Selasa, 24 Februari 2009

perubahan diri dan kemiskinan diri

bukan ini kami pinta.....
Di sebuah daerah, ada seorang tua terkenal sangat bijak dan mempunyai kemampuan mampu “membaca” apa yang sedang dialami oleh orang lain yang bertemu dengannya. Seorang anak muda teringin sekali menguji kemampuan
orang tua yang terkenal bijak dan “berkemampuan” ini.
Ia membawa seekor burung di tangannya dan menggenggam burung itu.
“Ahh..saya ingin menguji apa betul kemampuan orang tua yang terkenal ini. Saya ingin menanyakan apakah burung yang saya bawa ini hidup atau mati kepada orang tua ini. Kalau orang tua itu menjawab bahawa burung yang saya bawa ini hidup, maka saya akan segera meramas burung itu hingga mati dalam genggaman saya. Apabila ia menjawab burung itu mati, saya akan segera melepaskan genggaman sehingga burung itu boleh terbang,”
bisik pemuda ini sambil berjalan ke arah rumah orang tua bijak itu dengan menggenggam seekor burung dalam genggamannya.
“Wahai org tua. Saya sudah lama mendengar tentang kamu dan kepintaran kamu . Saya sekarang membawa seekor burung dalam genggaman saya. Nah, kalau kamu betul-betul hebat seperti yang diceritakan oleh banyak orang, cuba kamu teka apakah burung yang saya bawa ini mati atau hidup?
Si orang tua bijak melihat dan memandangi sebentar anak muda ini yang menyembunyikan genggaman tangan di balik punggungnya.
“Wahai anak muda, burung yang kamu bawa itu, mati atau hidup tergantung dalam genggamanmu. Sama seperti kejayaan dirimu, semua dalam genggamanmu,”jawab singkat org tua ini sambil berlalu.
si pemuda ini pun menyedari.
Berjaya atau tidak tergantung pada diri kita sendiri. Ada dalam genggaman kita sendiri.
Untuk mewujudkan kejayaan, milikilah “genggamannya” :
moral untuk difkirkan.
hidup kita adalah apa yg kita fikirkan.pastinya untuk naik ketangga seribu mesti bermula dengan langkah satu. untuk memulakan langkah satu mesti bermula dengan keinginan.untuk memulakan keinginan mesti ada ' penggeraknya '.
Penggeraknya adalah apa yg kita fikirkan.
sekali lagi besok saya akan bersama sekumpulan belajar yang mungkin ( berdasarkan tafsiran ) datang dari persekitaran yang tidak banyak membantu. Adakah faktor ekonomi memberi impak yang besar kepada tahab motivasi anak2.
hari ini kita semakin tidak mampu menafikan - ekonomi ada kaitan besar dengan pendidikan - pendidikan ada kaitan besar terhadap keterbukaan hidup ( walaupun bukan semua )

14 ulasan:

Tirana berkata...

Untuk memulakan langkah pertama, kita perlu ada keinginan..Untuk memulakan keinginan, kita perlu ada daya penggerak..dan daya penggerak kita adalah "apa yang kita fikirkan"..Untuk membetulkan "apa yang kita fikirkan" perlu ada guru dan bagi anak-anak guru mereka tentunya ibubapa dan cikgu-cikgu dan juga persekitaran yang positif.

- jinggo - berkata...

puan tirana

terima kasih kerana kesedaran dan sokongan - minggu ni ada 3 program untuk ' anak2 ' yang berada dalam kelompok yang saya fikirkan tidak mudah untuk digerakkan...

seandainya cgu berjaya disekolah
seandainya jinggo berjaya dikem
belum tentunya mereka akan berjaya dirumah............

semuga semua anak2 ini dipermudahkan - sebab kejayaan ini ada milik kita.

Mak Su berkata...

org tua bijak tu tak meramal nasib burung tu, tapi sebaliknya dia cakap tentang apa yang difikirkan oleh si mamat itu. sebenarnya ramai juga orang yang ada kemampuan seperti orang tua itu, tiada ramalan, tapi menceritakan keadaan sekarang yang sebenar. malangnya orang tak panggil manusia sebegitu sebagai bijak, orang sebegitu dipanggil sebagai aneh, menakutkan, better dijauhi, weird, scary, saiko. etc etc etc.

well :(

apa aku merepek ni?

Miss Jaz berkata...

semoga menjadi nadi pengerak utama dalam apa jua program yg dilakukan..semoga berjaya mengubah persepsi dan tanggapan sempit murid2 yg mungkin kurang pengalaman..k,do da best..

Tirana berkata...

Jinggo...

Seandainya cikgu berjaya di sekolah, jinggo berjaya di kem, belum tentu mereka akan berjaya di rumah...


Sebab itulah pentingnya pendidikan keibubapaan..supaya ibubapa di rumah juga turut digerakkan dan turut dibetulkan "apa yang mereka fikirkan"..

mountdweller berkata...

Sesiapa yang memandang kehadapan dengan mata hati, dengan semangat dan kemahuan serta nekad berusaha, mereka akan berjaya.

Brahimnyior berkata...

Anak orang miskin selalu ketinggalan, kurang motivasi dan paling ramai terkandas dalam pelajaran.

- jinggo - berkata...

mak su

sekali lagi saya berjaya mengajak mak su menulis komen yang panjang.......

begitulah adanya kehidupan.
hidup kita ditangan kita.

- jinggo - berkata...

cgu miss jazz

terima kasih kerana sokongan yang ' kadang ' goyong juga.

saya jadi ini ruang dan media terbaik untuk saya buat persembahan pada Allah dihari penghakiman nanti.....saya dah lakukan sesuatu dengan nikmat yg diberi

- jinggo - berkata...

puan tirana.

saya akan cadangkan kepada pihak sekolah - dengan sedikit bayaran - nak tak kita kongsikan ilmu bukan lagi kepada guru2 dan murid.
kenapa parent.
itu asas segalanya.

- jinggo - berkata...

tuan mount

sekali komen yg penuh dengan falsafah untuk dinilai.

terima kasih tuan kerana sokongan

- jinggo - berkata...

yop brahim

itu tafsiran 'bertahun ' kita.budak miskin tak pandai...

makbapak teman buat bendang aja yop....padi tak menjadi makan ubi.
makan tidur berperang dengan nyamuk......

ada kemiskinan betul2 faktornya....

kuIna Jentayutiara berkata...

biar miskin harta tidak miskin ilmu

- jinggo - berkata...

kulna

tepat - biar miskin harta jangan miskin ilmu

Eco Kid Adventure on Facebook