Selasa, 9 Disember 2008

Salah kah saya ni....




Dalam perjalanan balik dari Teluk Intan : rasanya semua penat. Kepada anak2 menhabiskan percutian bersama abi adalah sesuatu yg ' susah ' nak dapat. Kami menggunakan ruang yang ada secara maksimum sekali. Tetapi sesuatu telah berlaku. Ceramah Motovasi dalam kereta - Satu Slot yang mungkin jarang anak2 suka.
Abi rasanya ana kena faham keadaan abi sekarang. Abi bukan macam dulu lagi. Abi tak boleh duduk dan tengok akak belajar macam dulu. Keadaan sudah berubah. Abi tak suka ana terdedik2 - selagi ana bernama pelajar : tidak ada istilah cuti. Ana banyak main2. Abi dah tengok handphne ana......ana harus menjadi contoh kepada adik2 yg lain.....Yang lain terpaksa di ' sensor
Hukuman pertama : Tidak ada bantuan credit handphone. Astro akan di tamatkan. Duit sagu akan di kurangkan.Bercuti ( jalan 2 ) di tarik balik.
Untuk berkongsi : Kepimpinan ( keluarga ) akan menzahirkan kuasa dan arahan. Arahan akan dibutirkan oleh tindakan. Adakah tindakan menhukum adalah mengudah kepada segala urusan pentadbiran. Tindakan dari hukuman akan melahirkan rasa : Takut.Tidak Ikhlas. Bebal...apakah jawapan di hujung mari sama2 kita fikirkan....
Motivasi takut - saya menyorot satu cerita :
Seorang lelaki kaya.Ingin menyahwinkan anak2nya. Lelaki kaya ini ingin menguji ' bakal menantu ' dalam satu pertandingan. Sesiapa yg memenangi pertandingan ini boleh minta apa sahaja. Pada hari kejadian di kumpul semua pemuda kampung ( yg memang nak kahwin dengan anak orang kaya ni )
Ok - wahai pemuda2 kampung : kalau kamu semua nak kahwin dengan anak aku : disebelah sana ada kolam dan ada beberapa ekor buaya di dalamnya. Sesiapa yg boleh melepasi halangan dengan cara berenang dari sini ke hujung sana.....kamu berhak minta apa saja.Termasuk kahwin dengan anak aku....
Semua pemuda terjun sebaik arahan diberi.Akhirnya hanya seorang yang berjaya. Yang kandas ( takutkan buaya ) : Orang kaya bertanya : Apa yg kamu mahu wahai orang muda....
Saya hanya nak tahu siapa yg tolak saya.
Moral kepada kita : Adakan takut adalah satu pendekatan ! Pemuda ini berjaya melepasi semua halangan disebabkan TAKUT.

13 ulasan:

Tirana berkata...

Dalam parenting prinsipnya sama macam kita menjaga kesihatan iaitu "prevention is better than cure". Ibabapa wajar buat "rule and limit". Sebaik-baiknya rule dan limit diterangkan kepada anak-anak terlebih dahulu supaya mereka jelas dan faham kenapa peraturan itu patut dibuat. dan kenapa mereka mesti mematuhi. Rule dan limit diiringi dengan "concequences" atau denda bila mereka tidak mematuhi peraturan. Anak-anak boleh memilih samada untuk mematuhi peraturan atau tidak mematuhi peraturan dimana mereka akan didenda.The choice is theirs so tidak timbul soal ibubapa kejam dan sebagainya.

"Motivasi takut" boleh jadi positif dan boleh jadi negatif bergantung kepada cara mana anak menginterperitasikan motivasi tersebut. Jika dia mengambilnya sebagai satu cabaran yang menjadikan dia lebih kuat berusaha dari sebelumnya tentu ia sesuatu yang positif. Namun motivasi takut ini tidak digalakkan bagi anak-anak yang berusia dibawah 6 tahun.

Unknown berkata...

terima kasih puan...itulah saya menjadi satu perkara yg saya jenuh fikirkan.dalam situasi saya tidak mudah. tapi saya amat yakin bahawa ilmu2 begini tidak seharusnya menjadi ilmu yg ' sekadar mengikut arus '.

Sebab urusan pentadbiran anak2 hari ini seharusnya didalam dalam kontek akademik.Sebab cabaranya berbeza. Terlalu komplek pembikinan persekitaran.

Terima kasih kerana perkongsian : saya nak semak buku2 lama - sebab situasi saya berbeza....

Tirana berkata...

Saya sedar situasi Jinggo berbeza, menyebabkan keadaan menjadi sedikit sukar tapi itulah cabaran sebenarnya, cabaran yang menduga kekuatan kita. Antara jinggo dan ibu anak-anak itu kena ada kerjasama dan persefahaman dalam mendidik anak-anak. Dalam soal mendisiplinkan anak-anak misalnya kena ada kata sepakat. Percanggahan hanya menjadikan anak-anak confuse, tak tahu yang mana satu nak ikut. Saya tahu..lebih senang menulis teori dari membuat tindakan..dan hanya orang-orang yang berada di situasi yang sama saja yang boleh memahami..namun cuba dan berusaha sebaik mungkin. Allah sentiasa bersama-sama orang yang ikhlas.

Unknown berkata...

Puan : disatu sudut saya nak 'Pak Lah ' kepada anak2.disatu disudut lagi saya nak jadi ' saddam hussein '.....tapi kecenderongan untuk jadi nice father tu tinggi....tak pa....

Mungkin yg terbaik begini : Rutin biasa saya akan call ( sekerap mungkin ): apa kata saya hentikan rutin tersebut. bila ditanya : ini hukuman.Ketakutan dari kehilangan mungkin akan memberi impak pada dia......

Mak Su berkata...

oh... balik kg? jumpa anak-anak2? dan oghang ghumah?

saya dah pandai menitiskan airmata... kerana anak-anak....entah2 apa2 kepandaian yang saya dapat :(

tapiii, cakap pun tak guna, sapa nak baca kisah2 sedih2 {?}

Tirana berkata...

Walau apa sekali pun peraturan dan hukuman yang ingin Jinggo lakukan, penerangan secara jelas sangat penting supaya anak-anak dapat belajar dari situ. Biar dia faham kenapa kita kena buat tindakan seperti itu..Jangan sampai dia anggap kita tak sayangkan dia lagi..

Unknown berkata...

mak su oh mak su : mak su tulislah apa sahaja.sebab ini ruang untuk kita kongsi2.yang penting kita tidak menjadikan ruang ini untuk apa2 niat lain.....

Unknown berkata...

terima kasih kerana amat prihatin dengan isu ni....pasti puan seorg ibu yg baik...amat baik.sebab ilmu dan isu begini seharus dilihat dari sudut akademik.

erisya nor berkata...

JInggo, erisya setuju sangat ngan Tirana. Yang penting anak2 kena faham hukuman yang diberikan. Misalnya masa anak erisya kecil, jika kaki yang salah, erisya pukul kaki (pukul sikit jer) , kalau tangan yang salah, pukul tangan. Bila dah sekolah, erisya pastikan agar tidak overule arahan suami dan sebaliknya. misalnya jika suami tak izinkan anak ke kedai...erisya juga tak izinkan walau anak pujuk. Biar anak hormati keputusan ayahnya. Lihat pengalaman org lain...anak2 tak hormati ayah bila si ibu asyik overule arahan ayah! Akhirnya semua benda mereka lebih suka refer pada ibu! Jika suami marahkan anak, erisya tak campur tapi akan pujuk selepas itu...biar dia betul faham kenapa ayah marah. Begitu juga sebaliknya. Pendekata hanya seorang yang 'leter' pada suatu masa. Erisya tak belajar psikologi anak2 namun erisya ambil pendekatan itu agar anak tak keliru dengan arahan ibu ayah yang berbeza.Alhamdulillah, kini anak pun dah besar ...dia tahu dia boleh berbincang ngan ibu ayah..tapi setengah tempat terpaksa akur dengan kuasa veto :) . sekarang ni erisya kena bersedia menghadapi anak remaja pula...kalau ada tips atau buku, minta Jinggo dan Tirana kongsi bersama :) Bagaimanapun, erisya yakin kena guna dua pendekatan ie hukum dan hadiah. Tak boleh tinggal salah satu...tiada keseimbangan!

Tirana berkata...

Jinggo, saya seperti ibu2 yang lain, pernah melakukan kesilapan dan tidak mustahil saya akan melakukan kesilapan lagi di masa hadapan cuma dalam bentuk yang berlainan kerana insyaAllah kesilapan yang sama tidak akan berulang untuk kali kedua. Sebenarnya saya banyak belajar dari kesilapan dan pengalaman pahit saya dan saya akui ia banyak memberi kekuatan sebenarnya. Dan saya suka berkongsi pengalaman saya cuma bentuk perkongsian saya tidak sampai saya membuka pekung di dada..biar menjadi rahsia... Saya tidak mahu jadi seperti Abby Abadi..hehehe

Unknown berkata...

Dari cerita yg panjang : kesimpulannya beginilah - semuanya yang puan tirana.erisya.mak su adalah satu ketepatan seandainya anak2 membesar didepan mata : memang saya didedah banyak secara teorinya pada persoalan pembanggunan manusia.

Bila bercakap soal perlaksaan - saya ada cerita yg amat berbeza. Untuk itu saya sentiasa bersangka baik dengan semua keadaan dan kepada siapa2 yg terlibat dalam proses pembentukan anak2...

Disebab emosi dan keletah karektor berbeza terkadangnya kita tersasar dari matlamat dihujung - untuk MENJADIkan anak sebagaimana sepatutnya..Keinginan untuk menjadikan ITU dan INI menjadikan terkadangnya kita sendiri lemas dengan pendekatan.

Terima kasih.

Unknown berkata...

Salam sdr. jinggo.

Dalam bab mendidik ni saya mana saya didik anak.

Saya memang manjakan dan ikut kehendak mereka yang dirasakan praktikal.

Bila mereka melakukan kesalahan, saya akan larang dan beritahu mereka kenapa saya larang dan berikan amaran. Selepas 2x amaran saya akan rotan walau pun anak saya kedua-duanya perempuan.

Mendisiplinkan anak, kita hendaklah consistent. Maknanya sekiranya pada masa ini kita lihat perkara yang di buat itu salah, maka pada bila-bila masa pun akan salah. Jangan di masa kita releks perkara itu, ok tetapi pada masa yang lain semasa kita berserabut kita marah.

Selepas dirotan saya akan panggil dan terangkan kenapa dia dirotan dan mohon maaf. Katakan kepada mereka, Perkata yang paling kita benci dan tidak suka dilakukan adalah marah dan pukul anak. Papa terpaksa pukul kamu dengan hati yang berat dan sedih!

Kedua-dua anak saya, dengan sayalah yang dia orang rapat dan manja dan kepada saya jugalah yang dia orang takut.

Unknown berkata...

terima kasih : dari sudut pandangan ibu dan dari sudut pandangan seorang ayah yg berpengalaman.rasanya semuanya dah lengkap untuk saya simpulkan....terima kasih

Eco Kid Adventure on Facebook