Ahad, 4 Januari 2009

Mencari kelebihan orang lain

Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari "Tujuh Keajaiban Dunia."
Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan "Tujuh Keajaiban Dunia" ketika ini.
Walaupun ada beberapa ketidak- sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:
1) Piramida 2) Taj Mahal 3) Tembok Besar Cina 4) Menara Pisa 5) Kuil Angkor 6) Menara Eiffel 7) Kuil Parthenon
Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.
Gadis pendiam itu menjawab, "Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak."Si Pensyarah berkata, "Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya."Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca,

"Saya fikir, "Tujuh Keajaiban Dunia" adalah,

1) Dapat melihat, 2) Dapat mendengar, 3) Dapat menyentuh, 4) Dapat menyayangi, 5) Dapat merasakan, 6) Dapat tertawa,
7) Dapat mencintai

Pengajaran Cerita Ini

Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya "keajaiban". Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai "biasa".Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda. Itulah kita sebagaimana cerita seterusnya seorang lelaki yang kerjanya menjual belon.Dan melepaskan belon keudara pada setiap hari ( untuk menarik perhatian ) : Seorang budak kecil memerhati gelagat lelaki ini dan bertanya . SAYA LIHAT PAK CIK LEPASKAN BELON PADA SETIAP HARI : TAPI TIDAK PERNAH SAYA LIHAT PAK CIK LEPASKAN BELON YANG BERWARNA HITAM.
Kata Lelaki : Yang Menaikkan Belon Bukan Warnanya Tapi Isi dalam Belon....
Semuanya sudah ada dalam diri kita....

14 ulasan:

Sulamankasihabadi berkata...

thanks jinggo mengigatkan ujie tentang keajaiban yang ujie tahu tapi sendiri buat tak tahu...

jinggo nape x dilepaskan belon warna hitam tu???kurang phm..

Tirana berkata...

Gadis itu memandang keajaiban yang ada dengan mata hati sedangkan kita memandang keajaiban dengan mata kasar. Jika ditelek dengan mata hati,memang tidak terhitung keajaiban yang ada di mukabumi ini.

~Insan Biasa~ berkata...

Bukan ke biasa, yang dekat,yang depan mata....xnampak. Tapi yang seberang laut boleh pulak nampaknya.
Sama juga. Masa ada, begini. Dah xde, baru nampak begitu.

Unknown berkata...

Ujie : sebab belon hitam tak cantik...budak tu hairan adakah sebab tak cantk belon tu tak dilepaskan....bukan ! Yang menaikkan belon bukan disebabkan warna tapi isi dalam belon.....

macam kita : setiap orang ada potensi untuk naik keatas....

Unknown berkata...

Puan Tirana : terima kasih kerana komen yang menarik..saya sebenarnya banyak belajar dari komen dan perkongsian macam ni.......kita seharus mula menilai semula sikap demi sikap kita selama ini terhadap erti hidup kita....

Unknown berkata...

Macam tulah cgu...disebabkan depan matalah saya tak pernah pergi GENTING HIGHLAND. Sebab depan mata.dari rumah pun nampak....tempat SEJUK orang lain dah sampai tapi kat tempat sendiri....

Mari kita fikirkan sesama...

Tanpa Nama berkata...

Mungkin gadis tersebut melihat dari sudut fitrah alam tetapi yang sekumpulan lagi satu tadi pulak mmemandang dari sudut terbinanya kemajuan di alam ini yg maha hebat...

Wallahhuallam

Unknown berkata...

Puan Aryani : terima kasih kerana pandangan.Gitulah fitrah kita. yang jauh kita nampak....yang paling dekat dengan kita...

Sebab tu org lelaki : suka sangat teh tarik kedai mamak.padahal kat rumah teh yang sama....

Unknown berkata...

salam sdr.

Manusia sendiri adalah keajaiban. Bayangkan 7 sifat besar Allah (juga keajaiban) dipinjamkan kepada makhluk yang bernama manusia.

addyaholix berkata...

manusia itu sendiri antara keajaiban yang tuhan jadikan.

Ajeem berkata...

artikel ni betul-betul membuka minda dan menginsafkan..memang tujuh keajaiban dunia tersebut punya nilainya tetapi adakah ia kekal selamanya?sudah tentu tidak..sebaliknya apa yang kita ada sekarang seperti mana budak perempuan tersebut senaraikan akan kekal walaupun selepas dunia kiamat.salam.

Unknown berkata...

Tuan Mount : itu anugerah Allah pada kita yang dinafikan kepentingannya..kadang2 'kedangkalan semasa ' membuatkan kita menidurkan terus anugerah tu.....

tahun baru.2009 : kita bangunkan sesama.

Unknown berkata...

Addy : saya teringat satu pandangan besar dari sebuah buku....nak berjaya.BERMULA dengan kenal diri sendiri.Bergerak dengan potensi yang ada.....apa potensi addy......hanya addy yg tahu.

Unknown berkata...

Ajeem : terima kasih kerana komen yang membina.Itulah kita.Kadang 'ketidakmahuan ' untuk tahu diri sendiri ; disamping ' tungau diseberang nampak.gajah depan mata tak nampak '..

untuk saya.kita dan yang lain.untuk naik keatas semuanya mesti bermula dengan diri sendiri...

Eco Kid Adventure on Facebook