Selasa, 20 Januari 2009

Nilai Kasih Sayang

Apakah Erti Kasih Sayang kepada Mereka.
Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya.
Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar.. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu.
""Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya."Tidak", wanita itu berkata.
"Suami saya telah keluar.""Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab. Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama,"
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya,
dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi,
Dia adalah Kejayaan,
dan saya adalah Kasih Sayang.."
Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah.
"Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira. "Bagusnya!!" dia berkata.
"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk.
Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju.
"Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, anak perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang?
Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!""
Biarlah kita mengikut nasihat anak kita itu," kata suami itu kepada isterinya."Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah.Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.
Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atauKejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, ke mana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya..

Moral untuk kita - dan seorang sahabat yang bakal menjadi Raja Sehari - UJIE
Di mana ada Kasih Sayang, di situ juga ada Kekayaan dan Kejayaan - itu asas kepada segalanya. Selagi ada Kasih Sayang !

31 ulasan:

Sulamankasihabadi berkata...

jinggo..best n3 ni..mendalam maksud yer..kasih sayang adalah segala yer...tanpa kasih sayang akn sepi dunia ni.

sbb tu kaya mana pon seseorang tu jika x ada kasih sayang akn jd miskin..miskin dgn kasih sayang..segala yer bermula dgn kasih n sayang..

terima kasih :)

Hazlin Nazri berkata...

bombastik dan berfalsafah.....

Unknown berkata...

ujie : dalam kontek hubungan sosial itu diatas...yang lain akan datang beriringan.
persoalan kita : sejauh mana kemampuan kita untuk mengekalkan kasih sayang.itu subjektif !

semuga hari2 seterusnya kita dan kita dibekalkan dengan kasih sayang sesama insan.....

Unknown berkata...

cgu hazlin...

terima kasih.semuga kita terus berkasih sayang...

pada diri sendiri
pada keluarga
pada negara
tentunya pada pencipta....

kerana kita ada pun datang dari kasih sayang....

Sulamankasihabadi berkata...

masing2 ada perasaan kasih sayang..cuma berbeza peyampaian ye kan...:)

yer..kasih sayang sesama insan:)

Unknown berkata...

uji : kerana kasih sayang duduk kat atas : caturlah hari2 seterusnya berasaskan apa yang kita kongsikan disini.....

kakyong berkata...

Kadangkala hati dan perasaan terpaksa dikorbankan demi kasih dan sayang. Namun selagi hati ikhlas menyayangi, itu lebih bererti. Betapa besarnya erti kasih sayang.

Nurhidayah Jaafar berkata...

salam saudara...

wah, saya terpegun dihujung membaca entri ini...bagus3

izinkan saya mengambil kisah ini untuk diulas dalam entri terbaru saya ya..

semoga saudara berjaya dlm hidup memotivasikan manusia.

Mak Su berkata...

canteekkkkk
:)

~Insan Biasa~ berkata...

seikhlas mana kasih sayang kita beri.....
dan
seikhlas mana kasih sayang kita terima....

ermmmm....

Unknown berkata...

cgu kak yong : terima kasih kerana kita berurusan - kasih sayang.sebagaimana adanya begitulah yg kita tahu....
2 perkataan kasih + sayang : dihujungnya ada kesempurnaan...

dalam proses kearah itu saya setuju : pengorbanan.

Unknown berkata...

ustazah : lama kita tidak berurusan...macamana dengan kerja.
mengenai N3 ni saya pun teruja : diluar pengatahuan saya betapa besar erti KASIH SAYANG menyatasi segalanya....

Unknown berkata...

cgu insan biasa.....semacam aja !
tidak semudah itukan....kita bersangka baik ajalah pada semua keadaan.....kerana kita disini bukan untuk dihakimi dan dihukum

Unknown berkata...

mak su.......................apa yg cantk.
kasih sayang.
ingat dahulukan kasih sayang.

Tirana berkata...

Kasih sayang mesti diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan. Tanpa kejujuran dan keikhlasan, kasih sayang pun akan melayang..hehehe..

p/s lama tak menjenguk blog jinggo..baru petang ni saya bertenaga semula..sehari semalam demam kuat..

Unknown berkata...

Puan Tirana : tengok N3 saya semalam.saya rasanya nak kongsikan sesuatu mengenai program tu.

mengenai kasih sayang.rasanya itulah punca 'tsunami ' hidup saya kut....selama ni tak terfikir kesitu pulak

dan saya setuju dengan keikhlasan.

azlanlin berkata...

To Bro Jinggo:

Sayangnya, amat mudah kita menyebut daripada melaksanakannya... Kalimat ini juga adalah nasihat untuk diri saya sendiri...

Unknown berkata...

cgu azlan

semuga kita mendapat iktibar dari cerita 3 lelaki ni...
sebab lelaki ni kadang2 : benda2 remeh ni jarang nak masuk dalam kepala.

walaupun impaknya besar....

ONE ZABA berkata...

Kalau kita tengok dan teliti sekeliling pada masa kini...nilai kasih sayang itu semakin pudar. Baik kalangan umatNya apatah lagi kalangan musuhNya. Oleh itu terjadi lah tragedi Palestin dan yang senasibnya. Kita!!!!!!semoga dijauhkan olehNya

Unknown berkata...

Ni komen Cgu OneZaba ke...macam mak su juga.hari ini semuanya jadi agaknya ' akademik '....

gitulah cgu : kasih sayang.orang israel memang tidak pernah ada sifat tu apatah lagi yang lain.....

sedih dengan apa yg berlaku
yang paling sedih ada orang berseronok atas bukit !!! ambil gambar org palestin kena bom...

itulah nilai kasih sayang...

For the rest of my life berkata...

salam kenal...sayu gak bila baca entry nih..im crying while reading this..thanks for 'wake up' me!!!

nurdaniella berkata...

cikgu, tersentuh baca cerita ni.. betapa kasih sayang mampu membawa manusia mengecap erti hidup yang sebenarnya.. tiada makna kekayaan dan kejayaan jika tiada kasih sayang..

Unknown berkata...

thanks for 'wake up' me!!!...ini kata2 Hidayah...

terima kasih kerana N3 ni juga telah telah mengejutkan saya dan mungkin ramai org2 lain - terutamanya lelaki.....
duit bukan segalanya.....

Unknown berkata...

Nur - selamat pagi.

Bila diselak2 balik selingkar demi selingkar kisah hidup itu..itulah kenyataannya.
duit bukan segalanya.
kasih sayang.masa dan tentunya perhatian...

kadang2 kita terlepas pandang.
dan bagaimana hidup mahu diteruskan tanpa ada kasih sayang......

my name is Ain berkata...

kalau mcm tu, kita kena memberi dan menerima kasih sayang baru kejayaan dan kekayaan akan dtg. mcm tu ke? susah juga..

Unknown berkata...

Ain : kasih sayang adalah asas.Semuanya bermula disitu kan
Kadang2 kita ambil mudah : nampak remeh aja.
kita selalu fikirkan ada duit kasih sayang pun datang.....

rasanya cgu ada pengalaman yg terlalu besar mengenai topik ni...
tapi ' sudah terantuk baru nak mengadah ' tak guna kan...

untuk itu ingat ain....
mulakan dengan kasih sayang yg ikhlas !

my name is Ain berkata...

ok..kalau mcm tu...
hari ni saya nk beri kasih sayang yang ikhlas pada semua kawan2 saya..


kihkihkih..mcm klaka sbb sy xpndai jiwang2..boleh cuba lain kali..

SITI KHADIJAH berkata...

KASIH SAYANG..adalah penyeri hidup..
jiwa yang ketandusan kasih sayang akan mati jua akhirnya..hati yang tak mampu memberi kasih sayang akan hancur akhirnya..

HIDUP kita perlu dibajai dengan kasih sayang..selepas itu barulah kejayaan akan hadir..kejayaan hadir atas inspirasi orang yang menyayangi kita -yang memberi kasih sayang kepada kita..

kasih sayang adalah sesuatu yang pasti akan membangkitkan KEAMANAN dan KEBAHAGIAAN..sebab tu kita perlu memberi kasih sayang utk dapatkan kasih sayang..seterusnya HARGAI ORANG TERSAYANG...

Aisyahumairah berkata...

mendalam sangat maksudnya.....banyak balaghah n tashbihnya.....huhuhu...bagus2...

Unknown berkata...

Mmmm Khaty : pandainya...boleh bagi ceramah kat kem lepas ni...

tajuk : kasih sayang....

Unknown berkata...

Aisyah : itu cerita yg melingkari hidup kita : yang kita lihatnya secara remeh....

terima kasih.

Eco Kid Adventure on Facebook