Selasa, 17 Februari 2009

Betul ke lelaki macam tu...

Perkara pertama yang akan dilakukan oleh kebanyakan perempuan setiap kali
kalau bangun tidur adalah :
membasuh muka – tengok cermin
Tengok cermin basuh muka.
Kenapa – kecantikan.
Untuk siapa – Lelaki.
Kerana lelaki perempuan nak cantik – dan mesti kelihatan cantik
SEJARAH LELAKI DAN KECANTIKKAN.
Lelaki2 di Babylon pada zaman purba misalnya , suka membubuh minyak pada rambut mereka , dan kemudian menkerintingkan kerana bagi mereka ‘ keringting itu menawan ‘.
Di Era kegemilangan kerajaan Mesir Purba pula ujud tradisi mencelup janggut dengan emas , khususnya dikalangan bangsawan . ketika itu janggut memang menjadi kebanggaan lelaki. Orang yg tak berjanggut tidak mendapat tempat dalam sistem kemasyarakatan.
Di Mecedones – sebelum kemunculan Alexander the Great hampir setiap lelaki berusaha menyimpan janggut.Tradisi ini berubah bila Alexander menitahkan askar2nya memotong dan mencukur janggut. Raja dan panglima perkasa itu berpendapat – janggut boleh membawa celaka ketika bertempur.
LELAKI MEMANG SUKA YANG CANTIK
Kerana itulah Countess Elizabveth b’athory ( 1560 – 1614 ) wanita kenamaan Hungary yang menculik dan membunuh kira2 650 orang gadis untuk diambil darahnya. Dengan darah itulah dia mandi kerana percaya melalui cara itu kejelitaannya dapat dikekalkan.
Kerana lelaki memang hanya nak yg cantik – gadis2 yang tak cantik dalam suku kaum Iralas di Tamil Nadu dan Kerala , India biasanya akan dikahwinkan dengan sepohon pokok atau sebilah pedang kerana resam lelaki dalam masyarakat itu menolak wanita hodoh.
PEREMPUAN SANGGUH LAKUKAN APA SAHAJA
UNTUK MEMUASKAN HATI LELAKI ( untuk menyempurnakan mata lelaki )
Kaum Manbetu di Zaire menhimpit kepala bayi2 yang dilahirkan dengan batu supaya menjadi tirus kerana sejak zaman dahulu mereka menganggap kepada yang paling cantik adalag yang tirus – tirus.tubuh mereka pula diwarnai , kadangkala dicucuk2 sehingga berparut sebab parut pun mereka anggap cantik
BAGAIMANA LELAKI KITA.
Kerana lelaki adalah lelaki – fitrahnya sama.
Sukakan kecantikan.
Adakah itu penyudah dalam segala urusan.
Menurut Mr Donald Trump memang perempuan cantik ada magnet untuk menarik perhatian ( dalam kontek perniagaan ) tapi sering orang membeli bukan disebabkan kuanliti barang
tapi ‘ fitrah ‘ kecantikan.
Untuk itu kita sama2 sedar dan tahu – biarkan cerita fitrah sekadar cerita.Yang perlu kita tahu - diantara kecantikan fizikal dan lagi satu kecantikkan…
Kecantikan sosial.
Kemampuan untuk mengimbangi keperluan diri sendiri dan keperluan orang lain dalam kontek sosial dan mampu membezakan antara PERCAYA dan KEPERCAYAAN dalam kontek agama.

Untuk itu jangan jadi kecantikan diri sebagai tiket untuk menjadikan diri kita berbeza
Untuk itu jangan jadikan keburukan diri sebagai tiket untuk menjadi kita kita berbeza..
Sumber dari buku ANAK JANTAN ( minahleter )

30 ulasan:

Tirana berkata...

Jinggo..

Jangan kata lelaki suka yang cantik, perempuan macam saya pun suka yang cantik oppsss..yang handsome..hehehe

Kecantikan sebenarnya sesuatu yang subjektif..bergantung pada empunya mata yang melihat. Orang yang bijak melihat kecantikan seseorang dengan matahati bukan dengan matakasar. Matakasar kadang2 boleh tertipu dengan kecantikan zahir..maklumlah sekarang ni banyak sangat alat2 yang boleh mencantikkan rupa paras.

Kecantikan social, kecantikan rohani dan kecantikan bathin sebenarnya yang menjadi kayu ukur kecantikan seseorang. Tapi kecantikan2 ini payah untuk dilihat dengan matakasar.

- jinggo - berkata...

puan

menarik - pandangan yg tepat kesasaran.saya berpandangan begini : orang2 yg cantik ada sedikit ' ujian ' dari tuhan...nampak macam sedkit kelebihan tapi saya yakin itu ujian dari nikmat yg diberi....

saya bersyukur dengan apa yg ada...

Tirana berkata...

Betul..orang yang cantik biasanya akan ada sedikit ujian. Biasanya gadis yang cantik akan menjadi rebutan..macam semut menghurung gula..hehehe.. Kita yang pandang nampak macam kelebihan, tapi bagi orang yang mengalami mungkin satu ujian buatnya.. Rimas agaknya bila banyak sangat semut dok hurung gula..kena pulak semut yang degil..halau sekali tak reti nak lari..hehehe

~Insan Biasa~ berkata...

salam pagi,

setuju apa kata anda berdua. tapi setiap apa yang dilihat biasanya dr mata kasar dulu la kan...so cantik yang luaran yang nampak dulu...yang jadi penarik....
kemudian dah lama2 baru kita nampak cantik dengan mata hati....biasanya macam tu apa...pandangan yang pertama-penting juga tu.
Di lihat cantik dek mata kasar belum pasti secantik di lihat dek mata hati. Cantik di lihat mata hati, semua akan cantik belaka.Insya'allah...hehehe

arryani berkata...

" Kecantikan adalah unsur awal yang menarik perhatian lelaki untuk mendekati. Tetapi ia bukan faktor mutlak dalam menjadikan wanita itu terus kekal dalam hati lelaki"........(N3 saya yg lalu)

Berapa ramai wanita cantik kesunyian, kesepian dan kesedihan..

nurdaniella berkata...

salam cikgu.. rasanya memang resam manusia sukakan pada yang cantik.. malah Allah juga sukakan keindahan.. bagi wanita yang sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik di mata suami, akan bahagialah hidupnya..

- jinggo - berkata...

puan tirana

bayangkan perempuan cantik - orang lelaki ni ( setengannya ) kalau tgk perempuan dari macam2 sudut.....seram nak tulis.
fitnah tu.
perempuan cantik terus nak cantik
lelaki yg handsome terus nak hansome....
kadang2 fitnah pada diri dan pada orang lain....

saya dah azab dapat perempuan cantik....kena buat N3 khas.

- jinggo - berkata...

cgu anis

70 % penghakiman orang terhadap kita dari apa yg dia nampak.
jadi kita ( sedaya ) mahu memenangi pandangan pertama tu.itu keperluan.

30 % lagi selepas buka mulut.
masa inilah keadaan berbeza...cgu fahamkan.

jadi untuk itu kita kuasai semua faktor...

- jinggo - berkata...

puan aryani

macam kata puan tirana - cantik tu nikmat dan ujian.
semua orang kena tahu dalam bab tu.
itu bukan penyudah...
sebab hidup kita hari ini berasaskan skill ( kemahiran )...

beruntung kita menjadi lelaki dan perempuan macam ni aja.....

IndukYati berkata...

Salam Jinggo

tanggapan pertama..kebiasaannya kita mahu lulus sebaik mungkin dalam bab ini..benar kata Donald Trump itu.
Produk tolak tepi dulu..walaupun ada produk lain yang lebih baik kualitinya...dek kerana si pemilik tangan yang menjaja produk itu amatlah ayu dan tak berkedip mata memandang..lantas air liur pun tak henti mengalir keluar dari mulut yang menganga..
Susah nak katalah..bukan semua lelaki begitu..kadang kadang pak haji dan lebai pun boleh tergoda sama dek kecantikkan gadis yang melintas didepan mata...habis camno lagi nak buek...sobar ajolah..

- jinggo - berkata...

puan nur

kerana itu adalah nikmat sementara - semuga kita dipermudahkan mengurus nikmat yg diberi...

jangan tersasar....
sebab saya yakin - melihat dan dilihat cantik adalah fitrah.

dan yakin pada kecantikan sosial.

- jinggo - berkata...

saudara induk

kat rawang ni - ada taukeh petrolstation yg ada duit lebih - letakkan perempuan cantik ( senyum aja ) - penuh orang datang untuk lihat dia tersenyum...
elok aja bertudung..
habis kerja...
hampeh
buka tudung.rambut perang.....

sebab lelaki ( kita lelaki ) fitrahnya sama - macam semut dah gula kut - tapi cantik tu NIKMAT ....

mademoiselle ain berkata...

kalau setakat cantik luaran tapi hakikatnya dalaman sangat buruk dan huduh pun tak guna..

cukuplah sekadar cantik di dalam kerana hanya manusia yang mempunyai akal dan mampu berfikir dengan wajar mampu menilainya. bukan saya kata orang yang suka pada kecantikan luaran tu tak ada akal, tp kadang2 mereka yang sukakan kecantikan luaran ni mempunyai niat seperti, "aku nak tunjuk pd kwn2 yg aku pun mampu dpt awek/pakwe cantik/handsome".. jgn kan kerana mahukan kecantikan luaran, sanggup membuat pembedahan plastik utk memuaskan org sekeliling..

*pd saya, biarlah sekadar cantik di dalam..kecantikan luaran hnya utk tatapan dan bersifat sementara shj tp kecantikan dlman kekal selama-lamanya..*

- jinggo - berkata...

ain

sepatutnya begitu - cantik diluar dan cantik didalam.
cantik diluar ada fitrah
cantik didalam ada itu yg sepatutnya...

sebab impak kecantikan sosial besar kesan dalam hubungan sosial.
apa itu kecantikan sosial
menampilkan yang terbaik dalam diri sendiri + menampilkan yg terbaik dalam diri orang lain...

Mak Su berkata...

saya tak cukup hormon pempuan ler jinggo, (frustnya saya), sejak kecik lagi, saya bangun pagi jer terus kejar bilik air, empangan dah penuh...wakakakaka.

- jinggo - berkata...

mak su..

he...
tergelak sakan bila dengar empanangan penuh dan kurang hormon perempuan..
kalau tak cantik tak berderet....gang topeng !!!

-SRISUFI- berkata...

salam hebat cikgu

sangat menarik entri ni..KECANTIKAN memang keutamaan dlm memilih 'sesuatu' walau dlm bentuk apapun 'sesuatu'itu.

bagi sri semua kejadian itu cantik.Malah DIA telah menjadikan setiap sesuatu itu sempurna.Manusia sahaja yang mengklasifikasi yang cantik...yang tak cantik.

yang penting adalah KECANTIKAN AKHLAK.jika akhlak tak cantik..rupa menawan jadi hodoh.

pepatah orang putih:
'better have a bad face than have a bad character'


**kalo shopping selalu pilih barang utamakan kualiti..hehehe

Lina berkata...

memang fitrah semua sukakan kecantikan. Utk lelaki semestinya mereka sukakan perempuan cantik. tapi kalo cantik shj, dalamannya tak secantik wajah, diorang akan lepaskan jgk...kecuali lelaki yg boleh stand dgn perangai buruk perempuan tu...

- jinggo - berkata...

'better have a bad face than have a bad character'...kata seri.

itu secara zahirnya.kita membeli berdasarkan apa yg kita nampak luaran.
begitu juga dengan kita.
mahu orang ' membeli' kita : itu formulanya.
dalam kontek hubungan sosial kita perlu 'menjual dan dibeli ' oleh orang lain.
kerana bila orang 'membeli' kita bermakna kita masih ADA disisi orang lain...

macam beli baju.sejauh mana yg cantik diluar cantik didalam...

kita : selalu tertipu dengan produk cantik.sebab kedai RM2.RM99 sen laku....
sebab konsep kita begitu....

- jinggo - berkata...

lina

satu pandangan yg menarik.lelaki ( yg tipikal ) melihat perempuan dari sudut itu kut...
sebab kecantikan hanya modal untuk menjual sahaja.
kuanlitinya - macam kata sri....

mountdweller berkata...

Sdr. Jinggo,

Jangankan lelaki, Allah pun sukakan kecantikan.

Sememangnya lelaki begitu. Yang buta pun nak cari yang cantik!

Itulah kelebihan kaum Hawa. Mereka terlalu istimewa.

- jinggo - berkata...

ini kesimpulan pada semua pandangan : Allah pun suka yang CANTIK.

sebab tu nak ngadap Allah mesti cantik2 ( berdasarkan hukum ) - dan terima kasih kerana pandangan yg menarik...

noriza berkata...

Saya sedar atas ketidakcantikan saya. Namun saya juga punya hati dan perasaan untuk disayangi dan menyayangi. Kalau saya cantik agaknya tentu saya tak begini. Namun apapun saya bersyukur atas kurniaan Tuhan atas wajah ini.Walaupun saya tak cantik , atas kesedaran diri saya mesti tunjukkan bahawa saya juga punya kelebihan tersendiri. Kerana itu saya masih berusaha dan berusaha agar insan-insan yang pernah menghina kerana saya tak cantik itu akan menginsafi keterlanjuran mereka menghina saya. Saya cukup emosi kalau cakap bab cantik dan pandai ini. Kerana peristiwa inilah yang sering menghantu perasaan saya sampai tika dan saat ini. .....

- jinggo - berkata...

cgu ija.

kat Malaysia ni kita masih meletakkan 'apa yg orang nampak' diatas.
kaya mesti kereta besar
kaya mesti rumah besar
kaya mesti sekolah tinggi...

kalau dibarat - Oprah diantara terkaya dalam arenanya.Whopi diantaranya lagi..

sebab mereka diukur berdasarkan potensi

moral - yang cantik sombong biasa
kalau dah tak cantik sombong - macamana tu.......ada juga yang macam tu kan....

LotsOfLove-Pearls berkata...

Salam..
Berfikir seketika..

bluehope berkata...

Cantik...semua org suke, lelaki atau perempuan. Ada juga org tak suke yg cantik sbb cemburu. Cantik juga merbahayakan...byk masalh leh timbul sbb cantik.

Cantik tak kekal lama kecuali kecantikan dalaman. Dgn ini...cantik2 kan lah dalaman anda sekalian supaya anda rasa berbaloi anda cantik.

- jinggo - berkata...

lotOfLove

dah habis fikir belum.....he....

- jinggo - berkata...

bluehope

itu jawapan yg terbaik seharusnya kita sama2 menjadikan panduan dan ingatan....

pastikan kuanliti.....

Habshah berkata...

Assalammualaikum,

sebenarnya saya lebih suka pada maklumat mengenai apa yang dilakukan oleh manusia untuk kelihatan cantik. Macam Countess E b , kaum Mambetu Zaire dll. Posting yang sungguh menarik. Terimakasih

- jinggo - berkata...

cgu habsah

terima kasih kerana komen dan saya yakin itu yg terbaik.

mungkin satu hari nanti nak singgah sekolah cgu....

Eco Kid Adventure on Facebook