Rabu, 18 Februari 2009

kisah wanita yang di' telanjangkan '...

Eli - disatu Program yang dihadiri.
KITA SEMAKIN TIDAK FAHAM.
tapi mungkin ada yang faham - ini politik.Politik yang dihujung - kami mesti menang.dan kamu dan kamu mesti kalah : dan dikalah dalam apa bentuk sekali. Samada kalah reputasi , kredebiliti , moral - yang kamu mesti kalah.
itu cerita orang yg FAHAM apakan itu politik
kepada kita yang tidak faham mungkin begini.
YB ini ditelah menawarkan diri bertanding - dan rakyat telah memilih : itu yang rakyat mahu.teruskan dasar kamu.dan kami akan menerus dasar kami.
dihujungnya kita berada di bawah sistem perlembagaan yang sama.
kita saling hormat menghormati atas kapasiti masing - masing
TAPI HARI INI.
kita semakin tidak faham.
ini sudah menjadi satu budaya.budaya akan terus menjadi ' patent '.
kisah seorang wanita Malaysia yang secara zahir ingin
berkhidmat pada masyarakat.
seorang wanita yg secara zahirnya ingin menawarkan diri untuk masyarakat.
hari ini - meletup satu cerita yang ' dibesar2kan'.
INI PELUANG UNTUK YANG NAK MENANG
DAN SENTIASA MAHU MENANG.
kenapa sampai begini.
Kenapa ada kesanggupan membuka AIB yang tuhan telah tutup selama ini...
Pandangan saya.
Komen2 di TV semakin tidak banyak membantu.dan komen dari YB Pasir Mas lagi menakutkan.
Kita ucapkan tahniah kepada Eli kerana bertindakan atas prinsip :
PEMIMPIN SEHARUSNYA BERSIH
dan semua seharusnya menjadi satu panduan.
Tawar diri letak jawatan seandai sudah terjerumus
ke kancah moral mula dipertikaikan...
yang menarik : pemimpin cina memberi pandangan dari sudut berbeza -
dari pemimpin besar MCA ( kita fikirkan kenapa ? )

19 ulasan:

noriza berkata...

Tentunya sebagai pemimpin mesti bersih zahir dan batin. Kesediaan seseorang untuk letak jawatan itu adalah baik. Kerana dia tidak boleh dicontohi lagi. Terpulanglah pada penilaian masing-masing....Macam mana nak kempen masyarakat jadi baik, sedangkan diri sendiri masih melakukan perkara yang tiada contoh pada diri kita sendiri. Fikir-firkanlah

Tirana berkata...

Jinggo perasan atau tidak, pemimpin2 bukan melayu jika diaibkan, dengan sukarela letak jawatan tapi pemimpin melayu yang beragama islam jika terbuka keaiban (walaupun benar ianya berlaku) bukan main lagi mempertahankan diri untuk menegakkan benang yang memang basah. Agaknya orang melayu ni kemaruk sangat nak jadi pemimpin kot..hehehe..(maaf..kasar sikit bahasanya..)

arryani berkata...

Hampir 20 tahun saya bergelumang dengan kisah -kisah politik tanah air.

Sejak zaman aruah ayah saya dulu....

Yang pasti, politik kini lebih ganas, mencabar, mengaibkan...dan banyak lagi.

Dah faham jugak dengan selok belok politik..

Dan untuk komen N3 ini,

itu jalan terbaik buat Eli kerana banyak yang perlu difikirkan.

Dan pada media, hentikan kata-kata kesat anda.

Kalau pun mreka silap, ianya perlu disusuli bukti yang telus.

Kalau pun mreka bersalah biarlah diadili.

Bukan dengan menghina dan menarik perhatian kita dengan semburan kata-kata tersebut. Dah tak tahan dengar! Bahasa menunjukkan bangsa...

Untuk YB, YB, masa inilah kita akan tau, siapa lawan....siapa kawan.

Sesungguhnya anda sentiasa diperhati. Tolong jaga 'harta peribadi' anda.

Pada kita-kita, doakan kesejahteraan bersama.......

arryani berkata...

Nak tambah sikit...

Kita juga perlu fikirkan ekonomi, pembelajaran anak-anak, kerjaya, dan masa depan kita sendiri kerana org2 politik kini sibuk bercakaran sesama sendiri.....

Kita perlu ingat-mengingatkan satu sama lain.

Jangan dah terantuk baru nak terngadah. Masa tu takut2 tak ada orang yang perasan sebab semua sibuk dengan 'dunia' masing2..

Mak Su berkata...

aku harap janganlah ada sesapa gatal ketiak gatal halkum gatal montot gi gatal-gatal letak gambar aku tengah sarung selipar toilet sebab nak masuk ke bilik air dalam rumah sendiri dan cuma berkemban towel yang pendek sebab aku kat dalam rumah sendiri.

that's all

-SRISUFI- berkata...

salam cikgu,

sungguh...
di kaca TV segalanya PROPA...
berat sebelah...kronisme..pendek kata 'meluat' nak tengok berita.

tiada apa yang HEBAT bagi seorang pemimpin melainkan pimpinan berprinsipkan 'kembali kepada kebenaran'

CONTOH::
Tuan guru Nik Aziz.Bila dia bersuara tak seorang yang berani membidas kerana setiap fakta yang dikeluarkan dilapis dengan ayat2 Al-Quran.Ini baru seorang tokoh pimpinan yang hebat.Mengutamakan kepentingaan rakyat drpd diri sendiri.


**hebat memimpin tidak bermakna hebat mencaturi akhirat

wallahualam

- jinggo - berkata...

cgu ija

sepatutnya semua begitu - satu ciri2 pemimpian yang baik adalah kesedian untuk berhadapan dengan konflik dan risiko.

dan yang paling penting : cakap serupa bikin.....

moral untuk kita - nikmat kuasa adalah ujian Allah.

- jinggo - berkata...

puan tirana

itu sebenarnya saya nak cakap kat hujung - tapi tak sanggup nak guna bahasa tu.
eli - bertindak atas prinsip dan semua macam tu....

kalau orang kita - belit selagi boleh belit.
tu yang sebenarnya.

saya akan gunakan cerita ini untuk kongsikan dengan pelatih di kem - kepimpinan harus disertai dengan pronsip

jane berkata...

salam cikgu,

sian juga dekat eli.
tapi, matlamat tidak menghalalkan cara. teruk betul pemimpin sekarang.

- jinggo - berkata...

Puan Aryani

saya ahli politik yang tidak gemar berpolitik.
apa yg berlaku hari ini - sejarah terburuk yg seterusnya akan beginilah....
selepas ni seluar dalam siapa lagi yg mahu didedahkan..

PR memang bukan sebab rakyat mempersoalkan dasarkan ataupun kelainan - tapi muak dan loya dengan persembahan YB BN - sombong - terutamanya dalam bab komunikasi...

tgk ajalah dalam Parlimen.
semua nak kena masuk kelas bahasa.

apa yg berlaku pada eli.
semuga dia diperolehkan ketenangan...

- jinggo - berkata...

mak su

jangan ada sapa ambil gambar saya kat rumah....
pakai kain pelikat - bolen !

saya saman.

- jinggo - berkata...

seri

saya suka menjadikan Nik Aziz sebagai perbandingan watak seorang pemimpin....
EQ amat betul.
kalau tidak bercakap berlapikkan hadis pun - ideanya cukup menyejukkan...

semuga akan lahir lebih ramai Nik Aziz kat Malaysia

- jinggo - berkata...

cgu jane.

sebaiknya cerita politik kita hari ' jangan ' dimasukkan dalam sejarah
buat malu pada generasi anak cucu nak baca...

SAYANG SARAWAK berkata...

semoga perkara sebegini tidak terjadi kpd pemimpin2 Islam di negara kita.

Daddy Cool berkata...

Jinggo...daddy rasa ulasan jinggo lebih memandang kepada the big picture...tahniah daddy ucapkan, memang orang cakap diorang simpati dengan Eli..invading privacy...tapi situasi dia ketika itu bagaimana? kehidupan cara mana yang beliau amalkan? Bawa lelaki yang bukan suami, boleh berketiduran sekatil... rendah sikit la moral tuh..camna nak memimpin orang bawahan...Sesuai la dia letak jawatan...memang pemimpin kena bersih-sebersihnya, dan jika kotor pun, pepandai la ko coverkan!

mountdweller berkata...

Jati diri menetukan menang kalah. Jati diri juga menentukan maruah.

- jinggo - berkata...

sayang serawak

kerana benda ini telah pun terjadi - dalam kes moral ini : diharapnya semua bergerak dan bertindak atas prinsip

- jinggo - berkata...

cgu daddy coll

apa yg berlaku hari ini - terutamanya dalam kes yg melibatkan eli.
prinsip.
kuasa...
memimpin harus berprinsip
kuasa bukan kita kita lebih berkuasa.....

- jinggo - berkata...

tuan mount

doa kita semuga kepimpinan yang kita payungi mambu menjadi contoh untuk generasi akan datang...

Eco Kid Adventure on Facebook