Jumaat, 27 Februari 2009

NILAILAH SENDIRI.



Malam tadi berkumpul dengan kawan untuk agenda seterusnya.
Tengok GUSTI - WWE.
sakit hati dengan skrip yang dirancang.
benci dan meluat.
tapi seronok tengok
APA BEZA AHLI GUSTI vs AHLI PARLIMEN.
keduanya ada satu pertandingan
YANG NAK MENANG
keduanya melibatkan stategi untuk menjatuhkan lawan
WALAUPUN KADANG2 SAMPAI KE DALAM KELAMBU
keduanya melibat satu kumpulan baik ( kerajaan ) dan pembangkang ( jahat )
INI BERBEZA : BAIKNYA GUSTI MEMANG ZAHIRNYA BAIK - JAHATNYA GUSTI MEMANG SELALU TAK IKUT UNDANG2.
kedua2nya tidak boleh dipercayai
HARI INI KAWAN ESOK MUSUH
macam Matt Hardy hemtam adik sendiri Jeff Hardy.
APA YANG BERLAKU HARI INI.
inilah pemimpin yang kita zahirkan :
kalau mahu dikatakan mereka tidak bijak : tentunya tidak.
kalau mahu dikatakan mereka tidak tahu kesan yang ditonton : tentunya tidak.
APA YANG MEREKA TAHU.
aku mesti menang.
GUNAKAN APA SAHAJA APA 'SENJATA' YANG ADA.
kalau GUSTI ada kerusi - meja - tali - menukul...
ahli Parlimen kita ada MULUT.....
yang kita semua tahu kesannya..
moralnya
HARI INI SAYA NAK FOKUS UNTUK 'BERGUSTI ' DENGAN
GENERASI HARI ESOK.
maaf seandai ada yg terguris.ini sekadar pandangan yang tidak berpihak

24 ulasan:

Tirana berkata...

Jinggo..

Dalam satu pertandingan siapa yang tak nak menang? Sebab itulah dinamakan pertandingan.. Cuma yang silapnya politik di Malaysia ni dah jadi macam satu pertandingan pulak. Bila jadi sesuatu yang untuk dipertandingkan, mulalah orang berlumba2 untuk menang..macam mana nak menang itu tak kisah..asalkan menang walaupun terpaksa pijak kepala kawan sendiri. Boleh tak agaknya kita jadikan politik itu bukan satu pertandingan? Sebaliknya menjadikan ia sebagai satu wadah untuk seseorang pemimpin yang dilantik itu menjalankan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan dan kesedaran.

arryani berkata...

Sayang......org yang sepatutnya menjadi Law maker, KINI berubah menjadi Law breaker........

Akhirnya, menang sorak KG tergadai.

Masa tu, nak menangis lagu Warisan sampai mengalir air mata darah pun, dah tak guna......

mademoiselle ain berkata...

kalau perhati betul-betul susah nak cakap siapa betul siapa salah. sebabnya, masing-masing mengaku diri adalah betul sebetul-betulnya. Sebab tu saya tak berapa suka cakap pasal politik ni. sebab politik kat malaysia kotor.

cerita pasal bergusti. sepatutnya ahli parlimen perlu menunjukkan ketokohan masing-masing bukan menunjukkan kesamsengan masing-masing.

entahla, apa nak jadi dengan dunia politik sekarang. bak kata lecturer saya dulu, " kalau politik ni, diorang tanya 1+1=?. penyarah saya cakap 2 lah, tapi ada seorang ahli politik tu cakap, salah.. sebab dalam politik boleh jadi 2, 3, 11 atau sebagainya,"

menunjukkan betapa kotornya politik kat malaysia ni. Tapi saya tetap bersyukur sebab malaysia tak da perang-perang macam kat luar negara sana.

LotsOfLove-Pearls berkata...

Mornin..
Takut nak komen banyak2 tapi mereka semakin jauh dari landasan kot..
memperjuangkan hak yang lebih kepada kepentingan diri..
opssssst..

**Terus berjuang utk anak2 bangsa..

Lina berkata...

smlm tgk jgk buletin utama, teruk betul politik skrg, betul kata jinggo, sekrg mmg mereka mahu menang,tak kira dgn apa cara sekalipun, bergaduh mcm org tak profesional, tak tahu malu....terfikir jgk, dlm parlimen asyik bergaduh je...bila nak bincang isu rakyat!!!

- jinggo - berkata...

puan tirana

saya suka ayat yg hujung tu - wadah @ dahwah - tapi kenapa politik melibatkan pertandingan...

sebab nya kuasa
kuasa melibatkan duit..
kuasa menjadi kita berkuasa...

itu hukum tabii...

rasanya sekaranglah - politik ala WWE dipertontonkan - malu nak kongsikan pada generasi yg tengok aja.....

- jinggo - berkata...

puan aryani

saya naik sebak dengar lagu WARISAN...apa warisannya lagi.
semuanya seakan2 mahu dihakiskan...

kita tidak lagi diajar untuk hidup berbudaya.
kita tidak lagi diajar untuk hormat menghormati....

yang kita diajar : bagaimana untuk menang.

- jinggo - berkata...

kalau politik ni, diorang tanya 1+1=?. penyarah saya cakap 2 lah, tapi ada seorang ahli politik tu cakap, salah.. sebab dalam politik boleh jadi 2, 3, 11 atau sebagainya,"

menarik sangat AIN

baik toksah campur politik negara ni - kita nikmati sahaja keamanan yg masih ada.

tapi jangan lupa : orang luar akan menanti bila kita lemah.....

- jinggo - berkata...

lotOfLove

begitu sebaiknya.jangan berpihak - kita nikmati sahaja apa yg orang2 yg pilih itu caturkan...

siapa kita....

kita berjuang atas kapasiti yg termampu....

- jinggo - berkata...

lina

saya malu menjadi cgu kenegaraan di PLKN - budak2 call...
akhirnya diam adalah jalan yg paling baik...

semuga tuan2 dan puan tahu - kami memilih tuan dan puan bukan untuk melihat apa yg tuan dan puan zahirkan........

sakurasa 2 berkata...

Cikgu Jinggo
tengok buletin utama
malu la dok tengok org2 profesional dlm parlimen asyik bergaduh je...
kata mengata dan
tuduh menuduh tanpa bukti
cam semua dah tak waras he he he

Mak Su berkata...

aiyo, mmg bukan line saya ler. saya tak minat tgk perang2 mulut mcm kat wwe or macam kat 'tuttt'. eehhhm, mmg bukan line saya lah

Brahimnyior berkata...

Huh, nasib baik tak main tarik-tarik rambut. Baru takat acah-acah, dan tunjuk-tunjuk. Kalu diselaknya kain, haghu dibuatnyer..

Tumpo dah integriti ahli politik kite, Yop Jinggo oi!

arryani berkata...

Saya puas menangis dengar lagu tu masa dalam GPMS dulu. Cerita lama.... Kenang sikit....hhuhu

ASYIQ berkata...

"kedua2nya tidak boleh dipercayai
HARI INI KAWAN ESOK MUSUH"

bab ni memang saya setuju sangat...semuanya berlakon.

Bila ada kepentingan dia orang `kawan`, bila tak ada kepentingan dia orang `musuh`. Kita yang tengok pun jadi meluat.

Bukti isu di Perak, negeriku. Dulu puak mana ntah nak kurangkan kuasa sultan...dan sekarang puak mana ntah nak mendaulatkan kembali kuasa sultan...puak itulah.

Pemimpin warisan dari datuk sampai ke cucu...macam itulah. Kuasa milik pusaka keluarga mereka.

kyuzo uehara berkata...

jangan bagi cikgu manoharah baca ni nanti dia mengamuk hahaha..

pB berkata...

semakin hari , semakin jarang melihat berita di TV.

- jinggo - berkata...

sakura

itu yang anak2 kita belajar hari2....ilmu baru.
senang dan mudah dipraktikkan...

- jinggo - berkata...

mak su

apa line mak su...
line clear kut..

- jinggo - berkata...

yop brahim

teman sembang panjang semalam dengan seorang negarawan...
katanya inilah tempoh masa dalam sejarah kita ; politik paling teruk.

- jinggo - berkata...

Aryani...

hanya orang yg tahu dan ikhlas pada perjuangan sahaja yg boleh mengeluarkan airmata...
sedih dengan apa yg berlaku.

- jinggo - berkata...

Bukti isu di Perak, negeriku. Dulu puak mana ntah nak kurangkan kuasa sultan...dan sekarang puak mana ntah nak mendaulatkan kembali kuasa sultan...puak itulah.
....
dalam bab ni suke benor teman dengornye.
apa nak kata - deme ada segalanya.
selain suara.tv.suratkhabor....

gasak aja...
sedih benor dengan negeri kita ni..

- jinggo - berkata...

ha - cgu azzah AR..

ha...ha..
cgu manohara hancet - eloklah dia jangan baca : lagi dia pun bukan faham....
tak minat kut...
apa khabor dia ajaknya

- jinggo - berkata...

Pb

saya keduanya - takut rasa ketinggalkan : baca kat intenet aja....
ngeri.

Eco Kid Adventure on Facebook