BOLEH BERUBAH
KURANGNYA KESEDARAN KENAPA MESTI BERUBAH
.

Kita mencipta alasan demi alasan sekadar untuk menyedapkan diri sendiri.
Kita semua mempunyai pilihan..
Kita biasa mendengar @ selalu bercakap dengan diri sendiri..

KAMI MEMANG SELALU MELAKUKAN PERKARA ITU…( berlagak tahu aja )
KAMI TIDAK PERNAH PERNAH MELAKUKAN..
ITU BUKAN KERJA SAYA.
SAYA TAK FIKIR ITU BOLEH MEMBAWA APA2 PERUBAHAN
SAYA TERLALU SIBUK…

Betullah kata Dr Hill dalam buku hebat nya dari 100 orang yg berjalan : 95 orang tidak ada MATLAMAT yang jelas. Kenapa :

TIDAK TAHU KEPENTINGAN MATLAMAT
TIDAK TAHU MERANCANG MATLAMAT

Mari kita cuba formula yg biasa pada kita.

Matlamat tidak akan jadi apa2 kalau tidak di tulis.
Matlamat tidak akan jadi apa2 kalau tidak di pamerkan


WHAT
apa matlamat kita.jelas.tepat
WHY
kenapa : ini motivasi kita.ini kekuatan kita.kenapa kita mesti berubah
WHEN
bila : tarikh yg jelas dan tepat.tarikh yang tidak jelas membuang kita tidak komited
HOW
Bagaimana : skill pada tindakan
WHO
Siapa yang akan bantu kita….

TULIS DAN PAMERKAN : DAN GUNAKAN KUASA KEPERCAYAAN :
install dalam MINDA DIBAWAH SEDAR.

22 ulasan:

Tirana berkata...

Biar dalam apa bidang dan pekerjaan sekali pun, matlamat kena ada dan kena jelas (cristal clear). Dari situ, baru boleh kita merancang satu plan tindakan bagi mencapai matlamat tersebut. Plan tindakan yang merangkumi ilmu dan skill, sokongan dari motivasi dalaman dan motivasi luaran serta sikap dan imej kendiri yang positif.

SRISUFI berkata...

salam cikgu...

betul tu cikgu...kekadang bila nak tengok manusia cepat dan pantas berubah bila dah ditimpa musibah...bila dah susah..bila diasak oleh desakan hidup yang berkehendakkan sesuatu...

sri juga tak lepas dr situasi tu...


kehidupan dianalogikan seperti kunci..
yg biasa kita smua dgr n baca,kehidupan seperti roda..
ada masa di atas,ada masa di bawah..
yg penting ialah bagaimana kita ingin bangkit apabila terjatuh dan tersungkur..
berusaha dengan bersungguh-sungguh beserta doa dan tawakal kpd ALLAH..

**sri dulu belajar kat UTM dan sambung kat bangi -psikologi

Unknown berkata...

Terimakasih Puan Tirana : dalam buku Dr Hill - itu kajian yg dibuat dari 100 pelajar - hanya 5 orang yg ada matlamat. dan itulah juga situasi kita.terutamanya pelajar dan seterus remaja seterus makayah....

Matlamat tidak jelas.Tidak bertulis.Semuanya sekadar begitu2 aja.

Semuga tahun hijrah ni : kita berhijrah yg bukan sekadar retorik..ini untuk diri sendiri terutamanya...

Unknown berkata...

Sri - begitulah hidup kita.Tidak semudah hanya sekadar bangun.tidur.makan.dan kebilik air....semuanya hari ini kena caturkan sebaik mungkin.

hari ini : bukan lagi tahun2 terdahulu.hari ini kita kena bersaing dengan beribu orang yg dapat A ( macam Sri ).

Nak tinggalkan orang2 dapat A ni dapatkan kunci yang terbaik....sebab cgu tidak yakin hanya orang dapat A sahaja berhak untuk duduk di kelas A....

Kuasa ditangan kita.cgu dah bersedia untuk tahun depan...mungkin kita akan berurusan selesai ini....

addyaholix berkata...

untuk berubah, kita perlu punya disiplin yang kuat. sebab perubahan itu datang dari diri sendiri. orang mampu suruh untuk kita berubah, tapi kita yang bertanggungjawab samada mahu atau tidak untuk berubah.

anda memang penulis hebat!
tahniah!

Unknown berkata...

Addy : kita semakin dekat gamaknya....PERUBAHAN.

Menurut penulis buku YOU CAN WIN : kita akan menentang perubahan dan BENCI orang yg ( pandai2 ) suruh kita berubah. Kita seronok berada dalam Zon Selesa kita.

Nak keluar perlukan WHY.sebab dikatakan kita hanya akan berubaha kalau...

1.dah bosan dengan perangai lama
2.akibat perangai negetif...
mat rempit akan berubah kalau
kaki dah hilang.
3.hidayah dari Allah.

Selain dari itu.kenapa aku mesti berubah.....

Sulamankasihabadi berkata...

salam...jinggo
bg ujie perubahan la yang uat hidup ujie lebih bermakna sekarang.ujie tambahkan ape yang kurang dlm diri cari kelemahan diri..sbb x mahu ketinggalan...kerana itu lah ujie masih kuat berdiri setelah dpt mencapai matlamat ujie dan kini melangkah untuk matlamat yang baru..

Unknown berkata...

Uje : Firman Rasullah SAW - 3 kelompok manusia akan melatakan diatas mukabumi.

Orang yg CEMERLANG.MALANG DAN RUGI.

Orang Cemerlang akan mempastikan hari ini lebih baik dari semalam.Orang Malang hari ini sama dengan semalam dan orang Rugi hari ini lebih teruk daripada semalam

Uji dimana.Pastinya kita duduk dalam kelompok pertamakan....saya suka dan senang dengan kelompok manusia yg macam ni....jalan harus ke depan gie...

Sedikit2 'lekuk lekak ' itu adalah pakej untuk kehadapan....2009 pastinya kita jadi GEMILANG...

SRISUFI berkata...

SALAM CIKGU...

insyaAllah...jika tiada aral sri akn ikut serta program cikgu..

terima kasih cikgu

Sulamankasihabadi berkata...

dah semesti ye ujie nak duduk dlm kelompok yg pertama...sentiasa cemerlang untuk gemilang...

~Insan Biasa~ berkata...

Menuju ke arah perubahan-penulisan ckgu di sini amat banyak mengajar saya kehidupan yang positif. Terima kasih banyak!

Ajeem berkata...

saudara jinggo,

install di minda bawah sedar...inilah kunci kepada apa yang kita katakan mengenai perubahan..motivasi yang kuat untuk berubah juga haru bermula dari dalam...sudah tentu perubahan yang saudara maksudkan adalah secara kolektif dan subjektif...YA memang betul kita kena berubah tapi pastikan perubahan bermula daripada diri sendiri sebelum mengubah persekitaran...

Unknown berkata...

sri : terima kasih dan insyallah.2009 macam tak sabar nak tunggu.selain daripada program sediakan..ada beberapa program @ projek lain yg sedang menanti...pastinya dihujungnya ada keberkatanNya semuga apa yg dikongsikan berkat untuk dijadikan panduan.....

Yang pasti Sri tahu nak cari cgu kat manakan.......

Unknown berkata...

G : tahniah sebab orang yg cemerlang- tidak akan membiarkan kecelakaan berlaku dalam hidup....untuk kenalpasti siapa kita untuk naik keatas......semuga 2009 kita cemerlang + gemilang....

Unknown berkata...

Ajeem : terima kasih kerana komen yg menarik.saya percaya kepada bahawa semua perubahan mesti bermula dari NAK TAK NAK....

Motivasi diri tidak mungkin akan berjaya...kalau

Kita tak NAK
kita tak FAHAM
kita tak BERSEDIA UNTUK BERTINDAK.

Sekarang KUASA TINDAKAN.kehebatan manusia tidak diukur selain daripada kuasa itu.....

terima kasih kerana komen yg menarik...

Unknown berkata...

Cgu endok....ni macam nak buat persedian untuk program 2009...biasalah sebulan bercuti.takut berkarat dalam otak.tulis.kongsi dapat idea baru......

sebab hidup bukan sekadar2 sahaja endok kan....semuga kena diatur.

ckLah @xiiinam berkata...

Sedangkan pantai lagikan berubah...
Kata bidalan lama.

Unknown berkata...

cgu : sedangkan pantai lagi kan berubah...inikan pula manusia...kalau dilihat pada pantai.kenapa pantai berubah.sebab tekanan dari ombak laut : secara sendirinya pantai tidak akan berubahkan..

itu juga fitrah manusia.jadi kita ni macam ombak yg nak memukul pantai2......

ckLah @xiiinam berkata...

cikgu;
lihat reaksi saya terhadap komen cikgu...agar yang terguris tidak terus membekas

jane berkata...

salam cikgu,

saya suka baca buku napoleon hill..agak malang sudah habis belajar dan x dapat lagi pergi ke library...
dah ada baby kecil, agak sukar berkunjung ke library dekat rumah....menanti dan menanti, bila masanya nak belajar semula. insyaAllah!

saya suka menghabiskan masa di blog ini !

Unknown berkata...

cik lah....terima kasih.tapi best juga sesekali..saya minta maaf.

Unknown berkata...

cgu jane : terima kasih....itu niat yg jelas dari saya....ilmu.

itu juga mungkin kenapa saya beri komitmen 100% pada training yg saya buat.ilmu....

Eco Kid Adventure on Facebook