Rabu, 24 Disember 2008

Meluatnya Aku....

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari.

Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. "Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa. "Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir.

Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam. Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. !

Moral untuk kita : menyukai dan membenci hak kita. kita diberi kewarasan untuk menilai itu dan ini berdasarkan 'bekalan ' yang ada.kewajarannya : adalah kita perlu membenci orang lain...teringat pepatah lama : Jam yang mati akan betul dua kali ( mati pukul 5 - ianya akan betul pukul 5 pagi dan 5 petang ) jadi untuk itu MARIlah kita berbaik sangka dengan semua keadaan dan persekitaran kita kerana disini bukan untuk menhukum dan di hukum..

22 ulasan:

Unknown berkata...

Betul sdr., satu cerita tauladan yang berkesan. Memaaf adalah jutaan lebih baik dari membenci.

Berdendam boleh merusakkan iman.

addyaholix berkata...

ya. dendam juga pernah buat saya hilang pedoman. tapi saya dah buang dendam jauh-jauh!

ONE ZABA berkata...

ya..betul..walau payah nak membuang tabiat membenci tu...hakikatnya memaafkan jua yang dapat mendamaikan hati

ckLah @xiiinam berkata...

Teknik yang menginsafkan dari cikgu Maryam....

Walau hanya berkomunikasi di alam maya, saya minta maaf andai ada tulisan saya yang mengguris rasa...

noriza berkata...

Bukan senang untuk memaafkan dan melupakan kejadian yang melukakan kita. Kita boleh berkata maaf, namun dihati belum tentu. Saya sendiri punya pengalaman itu. Walaupun sudah begini tua , namun luka dihati ini siapa yang tahu dan pada saya pasti akan saya membuktikan segalanya penghinaan itu.Mungkin dendam itu tiada namun kesannya masih terasa.

SRISUFI berkata...

salam cikgu jinggo...

sangatlah menarik cerita tersebut...sangat berbekas dalam hati...

teringat akan kata salah seorang motivator terkenal tu:-
'jika berdetik perasaan benci kita pada orang lain...maka kita juga dibalas dengan kebencian drpd orang sekeliling kita'

taknak lah benci2...benci2 kang jadi sayang lak..hiksss

~Insan Biasa~ berkata...

Tambat perahu tepi surau.
Hanyut sampai sungai tualang;
Ombak melenting tepi pulau,
Arusnya deras bukan kepalang.

Sepuluh hari di Teluk Ramunia,
Orang bertandak di atas tanah;
Sudah menjadi resam dunia,
Di mana bengkak di situ menanah.

Tirana berkata...

Ubat pada kebencian ialah kemaafan tapi sebenarnya tidak mudah memaafkan orang yang kita benci. Tengok kepada sebab apa kita membenci seseorang itu. Semakin besar kesilapannya di mata kita, semakin dalam kebencian dan semakin susah untuk dimaafkan.

Namun sayang dan kemaafan sebenarnya memberi ketenangan jiwa kepada kita. Hati kita akan tenteram bila tiada perasaan benci dan dendam.

Tanpa Nama berkata...

Pernah berdendam...tapi selepas fikirkan balik, org yg kita dndam tu buat tak tahu....seolah saya menyiksa diri sendiri memikirkannya.

Saya suka utk mengingatkan diri saya...jgn sekali2 memilih kehidupan yg tidak menyeronokkan. Pilihan kat tangan sendiri...

Sulamankasihabadi berkata...

dendam mmg menderitakan..untuk mengakhiri penderitaan itu,kita hulurkan kemaafan.kerana kemaafan adalah pengubat segala ya.mati dlm dendam tanpa kemaafan akn mderita kan insan lain...

Unknown berkata...

Tuan : ambil cerita pisang diatas - itulah kesan daripada kebencian.secara tak langsung kita yg membawa pun tak selesa.....

boleh kita kongsikan bila berprogram nanti

Unknown berkata...

Addy - saya ni lelaki MARCH : banyak kajian dibuat menyatakan susah nak marah - tapi dihujungnya akan ada dendam.....dan itu mungkin kelemahan yg saya dan kita kena akui.....

Unknown berkata...

Cgu One - kabari !.Itu yg sepatutnya.Maafkan semua orang sebelum tidur ( kata Dr Fazillah Kamsah ): kerana kebencian kita mesti bersebab.Dan sebab itu mesti berkaitkan dengan matlamat yg tidak sama.....hari ini.akui pendapat diri sendiri dan akui pendapat orang lain.....kita MENANG - MENANG.

Unknown berkata...

Cgu 'Plat Kereta ' ( gurau jangan benci ) - saya suka dan senang dengan semua yg ada disini....cuma kadang2.Saya baca dan tgk N3 orang lain yg komen yang di'tapis dan buang' ...kesian.Kenapa ada macam tu : madsudnya nak menimbulkan kebencian orang...hari ini kita bersangka baik dengan semua orang....

Unknown berkata...

Cgu ija : dendam rasanya ONYANG kepada benci. Semuanya bermula dengan benci...saya pun pernah ada orang benci ( cerita lama ): rasanya skill terbaik adalah undurkan diri sekejap dan cari ruang untuk saling bermaafan ( kalau ada ) kalau tak ada kita bersangka baik....biarlah dia nak hidup bawa PISANG.....

Unknown berkata...

'jika berdetik perasaan benci kita pada orang lain...maka kita juga dibalas dengan kebencian drpd orang sekeliling kita'....SRI : saya memetik kata2 Sri.

Tahab kebencian seseorang bergantung pada karektor.ASERTIF.AGRESIF.PASIF - kajian menyatakan setiap kita berada dalam mana2kelompok dan tahab kebencian + pemaaf skalanya berbeza....dan kajian pada Zodiak pun ada menyatakan begitu dan begini..

Hari ini: Sri : jangan bawa PISANG busuk - sebab hidup ini umpama kita bermain BOOMERANG.....

Unknown berkata...

cgu Anis...nak balas ke.Dalam bahasa jawa boleh...

Merono Merene....kalau dah bengkak pergilah urut ! Embah saya memang tukang urut..

Bengkak kita kaitkan bengkak hati kut.Urut dengan ilmu yg tentunya akan mengurangkan bengkak tu kan....

Unknown berkata...

Puan Tirana : Ubat kepada kebencian adalah kemaafkan..itu yang susah.Tapi rasanya tidak kepada orang2 politik.

Sebab : kebencian dan kemaafkan semuanya dilandas kepada tajuk yg sama.kepentinan politik.apa yg aku akan datang....kalau aku benci dia.kalau aku maafkan dia.

Kesimpulan : saya yakin - membenci adalah pakej siapa manusia dan kemaaf juga adalah pakej kita....segalanya harus didahulu dengan NIAT.kenapa kita membenci dan seterusnya kenapa mesti bermaaf....betul tak.

Tapi ini soal qalbu....semuga kita dirahmatiNya.dan diberikan qalbu yg bersih dari segala kekotoran...

Unknown berkata...

Puan Aryani : hidup ini adalah sebahagian dari selingkar kisah yg kita pilih kan...jadi untuk itu buat pilihan yg terbaik dan tentunya kita kena bertanggungjawab dengan apa yg kita pilih...

dan hari ini.ini yang saya pilih...jalan harus kedepan.LA TAHZAN...

Unknown berkata...

Masyalllah uji : mati dalam demdam - sebab tulah semalam semasa saya menziarahi jenazah seorang kawan ( baru 35 thn ) mati masa tudur.Sehari sebelum tu sama2 pekena teh tarik....

Semasa jenazah nak dimasukkan dalam kereta mayat : imam itu meminta semua bersangkabaik dan maafkan si mati.......

Sulamankasihabadi berkata...

innalillahi wainnailaihi rajiuun..takziah pd keluarga arwah.semoga ditempatkan dlm golongan org2 yg beriman..

nurdaniella berkata...

satu pengajaran yang cukup efektif saya rasa.. pasti anak2 kecil itu mudah memahami kerana mereka melalui sendiri pengalaman mereka dengan pisang2 tu..

Eco Kid Adventure on Facebook