Isnin, 5 Januari 2009

Dimana kawan2 dipagi ni

Anak2 kita masih di ruang untuk ke sekolah
Anak2 ORANG yang tentunya tidak akan ke sekolah
Dimana agaknya kita dipagi ni .
cgu onezaba.cgu azza.cgu tera.cgu yob brahim.cgu azlan.
cgu cik lah.cgu anis jawa.cgu miss jazz.cgu su.cgu jane.Cgu sharifah.cgu ct-m.cgu sonata.cgu daddy cool.cgu rasyid.cgu noliza.cgu azlanlin.
Pada masa ni.Pagi hari Satu Sekolah.
Dimana agaknya.
Puan Tirana.Puan Aryani.Puan Erisya.Tuan Mount.Mak Su.Nurdaline.
Dimana agaknya ' orang2 bujang '....
cik sri.cik uji.cik ain.En Addy.En Ajeem.Miss Ixora.Lin.Kak Yong.
Sister Dihah.Miss Intan.
DIKALA SEKOLAH HARI SATU PERSEKOLAHAN
Kepada cgu : Hari ini merupakan rutin biasa yang ditinggalkan sekejap : tapi pastinya cgu adalah cgu : satu identiti yang akan dibawa ke kubur...hari satu.penat dan pening dengan gelagat.
MakAyah.Gelagak Anak Murid.Gelagak Pengetua...gelagak siapa lagi.
Hari hari Tension.Dikantin ramai orang. Kedai Koperasi ramai orang.Pejabat ramai orang. YANG PASTI BILIK GURU....ramai yang bercerita...ada yg jari masih berinai..
Kepada MakAyah : Satu beban ( mungkin ) terlepas.Beban lain menanti. Anak2 yang dihantar atas 2 dasar.TANGUNGJAWAB.KEPERLUAN.Mana yg mahu didahulukan.Anak2 mungkin tidak tahu apa2.Yang tahu : Ini dunia baru ( untuk separuh hari aku ) ada meja.ada kerusi.ada cgu.ada kantin.ada perhimpunan sekolah.dan ada ROTAN....
Kepada orang bujang : Suatu masa kamu dan kamu akan kesana.
Hari satu anak2 seakan mahu tengok muka makayah kat sekolah....
Kepada Jinggo dan kawan2 :
Kita ada tanggungjawab yang sama tapi berbeza.Pastinya kita adalah media tercetuskan perubahan : dunia bagaimana yg kita mahukan.
Anak2 tak tahu APA2.Suara mereka tidak DIBERI ...
teringat semasa saya di Landsdale dulu.Satu tasik , tempat anak2 bermain dengan hidupan air : mahu dibangunkan !!! Kanak ini berkumpul ambil semua suara dan tandatangan - hantar pada Majlis Daerah.Projek itu dibatalkan sebab KANAK KANAK MENYATAKAN : INI DUNIA KAMI.

37 ulasan:

addyaholix berkata...

Saya disini. dicelah pagi mengadap tanggungjawab rutin dan biasa.

bila mula sekolah, saya teringat mama. mama bukan ibu saya. tapi mama ialah guru kelas saya semasa tingkatan 4 dan 5 dulu. buat mama(puan zuraidah), jasa mama terlalu besar buat saya. moga hari mama terus indah.

jasa guru terlalu besar. sebab baru saya sedar dibelakang setiap kejayaan pasti ada seorang guru. dibelakang seorang doktor, berdiri seorang guru. dibelakang seorang arkitek juga ada seorang guru. dibelakang setiap manusia, berdiri seorang guru.

Sulamankasihabadi berkata...

salam jinggo..he3...ujie mcm biasa ler kerja..kerja n kerja...nak hantar anak ke sekolah tunggu ler..he3 InsyaAllah...

Unknown berkata...

Itulah guru addy : itu guru yang nama tu akan dibawa sampai ke kubur. kita seronok dengan senang dengan adanya ramai guru2 yang cukup BETUL sikap pada posisinya....

Tapi jangan kita lupa addy : cgu bukan MALAIKAT.Ada kalanya dia tertewas dengan perubahan2 emosi dan persekitaran dan ada yang mungkin.....LANTAKLAH KORANG - YANG PENTING CUKUP BULAN AKU DAPAT GAJI........

dan saya : teringat ramai cgu2 yg membikin saya terutamanya CGU ABEH ( bahasa perak kepada cgu abbas )...sampai juga niat cgu nak ngantor saya keluar negeri.....dan TAHNIAH kepada cgu Zuraidah yang melahirkan ADDY...

Unknown berkata...

Ujie : dua orang bujang dah bagi komen.Madsudnya tidak hantar anak kesekolah.Sebab pada masa ni : Ramai makayah sibuk2 kan diri kat sekolah.Dua manusia ni.Addy dan Ujie - meneruskan rutin biasa.

Terima kasih uji.....

Sulamankasihabadi berkata...

he3...sbb kami lom punya anak..klu ada pon anak buah..x tahu ler member2 yang lain..myb g hantar anak ye g sekolah

Unknown berkata...

Yang pastinya : semua macam tu....tapi yg tak hanar anak kesekolah pun sibuk juga.sebab jalan jem dimana....

azlanlin berkata...

Aku...tetap ke sekolah. Tujuan yang lain dan tidak seperti 12 tahun ke belakang.

Sekadar memerhati anak-anak dari jauh untuk menyesuaikan dan memahami ruang sekolah yang baru..

Menyusun langkah kaki ke sekolah dan tidak sampai 200 langkah, dah tiba di pintu pagar sekolah.

>> Pastinya, seminggu lagi, Mr Jinggo juga akan tetap ke sekolah dengan tujuan yang pelbagai...sama-sama kita nantikan!

Unknown berkata...

Cgu azlan betul : saya dah masuk sekolah petang ni : tujuan berbeza...tapi di hujungnya sama.

Semuanya untuk penambahbaikan dalam hidup berdasarkan kapasiti masing2...

Terima Kasih Bro Azlan....selamat kembali ke kuliah.

Tanpa Nama berkata...

tera kat makmal cyber, baru je abis kelas... td bg taklimat sikit kat stdnt di hari pertama ni, motivasi sikit n mengingatkan mereka dh tmbah umur dh masuk T5 jgn dok berangan2 lg exam dh dekat.

pastu edarkan buku teks... selesai semua pesan mereka suh balut dan jaga serta baca buku free tu.

jap lg nk lunch pastu wat keje sket... persiapan utk esok pulak.

Unknown berkata...

cgu tera : macam tulah urutan yang bertahun.cgu + anak murid...

hari ini dan seterusnya semuga kita berkatiNya dan pastinya saya mengingatkan diri saya dan juga orang lain.....

kita adalah media untuk perubahan generasi hari esok....

terima kasih cgu !

azza_irah berkata...

salam ckgu..
utk sekian kalinya setelah lama menghilang diri dari mnjadi pengomen di blog ckgu..

sstu yg mmbuka minda sy di satu pagi di hari ini. hati agak terkilan, ralat di hati yg dirasai oleh semua guru yang sedang punya semangat berkobar2 di hari pertama..hanya disebabkan oleh mentaliti seorang individu yang mempunyai sikap 'aku adalah aku'.

guru tetap manusia biasa..cb menjadi contoh pada semua-murid, rakan, ibubapa...tidak salah bertolak ansur dan mengamalkan budaya bersopan-tidak kira siapa anda. mengamal budaya 'aku adalah ketua' hanya mengundang rasa hilang hormat pd kita..

satu muhasabah yg cukup bermakna pd diri sy juga warga sekolah sy di satu hari di pagi ini..

Unknown berkata...

cgu azza : terima kasih kerana akhir sempurna sudah cerita jinggo....

hari ini saya mengadap dua cerita yang sama.seorang guru mengajar sains di sebuah sekolah di Bukit Damansara ( tentunya tempat orang yg berbintang ): buat taklimat..ada seorang ibu ( pakar ekologi ) dan beberapa orang ibu ( maaf - itu seakan satu resam dibeberapa buat sekolah di sini )menjengok....
akhirnya : CGU SALAH FAKTA !!!!!


MakAyah VC cgu + MakAyah...

Yang pasti cgu juga adalah makayah.tetapi makayah bukan 'dilatih' untuk jadi cgu.

Untuk cgu azza : berhadapan dengan makayah yg kadang2 meributkan suasana ni...bersabar ajalah sebab itulah pakej seorang guru dan pastinya cgu ada peluang + ruang untuk berdakwah yg tidak sama dengan orang lain....

Nasihat pada jinggo untuk jinggo : Kita hormati kapasati masing2....

Marzalina berkata...

tersentuh hati tgk kanak-kanak palestin yg menderita..kita patut bersyukur berada di bumi malaysia yg aman dr peperangan..selembar doa buat mereka di sana.

Unknown berkata...

Intan : kita juga sepatutnya berdoa juga kepada semua orang yg mencaturkan bumi Malaysia ni.Lakukan yg terbaik atas kapasiti masing2.Kalau tidak sejarah yg sama yang akan terukir disini.dunia akan meratapi anak2 bumi Malaysia.

Dunia Palestin ada sejarahnya tersendiri.tentunya bukannya sekadar apa yg kita tahu : ketidakmahuan duduk berbincang sesama sendiri dihujungnya adalah : konflik.

Kesian anak2 Palestin.Sedangkan anak orang2 kita sibuk dengan kasut baru.baju baru.beg ( ben10 ) - mereka sibuk mencari dimana mak dan ayah.......doa untuk mereka...

azza_irah berkata...

yg makin menjadi ralat..bukan seorang mak ayah..tapi seorang individu yang panggilan 'cekgu' akan kekal selama hayat..

Unknown berkata...

cgu azza : ni macam kes 'politik' dalaman la ni....susahkan kalau macam tu.hari2 nak tgk.bersangka baik aja cgu.

saya teringat kata seorang sahabat.bingai ni ada 2 jenis.satu bingai memang bingai satu lagi dipanggil sebagai 'bingai sementara'.......waktu lain2 dia ok.cuma pada 'sementara' waktu susahnya nak berurusan...

jadi semasa dia 'bingai sementara' tu....kita pandainya lah.......

ok.sabar cgu k.

su berkata...

su masih meneruskan & menjalankan t/jawab su mengajar & menguruskan disiplin sekolah....

sokongan semua pihak amat diharapkan untuk membentuk masa depan anak2 bangsa kitakan...

Unknown berkata...

cgu su : seronok dengan konsistennya cgu dengan posisi cgu berdasarkan cerita dalam blog cgu...

semuga Allah permudahkan kita untuk melihat terbangun generasi hari esok.tentunya dihujungnya kita ada objektif yg sama cuma posisi nya berbeza....macam main bola di hujungnya ada GOAL !!!!!

terima kasih cgu....

sonata anak kancil berkata...

wow, ramai cikgu dengan pelbagai ulasan...Walau apapun bidang tugas kita, sifirnya mudah: jangan jadi 'pelakon'~~~bertugas dengan seikhlasnya, sebagai ibadah ~~(insyaAllah).Kalau kita tidak dapat merasa 'ganjaran'nya, mungkin anak kita merasa !

Sonata menjalankan tugas, separuh hari memantau sekolah , proses P & P + pegawai jabatan , dengan maklumat2 & data2, tepat 4.31 petang atas meja Pak Menteri!

Unknown berkata...

cgu sonata : seronok dgn cgu yg komited...sebab cgu pun tahu ( ada macam2 jenis cgu.cgu cari makan.cgu direct selling..he...cgu avon !! ) : cgu apa lagi. tapi itu biar tinggal sekadar cerita ajalah.

cgu2 hari ini bergerak atas paksi.sebab saya semakin yakin dan percaya.hari ini berlaku begini kepada anak orang esok org lain pulak akan melaku begitu pada anak kita......

untuk itu.selamat kembali ke sekolah.

sonata anak kancil berkata...

bermula 7 tahun, kenali sekolah...tak jemu2 gi sekolah...macam2 sekolah sonata masuk...pendek kata semua jenis le...macam2 ragam murid & cikgu...

Unknown berkata...

Saya pulak macam ni cgu : Kenal macam perangai guru besar + pengetua ( pengurusan sekolah )....ada yg buat program dengan niat.ada yg buat program dengan persen...ada yg buat program sekadar nak buat program....

ada yang macam Saddam Hussein.Ada yang macam.....Ada yang macam Pak Lah...yg seronoknya itu sistem pendidikan kita.

Semuga cgu dan cgu semua : diberkatiNya.

Cikgu Kool berkata...

Salam Jinggo...hehehe...letih first day ni...

Unknown berkata...

Daddy Cool : sebab ada Cool di hujung mestilah sejuk aja kan.....macam2 di hari 1...tapi itukan rutin setiap tahun kan....

apa2 pun tahniah untuk sehari lagi kita terlibat dalam bidang yg sama : membikin manusia......

SRISUFI berkata...

cikguuuu....

sri datang nih....aduhai penatnya....

kolej dah buka....sibuk sana sini...

syahdu nya muzik latar nih cikgu...cikgu sehat?cemana 1st day sekolah?teringat kemanisan time mengajar 1 tahun kat sekolah rendah tempat sri menimba ilmu dulu...

sangat best....

btw...selamat berjuang cikgu

Unknown berkata...

Sri Oh Sri : dimana pun kita semua bermula dengan darjah 1.dan pastinya bermula dengan seorang yg dipanggil cgu....

Dan hari ini walaupun bukan cgu disekolah : rata2 saya dipanggil cgu..sebab madsudnya sama : kita pendidik.media kita sama.

hari pertama di kolej....tahniah kerana kita terus berurusan.....

Unknown berkata...

Salam jinggo,

Saya di tempat kerja. Cukup sibuk kerana 10 hari cuti. Waw.. dahlah tidak sihat, kepala pula kena perah!

Unknown berkata...

Tuan : saya pukul 4 pm tadi VC baru UM dah luluskan cadangan program Riadah Alam Sekitar saya..didalam Kampus UM. Program Reakrerasi Alam Sekitar : saya sedang mengumpul kawan2.

Insyallah : saya sedang berkerja di arah itu.Saya nak jemput tuan pada hari perasmian.kalau berkesempatan.di UM.March.tapi saya akan buat persedian bermula.sekarang......

~Insan Biasa~ berkata...

salam. baru le ni nak berehat ni. satu hari yang....macam2. Pagi,anak dengan ayah. Petang, cikgu dengan murid. Sebulan relax...le ni satu hari x duduk + ke hulu hilir...terasa mengahnya...ditambah lagi hati yg "mcm ada apa2"....kata2 jinggo (bersangka baik saja)memang selalu temani saya sekarang.

azza_irah berkata...

eheh...
bingai ek..
kl bingai ada 2 jenis...jenis kedua lah tu...bingai sementara depan2 ramai salu tnjuk kurangnya kesopanan..'sy lah yg berkuasa'...

Unknown berkata...

Sdr. Jinggo,

Insya Allah, kalau bertepatan dengan masanya saya akan hadir. Semasa cuti baru ni pun saya ke KL tetapi kerana masa yang kesuntukan saya tidak dapat menziarahi saudara. Saya ke sana pun melawat ipar saya yang buat bypass jantung di Damansara Specialist Hospital. Itu pun satu malam saja saya bermalam di sunway kayangan.

Tanpa Nama berkata...

Mata saya berkaca-kaca melihat gambar yg dipaparkan.

Saya terfikir...kalaulah suara anak itu didengar seperti suara kanak-kanak di Lansdale tadi, alangkah leganya hati saya dan hati kita-kita...

Unknown berkata...

cgu anis : yang terbaik adalah membina KUASA TARIKAN yg positif.Sebab pakej seorang guru dah memang macam tu kan....

mesti ada KERENAH.....

Unknown berkata...

cgu azza : memang macam tu agaknya orang yg nak KUASA untuk BERKUASA....dan orang macam tu akan LEBIH BERKUASA bila orang NAMPAK KUASAnya....

minta2 tu bukan kita cgu kan......

Unknown berkata...

Puan Aryani : Suara anak2 di Landsdale tu didengar sebab ada orang nak dengar : suatu anak kita tidak ada ssesiapa nak dengar : sebab memang tak orang nak dengar...

Ko budak2 apa tu. Nak ambil seposen main jauh2......

Mak Su berkata...

simpati ngan nasib bebudak dlm gambar tu :(

saya semalam hantar anak kat pintu rumah jer, dorang dah besar, cuma pesan itu ini begitu begini :)

Unknown berkata...

Mak Su itu yang sebaiknya.jangan nak menyibuk2 kat sekolah.jangan nak menambah pening kepala cgu.....

Eco Kid Adventure on Facebook