Selasa, 23 Disember 2008

Susahnya nak bertanya....macam bagus2

Seorang ahli Sufi pernah berkata :
Orang yang berhenti bertanya adalah orang yang berhenti belajar. Orang yang berhenti belajar adalah orang yang sombong.
SEBAB ITU DIKATAKAN :
MUSUH UTAMA KEPADA MANUSIA ADALAH SIFT TIDAK INGIN TAHU.

Ini cerita malam tadi : Saya di Pusat Bimbingan Pelajar - Program khas untuk pelajar2 ( kumpulan A yang duduk diasrama ).Tentunya bukan sedikit A yg mereka kumpul..Hebat pada tafsiran awal pelajar - pelajar ni.. Kami bercerita & berkongsi....timbul kegusaran saya.Hampir 2 jam akhirnya : Ada soalan.Diam. Itulah kesimpulannya yang boleh kita katakan - kita semakin banyak melahirkan orang - orang yg tahu sekadar tahu. Susah nak bertanya @ malu nak bertanya @ sombong. Aku lagi bagus dari kau......atau pun mungkin tak YAKIN dengan soalan yg nak ditanya ( takut orang akan buat penghakiman )......

Moral untuk jinggo dan kita : Itulah apa yg kita akan terus hadapi.Satu masyarakat yang semakin susah nak bertanya : dalam mesyuarat.dalam kuliah. dalam usrah.kelas kelas - semuanya akan bertanya pada orang sebelah aja..sekadar cakap - cakap..( kita LAGI SUKA BERCAKAP DIBELAKANG ) Dimana itulah situasi kita.Susah nak melihat pelajar kita bertanya.Saya kongsikan berdasarkan dari pengalaman kerjaya. Itu seakan satu keperluan untuk naik keatas. Tidak mahu bertanya seolah - olah kita tahu semua : dan tak perlu untuk tahu lagi..
Teringat pepatah lama : Malu bertanya sesat perjalanan.........

24 ulasan:

Marzalina berkata...

saya pun selalu mcm tu..bila time soal jawab selalu diam..bukan bermakna tak nak tanya, tapi malu nak bertanya..agaknya sudah menjadi kebiasaan orang melayu kot..malu bertanya..hehe..tapi kata-kata cikgu menyedarkan saya..betapa ramai yang membiarkan diri mereka hanya tahu sekadar tahu sahaja..termasuklah saya..

Unknown berkata...

Marzalina : semuanya dikaitkan dengan keyakinan.tak berani kan..takut orang dengar suara kita.takut orang dengar idea kita. takut orang tgk kita kan...sebab bila bertanya semuanya orang akan tengok...

lagi satu : nanti akan ada kawan2 cakap : alah...macam bagus2...

Memang ' macam bagus2 ' : nak bagus mestilah bertanya.kita baca dabn berteori banyak mana pun marzalina kalau tidak ada tindakan dihujungnya..

cgu bercakap untuk diri sendiri mar..bukan mudah.tapi tidaklah susah sangat kan...bertanya....

tapi betul ke dalam bab bertanya orang lelaki paling teruk !!!!!

~Insan Biasa~ berkata...

Salam, saya pun biasa juga hadapi situasi ini...ada dua sebab cg jinggo...
1. x berani tanya
2. tak tahu nak tanya apa

Satu lagi, mungkin itu juga yg dihadapi anak2 murid di sekolah. Apa yg boleh kita buat supaya mereka mahu aktif mengemukakan soalan?

Fed up juga asyik guru saje yg bertanya....itupun nak jawabnya .....yg takut2 ada....yg malu2 pun ada....

- Guru silap pendekatan ke?

Tanpa Nama berkata...

Mungkin malu kota nak tanya. Malu diperli ke...malu dicop sebagai budak nak tunjuk pandai ke...mcm2 la.

MMg la kita boleh cakap, time blajar, malu kena tolak ke tepi. Tapi...tak semua boleh menerima satu situasi, dipandang semua orang ketika berdiri dan bertanya, lebih-lebih lagi takut kalau2 soalan yg nak ditanya tu belum tentu menepati tajuk yg diperbualkan....

Unknown berkata...

cgu anis : nak kata cgu salah pendekatan : no komen - tapi besarnya pada sikap2 anak2 itu sendiri.sebab cgu perasaan tak masa kecil kecik2 - kadang2 mak ayah larang kita menyampok ( bertanya )..budak2 diam !!!! itu cerita lama yg membentuk sikap anak2 kita seterusnya ..betul tak.

Sistem pembentukan dirumah akan memberi kesan pada sikap demi sikap seterus : sampai di kelas apa yang cgu boleh buat kalau dah itu yg dihasilkan. Tapi saya percaya guru yg hebat mampu untuk membuatkan budak bertanya.....

Unknown berkata...

Puan Aryani ada ambil kata2 ni : ..lebih-lebih lagi takut kalau2 soalan yg nak ditanya tu belum tentu menepati tajuk yg diperbualkan....

tapi itu sekadar satu kemungkinan sahaja kan. yg besarnya sikap yg datang dari persekitaran yg membentuk.cukup dengan apa yg ada - tak perlu tahu lebih2.homework pun tak payah....akhirnya itu kita dan anak2 kita seterusnya generasi kita....

sebab kita pun malas bertanya !

nurdaniella berkata...

dulu masa saya bersekolah, terlalu banyak pulak bertanya sampai tak terlayan cikgu.. mungkin sebab masa tu dalam kelas cuma ada 15 pelajar jer, jadi tak ada perasaan malu..

Unknown berkata...

Nurdanie - saya ada pengalamAN lain.Masa di kolej dulu.Saya memang jarang nak bertanya : bukannya tak ada soalan - sebab tak pandai cakap org putih macam orang lain...he...he... ni masalllah pelajar Malaysia yg datang dari ceruk2....hari2 dengar bahasa jawa..akhirnya semua DIAM.....ambil masa juga.akhirnya dah jadi macam ni : marah orang tak bertanya !!!!

Kita belajar dengan kesilapan dan pengalaman diri sendiri lebih baik dari cerita orang lain kan...

ckLah @xiiinam berkata...

Saya akan pastikan soalan yang bertalu-talu menanti saya saat saya muncul di kelas, sebelum memulakan topik pengajaran yang baru...

Kenapa murid tidak mahu bertanya?

Cikgu-cikgu jangan terus jatuhkan salah pada murid. Tanya diri, apakah kekurangan kita, sehingga murid tidak pilih kita sebagai orang yang tepat untuk ditanyakan soalan- soalan yang berbuku dihatinya.

Biasa kita dengar cikgu, pensyarah atau peneramah di sesi akhir "ceramah" atau "P & P"nya bertanya;

"Ada apa-apa soalan?"

Jika audien senyap, jangan pula kita tulis Refleksi dalam buku rekod Pengajaran : 100% murid berjaya memahami isi pelajaran.

Mungkin, 1% pun mereka tidak faham apa yang kita cakap.

Unknown berkata...

cgu - Cikgu-cikgu jangan terus jatuhkan salah pada murid ( saya memetik ayat cgu ): itu sebab kut kenapa pelajar kita tidak mahu bertanya : sebab kadang2 cgu sendiri yg menjadikan dia orang malas bertanya. dahlah kat rumah tak boleh bertanya....

kesimpulannya cgu : saya yakin kepada acuan awal anak2 pelajar tu.bukannya salah pendekatan cgu , cuma banyak kelebihan kalau cgu ada skill lain untuk keluarkan budak2 tu dari acuan mereka....

saya sendiri sedang cari skill ni cgu....

erisya nor berkata...

tuan, rata2 masyarakat kita suka menghakim. sebab tu takut nak bersuara takut nanti apa orang kata. Pengaruh masa kecilpun ada kesan juga. Setiap perbuatan anak dikritik. Tiada kebebasan untuk mereka tunjukkan kreativiti. selalu marah anak jika banyak tanya (sebetulnya takut tak leh jawab soalan anak)...bukankah masa kecil semua anak2 adalah saintis ? gemar bertanya tu ini, explore benda baru...berani suarakan pendapat ..namun bila meningkat usia kemahiran tu semua hilang entah ke mana...

Unknown berkata...

Puan Erisya : 100 % saya bersetuju dengan pandangan puan.kita dah tamat keinginan budak2 tu semasa dia nak tahu....

Dan berterusan kita membawa sikap tak boleh bertanya nak 'org dewasa ' marah.Maka kita akan bercakap belakang : dan bertanya dengan kawan2.Inilah hasilnya.Kuanliti yg kita ada.....

Saya bercakap untuk diri sendiri...

Sulamankasihabadi berkata...

salam..tak yah la tgk budak2 sekolah yang malu utuk bertanya..kita pun sendiri mcm tu..bkn sombong @malu..takut kita dijadikan bahan ejekkan.tp ujie sendiri belajar dr pengalaman.mula2 malu nak tanya bila dah silap lagi la malu..peduli pe org nk ckp yg penting kita tahu tu betul n x salah...

Unknown berkata...

ujie : itu jawapan yg paling banyak orang nak jawab : malu...tapi malu kena lawan dengan malu.takut lawan dengan takut....tapi ramai diantara kita yg lagi suka malu + kalah dari malu + menang.......

Dearie Pearls berkata...

memang selalu mcm tue..
dengar asyiknya, tapi sesi soal jwb, diam menikus..
aku salah seorang..

Unknown berkata...

LotofLove : terima kasih kerana komen : resamnya ramai yg macam tu.asyik2 mendengar SAHAJA - tak tulis.tak tanya.....

Ingat untuk diri sendiri ( pun sama ) beranikan diri untuk bertanya.....

Tirana berkata...

Semuanya bermula pada pendidikan awal..pendidikan di bawah usia 6 tahun. Ibu-ibu (termasuklah saya) kadang2 bingit bila anak-anak (anak-anak di bawah 6 tahun biasanya suka dan banyak bertanya, itu nature mereka kerana mereka nak tahu) bertanya itu dan ini..ada masa letih nak menjawab..ada masa tak tahu menjawab..last sekali sergah anak suruh tutup mulut, duduk diam-diam. Sekali bertanya, sekali kena sergah, dua kali tanya, dua kali kena sergah, akhirnya anak-anak jadi takut nak bertanya sebab takut kena sergah. Sikap ini akan terbawa sampai mereka besar.

Unknown berkata...

Saya setuju Puan Tirana : sebab malam tadi membaca satu bahan : kecelakaan semasa mendidik anak2....itulah jawapannya.kita menutup mulut anak2 sejak dari awal dan terus membesarlah anak2 macamana sekarang.susah nak bertanya....

Mardihah berkata...

erm...kdg2 malu menguasai diri...tapi kena juga bertanya..nnt sesat jalan...

~Insan Biasa~ berkata...

Seronok pula membaca banyak pandangan di sini, saya ni kira paling suka pada kata tanya 'kenapa'.....dulu, sekarang pun masih suka kata tanya 'kenapa'....

Masih ingat, jika ada sesuatu yang tak boleh saya lakukan saya mesti bertanya pada ayah..."kenapa tak boleh?"....ayah akan jawab,"ayah kata, tak boleh...tak boleh lah. Banyak tanya pulak"....

Dan akhirnya, pengalaman dan pengetahuan yang memberikan saya jawapan.( amik masa bertahun tu...)

Sekarang pun, kata tanya 'kenapa' masih di bibir. Cuma saya dah tahu nak ajukannya dan gunakannya pada siapa....:-)pada mereka yang saya fikir saya akan dapat jawapan.

# Ada juga, apabila kita bertanya, dia jawab dengan soalan....
Kita mahu jawapan dan penjelasan...tapi diberi soalan, kesimpulannya baik tak payah tanya!

Unknown berkata...

Dihah : selalu dalam bab bertanya ni orang lelaki dikatakan : susah nak bertanya : agaknya kalau bertanya jatuh kut title jantan dia...sebab saya pun lelaki.........mari kita fikirkan bersama - sebab lelaki banyak yg sesat jalan....

Unknown berkata...

Hai Endok Anis : itulah cerita lama kita. kenapa mak ayah kita dulu susah nak suruh kita diam - tak suka jawab ( sebab dia pun tak tahu nak jawab ).hari ini pun ada makayah yang jawab - ni internet ada.dia akan jawab....kesimpulannya itulah 2 zaman yg ceritanya sama.susah nak bertanya...akhirnya tak payah bertanya.

saya risau : kalau pelatih tanya sebab cgu mesti tahu jawapan...untuk itu sebelum masuk kelas.kena buat homework....ada soalan endok....

Miss Jaz berkata...

salam..telah ada dibuat kajian,sememangnyer orang asia amat pemalu..dispecifickan pada orang melayu..itu telah menjadi trademark...nak wat camner..jue cuba nak pecahkan kepercayaan itu..itu sebab kalau dalam majlis apa2 jue cuba duduk paling depan,dan cuba dengar apa yg diperkatakan dan cuba bertanya soalan sebanyak mungkin..risiko yg dihadapi adalah:orang akan kata belagak..lebih2 lagi bila diajak dok kat depan!!ada yg kata,hang pi la sorang2 dok kat depan tu, aku taknak!!takut nanti kena tanya plak!!..bila kita bertanya plak,ada suara2 kat belakang yg marah2.wei cepatlah akau nak balik nie,tak payah ler tanya2...nak menunjukler tu...itulah mr.jinggo..risiko yg mesti ditempuhi jika hendak memecahkan tembok kebiasaan.jue dah slalu kena cam2!!..wallahua'lam

Unknown berkata...

Miss Jazz : itu risiko yg saya pernah hadapi dulu.tapi itulah hidup kita untuk kita.formulanya mudah : kalau ada keinginan untuk berjaya perubahan seharusnya melibatkan risiko macam tu.NAK TAK NAK.....saya memang dah lama tak duduk kerusi belakang.dan rajin buat HomeWork.Malu bertanya ni masih ada sikit2 terutamanya kalau majlis besar.......

Eco Kid Adventure on Facebook