Selasa, 3 Februari 2009

bahasa peribadi

ramai orang : tentu ragamnya berbeza

Bagaimana nak kenal orang berdasarkan kod peribadi. penting sangat ke.
penting untuk memudahkan perhubungan sosial .
orang yang berjalan laju
kemahuannya kita akan seolah2 ada sesuatu yang di kejarnya.tidak sabar mencapai matlamat.gemar persaingan.keras kemahuan.tahu apa yg dia tahu dan sukar untuk di halang kemahuannya.kalau kita cuba halang di tolak tepi.
orang berjalan perlahan
masa tidak penting ( dan mahu orang ikut rentaknya ).padanya masa tidak penting.cuba menguasai orang lain.mementing diri sendiri
Berjalan bahu jatuh ( mata memandang jalan )
orang yang kecewa dengan dirinya dan kehidupan.bersikap negetif pada kehidupan.pasif.amat pasif dan menjadi beban kepada orang lain.
orang yang berjalan tegak memandang hadapan
jelas tengtang matlamat.apa yang menganggu akan di tolak tepi.orang spt ini akan meminta banyak pengorbanan....
MENGENAI PAKAIAN PULA
Orang yang ‘ suka pakaian berjenama (walaupun bundle )
akan melayan keperluan orang lain dengan baik.Perancangan yang teliti @ hati2.
Orang yang simple , seluar jeans , tshirt
Suka pada keseronokkan Moody ( ikut mood ) - Suka memberontak - Tidak suka di kongkong Orang suka suka dengan pakaian seragam
Pandai berkerjasama dengan orang lain .Penganut fahaman tradisional
( hati2 kawan bercinta dengan org begini )
Orang yang berani berpakaian lain daripada yang lain.
Banyak tenaga dalam emosi - Berjiwa seniSangat mengutamakan kebebasan -
Jiwa sensitive @ terbuka @ berterus terang.
Barang bersepah dalam kereta ( macam aku he..) bilik , pejabat
Tidak suka peraturan - Tidak suka tanggungjawab -Tidak suka benda remeh temeh
Orang yang sangat pengemas @ pembersih
suka pada peraturan Sifat degil .Tak padai menyesuaikan diri
mahu orang lain ikut peraturannya
Orang yang banyak kasut.
Suka memuaskan diri sendiri
Bawa kereta perlahan
Tidak pandai menyesuaikan keadaan .
Takut mencuba benda baru.
suka menurut perintah ( pasif )
Kurang inisiatif - Takut pada kegagalan
Tdk berani ambil risiko – tidak suka buat keputusan.
Bawa kereta laju.
Agresif - Tidak suka peraturan - Tidak suka bertolak ansur

Dari buku Bahasa Sosial :
dari cerita itu . siapa kita.

22 ulasan:

Tirana berkata...

Sekejap nak telek diri..macam mana saya agaknya..hhehehe

1. Berjalan tegak
2. Berpakaian simple tapi tetap menutup aurat..(tapi saya tak pakai jeans..hehehe)
3. Pengemas dan pembersih (bukan sangat...hehehe)
4. Memang bawak kereta perlahan ,jarang melebihi hadlaju yang dibenarkan sebab takut kena saman..hehehe

- jinggo - berkata...

terima kasih Puan : begitu rupanya Puan Tirana - patutlah saya ada nampak ada kereta bergerak macam ' kura - kura ' kat hartamas '...he...

saya pulak.

kasut banyak...
bawa kereta perlahan
dalam kereta macam tempat kucing beranak.
pakaian - simple.kasual aja....dan kasut ikut seluar....
berjalan laju...

dan puan : saya dah buat study bersama kawan2 berdasarkan buku rujukan - 70 % ada ketepatan....
akhirnya jadilah diri sendiri.

nurdaniella berkata...

cikgu, perasan tak, bila kita sedang dihimpit masalah, cara kita berjalan pun akan berubah.. bila hati sedang rawan, saya akan tunduk bila berjalan.. seolah2 malu untuk menentang masa depan.. tapi, bila segalanya sudah selesai, saya akan berjalan tegak seolah2 tiada lagi perasaan gentar..

xiiinam berkata...

ckLah masuk kategori....
"Barang bersepah dalam kereta"

Macam Lori Majlis Bandaran...sesekali orang nak tumpang...wadduh...kelam kabut...

azlin hashim berkata...

Sy, pakaian simple, suka pakai jeans, tp tgk keadaan, g kerja pakai baju kurung, mcm ne pulak tuh.. Sy suka drive laju2.. tp dlm kete sy kemas jek.. cam ne tuh? hehe...

- jinggo - berkata...

Puan Nur

memang orang yg berjalan tunduk kebawah : kadang2 macam menyepak sesuatu...
sepak batu
sepak tin...
sepak pasir - kalau kat pantai
macam kata pun : takut untuk menentang masa depan....

- jinggo - berkata...

ck Lah

kita sama : kereta macam lori Majlis Perbandaran....kalau nak cari benda hilang ( terutamanya cermin mata ) - kena buat gotong royong...

he.....

- jinggo - berkata...

lin

kita ambil bab kereta laju aja.
kenapa mesti laju..
nak cepat sampai..
tak mahu terhegeh2
macam yg dikatakan : lin ni agresif ke..
rasanya tak kut....

ONE ZABA berkata...

tak boleh nak pakai slekeh ... anak-anak tak mau jalan sama kalau saya pakai slekeh je.

- jinggo - berkata...

cgu one...

he...terima kasih kerana komen.nanti saya akan kongsikan banyak perkara2 lain - terutamanya untuk kenal orang rumah he....

noriza berkata...

I pula bawa kereta laju tapi suka dengar radio.Tidur pun radio berbunyi especialy radio ikim. Kekadang-kadang suka bercakap sendirian. Tapi belum nyayok lagi. Pakai baju yang terang-terang dan jalan pula amat laju.Tak suka cerita pasal keburukan orang tapi amat sensetive pada orang susah dan amat suka pada baby. Cayang cangat...Sekarang suka sendirian dan suka beremosi.Mungkin teramat ramah,suka disayangi tapi tak tahu nak tunjuk sayang. Suka buat kerja sendirian dan tak perlu dibantu. Boleh buat kerja hingga lupakan makan dan tidur..Amat menghargai persahabatan dan tak suka ada musuh. ...Apa komen saudara.

- jinggo - berkata...

cgu ija

nak komen - he...biar hasil pembacaan saya aja yg komen.
semua yg cgu tulis menyatakan : yang cgu ija sesuai bebenor kerja tanpa ikatan kan ( betul tak )

dalam bab bawa kereta laju.agresif...
nak cepat sampai....
ada 2 pandangan yg berbeza - disebabkan nak cepat sampai kadang kita terlupa @ terleka banyak....terutamanya pada orang dikiri kanan kita...

mari kita fikirkan sama2...

Marzalina berkata...

cikgu...saya jalan cepat dan laju..drive pun laju...pakaian simple...keta bersih...hahaha..siapakah saya???

Mak Su berkata...

agak-agak, saya macamana?

- jinggo - berkata...

Intan

siapa saya
saya adalah saya : jadilah diri sendiri - tapi kena ingat orang yg hebat mempastikan hari ini lebih baik dari semalam...

- jinggo - berkata...

Mak Su macamana...

ini ikhlas - kontra dari apa yg zahirnya..
tak suka layan benda2 remeh temah
bawa kete lajukan
simple - bedal aja.
kasut - bedal juga...

saya gurau2 aja ok.

mountdweller berkata...

Salam sdr. jinggo.

Nampaknya berjalan tegak mata ke hadapan tu terkena kat saya, berpakaian simple, barang bersepah di dalam kereta dan suka bawa laju.

Tuan tolong tafsirkan. Elok saya terima tak elok pun saya terima. ha..ha...

- jinggo - berkata...

tuan - Nampaknya berjalan tegak mata ke hadapan tu terkena kat saya, berpakaian simple, barang bersepah di dalam kereta dan suka bawa laju.

macam yg saya tulis : saya masih membaca beberapa buat buku dalam tajuk berkaitan.kita sama !cuma saya bawa kereta perlahan aja..

memang begitu karektor orang bawa kereta perlahan...
sebaliknya pada kereta laju..

ini hanya ilmu dunia yg kita boleh jadikan sempadan...

mademoiselle ain berkata...

saya seorg yg berjalan laju, memandang ke depan dan pengemas. tak suka brg branded tapi cukup sekadar selesa..

tapi, kadang2 saya akan berjalan perlahan, memandang kebawah dan menjadi pengotor.

mcm mana?

- jinggo - berkata...

ain

berjalan lagu dikaitkan dengan seseorang yg bergerak dgn matlamat - tapi awas ain......

sesekali kena tengok kiri dan kanan....

erisya nor berkata...

alamak tuan J...saya suka jalan laju!

tersenyum baca ulasan kasut banyak tuh...sebab teman baik ada banyak kasut untuk dipadankan dengan handbag dan baju!

- jinggo - berkata...

Puan Erisya

pasal kasut banyak ni - dikaitkan dengan orang VISUAL.maaf ok - sebab saya dalam kelompok orang yg banyak kasut.
cerewet pada penugasan
komited pada setiap arahan
dan kelam - kabut....

itu sekadar kajian.saya terus membaca ni...

Eco Kid Adventure on Facebook