Jumaat, 6 Februari 2009

dengan wang....


Dengan wang anda hanya boleh membeli tilam yang tebal,
Belum tentu kenyenyakan tidur
Dengan wang anda hanya boleh membeli buku,
Belum tentu kebijaksanaan
Dengan wang anda hanya boleh membeli makanan,
Belum tentu kepuasan selera
Dengan wang anda hanya boleh membeli ubat,
Belum tentu kesihatan
Dengan wang anda hanya boleh membeli rumah,
Belum tentu kekeluargaan
Dengan wang anda hanya boleh membeli tubuh badan,
Belum tentu cinta
Dengan wang anda hanya boleh membeli perhiasaan,
Belum tentu kecantikan
Dengan wang anda hanya boleh membeli pangkat,
Belum tentu kehormatan
Dengan wang anda hanya boleh membeli hiburan,
Belum tentu kegembiraan
Dengan wang anda hanya boleh membeli harta,
Belum tentu kebahagiaan
Dengan wang anda hanya boleh membeli populariti,
Belum tentu kaliber
Dengan wang anda hanya boleh membeli kekuasaan,
Belum tentu kebenaran
Dengan wang anda hanya boleh membeli agama,
Belum tentu keimanan

MORAL
SEMUA HURU - HARA KERANA WANG

16 ulasan:

Tirana berkata...

Wang memang sesuatu yang diperlukan tapi tidak semua perkara boleh dibeli dengan wang....Wang ni kadang-kadang berhantu..makin banyak dapat terasa makin tak cukup..hehehe

ONE ZABA berkata...

Ini adalah kerana apabila lahir sahaja seseorang bayi itu ke dunia, hadiah pertama yg diterimanya adalah wang. Nama pun tak diberi lagi tu. Dan juga apabila matinya seseorang itu, wang juga lah dihadiahkan kepada keluarganya.

perasan tak fenomena ini!!!!!

-SRISUFI- berkata...

salam kembali cikgu...
lama tak singgah sini..pelbagai topik ketinggalan.

semput memikirkan isu sendat ni cikgu.sedang marah dgn kenyataan di negeri beradik si emas.'mereka' hadir dgn isu dewasa yang berlumpur...sungguh...hanya kerana wang bisa buat apa saja...tapi tak mengapa...mereka mungkin lupa syurga neraka tak leh dpt ngan wang..melainkan ikhlas.

mountdweller berkata...

Wang membuat manusia jadi gila

~Insan Biasa~ berkata...

Wang memang penting, tapi bukan yang paling penting. Wang keperluan tapi bukan segala-galanya.Bertambah penat kalau melayan kerenah dr wang.

Brahimnyior berkata...

Teringat lagu M Nasir dalam Kembara:

Duit, duit
Di mana kau duit?
Duit, duit
Hutangku membukit...

Semakin terhimpit rakyat dalam krisis ekonomi sekarang, semakin banyak pula wang ditawarkan untuk membeli jiwa pemimpin korup..

Teman masih sedih lagi dengan situasi di Perak ni..

- jinggo - berkata...

puan tirana

sistem dunia hari seakan menjurus kearah itu ; mahu tidak mahu kesitulah seluruh kemahuan manusia.

walaupun zahirnya bukan segalanya pada kita : tapi bagaimana dengan sistem yg mengiakan....

- jinggo - berkata...

cgu one

pasal duit dan kita bermula dari mula nak kahwin
kawan saya bertunang - 30 ribu.belum kahwin.dapat anak.....

duit.duit.duit......

dah jadi budaya yang menakutkan.

- jinggo - berkata...

cik sufi

kerana dosa dan pahala itu tidak dizahirkan - semuanya jadi buta kerana duit.
seluruh sistem punah !
dimana kemampuan kita untuk katakan tidak......

kalau duit itu adalah - duit cukai yg saya bayar - tidak diizinkan dipergunakan untuk kerja yg begini...

- jinggo - berkata...

tuan mount

saya macam dah malas nak fikir : seluruh sistem semuanya berasaskan wang
teringat cerita SIVAJI THE BOSS.....

- jinggo - berkata...

cgu anis

apa kemampuan kita.
cari duit halal dan ikhlas dan belanjakan dijalan yg sepatutnya.......

malas nak fikir.

- jinggo - berkata...

yop brahim

menangis airmata darah pun tak guna : Mantan MB kita adalh sekadar cacatan sejarah sahaja
yang perak pernah ada MB yg masih nak berpegang pada prinsip....

teman tutup TV3 sekarang.....
kecuali tgk gusti aja kut..

bluehope berkata...

Wang tu tak berhantu Tirana, tapi pemilik wang tu yg berhantu. Makin byk wang, makin mjadi2 keinginannya...keinginan pada perkara2 yg bakal menyusahkan. Contoh2nya: nak beli kereta baru, rumah baru, isteri baru (kalo pemilik wang tu lelaki) dan mcm2 lagi. Wang juga bleh buat manusia jadi gila. Gila kuasa, gila pangkat, gila kedudukan, gila nama.

- jinggo - berkata...

bluehope

kerana fitrah kita cenderung kepada duit - semua bergerak kearah itu.dari awalnya kan...
kat sekolah - berebut - nak dapat A : sebab denga A dapat kelayakan untuk dapat duit banyak.....
dan seterusnya semuanya bermula dari sistem awal..

ini sekadar pandangan.

nurdaniella berkata...

salam cikgu, betapa besarnya kuasa wang tapi masih tak mampu membeli kebahagiaan dan ketenangan.. teringat cerita cikgu tentang kasih sayang, kekayaan dan kebahagiaan..

- jinggo - berkata...

nur

kasihsayang kepada rakyat itu juga boleh kita jadikan hitungankan....
semuanya soal hati dan kasih sayang....

Eco Kid Adventure on Facebook