Sabtu, 20 Disember 2008

Pasar Buku......


buku sebagus ini hanya berharga RM 2.

buku yang dibeli di Pasar Buku.Promosi dapatkan Dewan Bahasa bulan ini.
Cerita Pasar Buku.Kita boleh pilih buku mana yang kita suka. Seronok tengok rupa2 ramai diantara kita yang masih menjadikan membaca sebagai aktiviti keluarga hujung minggu....sebab kesan di hujungnya ada berbeza : dalam buku Seni Bual dikatakan - kehebatan manusia ( sebahagiannya ) diukur daripada GAYA BAHASA dan ISI BAHASA dan kesemuanya itu mampu dilentur oleh buku apa yang kita baca. Sebab itu dikatakan untuk melihat seseorang dalam tempoh 5 tahun akan datang - lihat buku apa yg dia baca hari ini.....
Itu bukan persoalan : Semuanya adalah ilmu.Sejauh mana ilmu mampu memandu kita untuk setapak lagi kehadapan.
Ada kajian menyatakan : Kuasa yang paling besar kepada manusia adalah KUASA BERTINDAK. Bukan kepintaran.kegagahan dan kekayaan....mari kita sama2 fikirkan. BERTINDAK.Sejauh mana kemampuan untuk bergerak kearah itu...

16 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...

Issshk...kalaulah rumah saya dekat dengan DBP tu....cemburunya!!1

Saya ada naskah asal 'La Tahzan' karya Dr'Aidh al Qarni tu...dalam Bahasa Arab. Bapa saya yang beli ketika berjalan-jalan menyusuri kedai buku di kota London. Tapi saya baca yang Melayu punya, Bahasa Arab saya tak sebagus dia...

Buku itu pengubat hati saya di saat kekadang saya merasa gagal menjadi manusia...

Unknown berkata...

he...ayat yg hujung suka benor teman dengor.kalau gagal jadi manusia jadi apa....itulah cgu fitrah kita.lupa.

kadang2 sebanyak mana ilmu pun kita kadang2 kalah dengan godaan qalbu....buku menarik untuk teruk dibaca.

Jangan lupa Majalah yg saya promosi percuma tu...

Sulamankasihabadi berkata...

salam en.jinggo..ujie mmg suka g kedai2 buku ni...td baru jer g perpustakaan negara.kt sana pun ada jualan buku.harga pon ok.pas ni nk g DBP la plk..

Unknown berkata...

uji...nasib baik tak jumpa.tapi tak kenal pun.saya ke Pustakaan Negara. Gitulah uji : apa lagi yg mampu kita mampu untuk 'menganyakan' diri selain dari kaya dengan ilmu.Yang pastinya - bertindak dihujungnya....

erisya nor berkata...

salaams Jinggo,

wahhh murahnyerrr! sampai bila promosi ni...?

Unknown berkata...

sdr. jinggo,

"Bertindak" sudah pastinya kenyataan saudara betul. Ya, bertindak dengan bijak.

Tanpa Nama berkata...

Selalunya ahli falsafah boleh memberi Ilmu, gagal memberi akhlak, ahli kerohanian (para rasul, nabi, aulia dan solihin), memberi kedua-keduanya sekali, Ilmu dan akhlak.

Unknown berkata...

Puan Erisya : sampai hari ni....datang jangan tak datang. Kecil aja : kat bawah Perpustakaan Negara. Ada banyak buku2 murah....

Unknown berkata...

Tuan Mount : Sapa2 pun itu lah penghakiman kita - jangan cakap aja ! Tindakan. Sebab kehebatan kita diukur dari sejauhmana kita mampu mengotakan ilmu dan pengalaman yg ada dalam bentuk tindakan.

Saya menyeru pada diri sendiri dan rakan2 : kuatkan keinginan sebab ruang terbuka pada kita.NAK TAK NAK.....

Unknown berkata...

Raja - Ini pandangan saya : Secara luaran ilmu2 yg dikaitkan dengan pembinaan diri yg difokuskan di barat banyak berfokus untuk menjadi ' orang baik ' ( dan tidak bercanggah dari landasan kita dimana Al Quran & Sunnah ) - Saya menjadikan kedua2 sebagai perbandingan : nyatakan seirama kalau diambil kira dari persoalan menjadikan kita manusia yg baik.

Untuk menjadi seorang manusia yg baik tentunya dalam semua hal Agama mesti diatas.Ilmu apa sahaja - itu adalah asas. Cuma penekanan barat tidak mendalam tidak menjurus kepada pembinaan hati secara total.

minta maaf kalau pandangan ini bercanggah.terima kasih kepada pandangan Raja yg amat baik dan saya akan gunakan isu itu sebagai N3 akan datang ( sebab dah orang tegur saya - sebab kegemaran merujuk kepada buku2 barat )- saya akan tulis nanti.

Tirana berkata...

Jinggo, semalam saya pergi ke PNM tapi satu buku pun saya tak beli...pergi tengok saja..Buku yang saya cari tak ada..(sebenarnya terlupa bawa cash semalam..hehehe kalau bawa, mesti ada yang dibeli)

Ajeem berkata...

seperti mana acuannya begitulah hasilnya..kita boleh buat perbandingan antara orang yang membaca komik sahaja setiap hari dengan orang yang membaca newspaper atau buku2 ilmiah yang memberi manfaat...jangankan 5 tahun 2 tahun akan datang pun boleh dilihat kesannya...

Unknown berkata...

Puan Tirana : kesian - saya suka dengan konsep pekan buku tu.saya hanya tersangkut pada buku dalam gambar tu aja.....saya macam perasaan yg kita akan berjumpa. tapi saya dtg awal terus ke syah alam........

Unknown berkata...

Saudara Ajem : Saya semakin seronok berurusan dengan saudara...dari apa yg saya faham saudara masih di kampuskan. Hebat pembikinannya.

Ini yg kita harapkan : sebab dunia dikampus jauh bedanya dengan dunia diluar kampus - hero dikampus masih 50-50 nak berjuang di luar apatah lagi yg jadi .......tapi rasanya asas saudara begitu kuat.tahniah !

Kita mulakan semuanya dengan membaca. Kuanlitinya berbezakan....

erisya nor berkata...

tuan Jinggo. Pendapat erisya, ilmu boleh menghasilkan akhlak...tak kira ilmu apa...terpulang kepada penerima ilmu tu sendiri. Tak semestinya pelajar sekolah agama menjadi muslim yang baik. Tak semestinya pelajar sekolah sekular gagal menjadi muslim yang baik. Tak salah kita membaca buku2 dari barat asal saja tidak bercanggah dengan akhidah kita. Bukan semua ilmu barat baik...juga bukan semua buruk. InsyaAllah kita membacanya secara kritis!

Unknown berkata...

ok puan erisya : memang saya yakin dan percaya kepada peranan buku dan ilmu.saya banyak.terlalu banyak merujuk kepada buku2 dari barat ( sehingga timbul percanggahan dikalangan kawan2 ) tapi asasnya mudah : ilmu yang satu agen kepada peruban diri...kita nilai berdasarkan filter yg seharusnya kita ada.....

Sebab ketamadunan ilmu barangkali yg menjadikan kecenderungan saya kesana...tapi ini pandangan saya.

Eco Kid Adventure on Facebook