Selasa, 16 Disember 2008

inikah percaturan kita

adakah akan sampai begini kita...

Maafkan saya sedikit emosi semasa menulis cerita yang baik kita jadikan pengajaran. Maaf , saya tidak ada niat untuk menjadi ruang dan media ini untuk mengenakan sesiapa. Ini ruang yg akan memfokuskan kearah pembinaan ‘ nice person ‘ yang berpaksi kepada dua hukum. Agama yg berlandaskan Al Quran & Sunnah dan hukum hakam dunia yang meletakkan ilmu sebagai asas.

Memang begitulah resamnya hidup selama ni , saya lama membiarkan hidup ini menjadi satu proses pembelajaran yang tidak kesudahnya. Kelas Bimbingan kehidupan tidak berakhirnya. Satu persatu dibiarkan berlaku dan berlalu…samada teori dan praktikal.

Hari ini ( malam tadi ) satu lagi latihan praktikal mengadap saya. Pertemuan dengan beberapa orang peminpin kecil ( JKKK ) dan kepimpinan baru daerah. Duduk dan mempersoal banyak cerita yang memang selama ni tidak pernah ( mungkin ) mereka fikirkan. Dimana lagi tanah kosong !!!! Itu bukan fokus pertemuan kita

Janji + Masa. …cgu malam ni pukul 9.00 free tak. Tepat pukul 9.00.Menunggu untuk seterusnya.9.45. Biasalah cgu janji Melayu - itu jawapan dari kepimpinan daerah. sudah nak ubah pemikiran tu.......berderau darah ! Perubahan harus kita mulakan.Uruskan semuanya berdasarkan kepentingan.

Saya minta maaf kalau ruang ini seakan mempersendakan beberapa orang lain. Kalau lembu di pegang pada tali manusia dipegang pada janji. Mahkamah dunia sudah membuat keputusan. Jatuhnya sahabat kita daripada kepimpinan : Satunya adalah JANJI dan MASA.

Kenapa kita sudah nak tepati masa. Saya tidak faham akhirnya. Untuk membina masyarakat yg berkuanliti seharus dimulai dengan kepimpinan. Kepimpinan itu adalah kita. Dimulai dengan latihan yang mudah. Komitmen. Letakkan keutamaan dalam Pengurusan Masa.

Teringat satu panggilan dari seorang rakan di Kementerian Pendidikan Putrajaya : Tuan sukatan pelajaran sekolah rendah akan ada penambahbaikan. Soft Skill akan dimasukkan. Kenapa nak dimasukkan ! Sebab kuanliti kita bergantung besar kepada keupayaan membawa diri untuk kita ‘ jual ‘ kepada orang lain.

Teringat sebuah buku Dale Carnegie : kita kena bayangkan kita sedang mempromosikan diri agar ada orang ‘ membeli ‘ kita. Apakah ciri2 orang nak menjual.Satunya tidak mungkin barang mampu dijual kalau kuanliti barang itu tidak berkuanliti. Satunya ada MASA. ( secara fitrahnya kita sentiasa mahu dianggap penting : untuk menjual diantara keperluanya adalah nilai barang )

Moral untuk Jinggo : Saya ingatkan diri saya dan kawan2. Masa dan Janji. Dua perkara kecil yang tidak nampak apa2 dihujungnya. Tetapi kesannya besar terhadap hubungan sosial. Saya yakin kepada bahawa perancangan kehidupan ini harus dilihat dalam kontek yang berbeza. Keinginan untuk naik ke atas ( SEE AT THE TOP ) asasnya adalah diri sendiri.
Kepada rakan2 yang sibuk mencari tanah kosong – maaf saya tidak akan berkompromi dengan kegagalan…….

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kadang2 ramai yg terlupa... diri mereka, tingkah mereka, suara mereka, perkataan mereka, keadaan mereka dah meleburkan jiwa orang lain.

Jangan tersepit dalam keadaan ini...

Unknown berkata...

itu yang ramainya rakan2 diatas : diuji dengan kepayahan semuanya macam ok.hari ini bila diuji dengan kesenangan - semuanya jadi tidak keharuan....

jangan kena baling kasut sudah....

ckLah @xiiinam berkata...

Demi masa...sesungguhnya manusia itu dalam kerugian....(sama-samalah kita hayati firman Nya ini hingga selesai!)

Dan janganlah kita menjadi orang yang rugi itu....

Unknown berkata...

Puan xiinam : begitulah seharusnya kita. Agar tidak ada yg rugi marilah kita ' membuka ' ruang untuk sama2 menilai sejauhmana penglibatan kita menguntung dan merugikan diri sendiri.......

Cikgu Kool berkata...

Jinggo...anak sapa tu yang dok buat lagu tuh, hang habaq mai kat daddy, nak luku kepala dia sikit...

p/s: Daddy kalau marah ni terkeluor loghat penang pula...adeh! RILEKS bro..

Unknown berkata...

daddy cool,
anak sapa tah, ... dia buat lagu rock ! macam orang zaman batu ! tak gheti bahasa kata orghang perhak.

Mak Su berkata...

wow! kasut tu........

Unknown berkata...

mak su : eloknya kasut tu pijak taik anjing ke.....elok juga baru dia rasa...he...he....

noriza berkata...

Premis kemanusiaan yang diutarakan oleh Quran adalah betul lagi unggul.Manusi dikurniakan Allah dengan akal serta intelek. Dengan menggunakan kekuatan ini kita mampu berfikir dan menganalisis setiap perkara dan membuat keputusan hasil daripada penelitian itu. Sombong dan bongkak adalah sifat iblis. Orang yang sombong tidak berjaya di dunia dan akhirat. Anyway jangan bersedih.... Kalau u nak tanah itu,i boleh sediakan untuk u . Berapa guni u nak......

Unknown berkata...

he...puan noliza : kes berebut tanah ni cerita lama....kadang begitu - kata seorang kawan.dulu semasa diuji dengan kepayahan semuanya ok aja.bila diuji dengan kesenangan...semuanya macam tak ok.

untuk kita kita sedang2 aja.....tak payah dan tak susah....

Tirana berkata...

Dari dulu hingga sekarang, orang Melayu tak pernah belajar menghargai masa sebab tu la timbul kata-kata "janji melayu". Yang sebetulnya kita lemah dalam bab-bab pengurusan masa adalah disebabkan attitude kita..banyak yang negative dari yang positive. Surirumah macam saya pun perlukan pengurusan masa yang efektif apalagi pemimpin masyarakat.

Unknown berkata...

Puan- kalau ditanyakan apa yang mahu diperbetulkan dulu ( kepada orang melayu ) adalah pengurusan masa.

Pantang : Saya pantang tgk orang lewat. Terutamanya org muda....paling bosan dengan ' on the way '..itu penghakiman awal kepada kesemua keinginan lain....

Unknown berkata...

Sdr. Jinggo,

Kalau berjanji saya biasakan diri saya sampai 3 minit sebelum masa dan saya hanya akan tunggu 10 minit sahaja. Kalau tak muncul dalam 10 minit saya belah.

Kerana janji melayulah membuatkan saya tidak suka berjanji.

Unknown berkata...

tuan mount : saya biasanya akan datang 30 minit.sebab tu kalau orang lewat 10 minit saya rasanya macam dia lewat 40 minit.......

tapi meninggalkan janji belum lagi...tunggu.tunggu....

Marzalina berkata...

Masa itu emas..saya sendiri tak suka menunggu lama-lama...tension!

Unknown berkata...

selamat pagi maz....itu ciri2 orang yg hebat.

Eco Kid Adventure on Facebook