Ahad, 1 Februari 2009

ada cerita

Bertempat di Eka Education Centre - Batu 12 3/4 - Gombak
Satu pertemuan yang amat cantik pembikinannya.
sekumpulan ' manusia ' yang tidak mahu berjaya seorang..
sekumpulan ' manusia ' yg menyediakan komitmen untuk menjadi MENTOR kepada sekumpulan ' manusia - manusia lain '.
Sekumpulan sister2 dan brother dari UIA berkumpulan dalam menjadi satu titik mula untuk sama membantu sekumpulan
' parent2 ' yang tidak lagi mahu melihat kejayaan anak2 disekolah hanya ditangan sekolah.
Majlis dimulakan dengan sedikit cerita dari En Harun Abu Bakar( boss besar...) dan seterusnya panjang lebar dari YDP - sekolah Sri Huda Gombak.
Kenapa dengan 'manusia ' ini : mereka adalah - mungkin sebahagian kecil siswa siswazah yang mahu menjadi zahirnya mereka dikampus bukan sekadar pertemuan biasa2 -
untuk dapatkan ijazah ataupun untuk dapatkan jodoh.
tahniah kepada Syah - fauzan dan rakan2 : ini media terbaik kalian.
semuga komitmen dan seterusnya keinginan kita boleh membantu PIBJ melihat yang cemerlangan pelajar bukan lagi terletak 100 % ditangan sekolah
Malam : teknik melayan - mendengar
seterusnya - inilah sebahagian dari cerita.
menyediakan kudapan untuk kawan2....
dari perbualan panjang dengan YDP ( sekolah swasta tentunya orang besar )
satu kesimpulan yg boleh disimpulkan.
kenapa ada parent yg menyekolahkan anak di sekolah swasta.
adakah sistem sediakan tidak bagus.
adakah orang yg bagus2 diatas sana semua sekolah swasta.
MUNGKIN BEGINI
sistem yang berurutan tahun demi tahun.kecemerlangan pelajar diukur pada bilangan A.
Sedangkan persoalan dikiri kanan semakin sukar untuk ditepis dikawal -
perubahan demi perubahan yang membuat sekumpulan parent inginkan satu kelainan dalam sistem pendidikan anak2.
Yang menariknya -
KAMI MAHU MENJADI SEBAHAGIAN DARI PENCETUS PERUBAHAN ANAK2 KAMI.

10 ulasan:

Tirana berkata...

Orang yang ingin kejayaan hanya untuk diri sendiri sebenarnya dia belum "berjaya" dalam erti kata sebenar. Biar kita menjadi seperti "hati kancil sama dicicah, hati gajah sama dilapah"

- jinggo - berkata...

Puan tirana

terima kasih kerana komitmen untuk meletakkan komen disini.
itu bukan sekadar cerita - saya lihat dan terlibat dengan sekumpulan parent yg sama2 nak duduk dan melihat A - Z perkembangan anak2 bukan lagi 100 % pada sekolah.

insyallah : saya akan berurusan nanti.madsudnya penglibatan pengatahuan puan saya perlukan....

Tirana berkata...

Masa saya bagi komen tadi, pendek aje ceritanya...rupanya ada sambungan.. Alangkah seronoknya kalau semua ibubapa ada kesedaran begitu, tidak meletakkan pendidikan hanya kepada sekolah. Pendidikan anak bermula sejak dia dilahirkan ke dunia. Itulah kesedaran yang ingin saya sebarkan. InsyaAllah jika ada ruang yang boleh saya sumbangkan, saya tidak keberatan..mungkin dari segi idea, maksud saya.

mountdweller berkata...

Salam sdr. jinggo.

Ada 3 sebab sikaya hantar anak ke pusat pengajian swasta. Pertama memang inginkan kelainan di dalam pembelajaran, kedua mahu anaknya bebas dari segi etika dan apa-apa yang mengongkong sebab mereka berduit, ketiga nafsu ingin menunjuk-nunjuk yang aku berduit dapat hantar anak ke pusat pengajian swasta.

Apa pun bab kepimpinan ini adalah satu bab penting pada manusia. Selemah-lemah pemimpin adalah yang hanya boleh memimpin dirinya. Sebaik-baik pemimpin adalah manusia yang berjaya memimpin orang lain untuk kejayaan bersama. terutama pemimpin bagi sebuah negara.

Kejayaan sebuah masyarakat atau negara terletak kepada kebijaksanaan pimpinan seorang pemimpin utama.

- jinggo - berkata...

Puan tirana

rasanya semua ibubapa ada kesedaran kearah itu - cuma ruang sahaja.apa yg lihat ( dari pengalaman ) - medianya adalah PIBG - ini sudah jadi medan kepada JKKK melebarkan pengaruh.

selain - dari biroksi pentadbiran sekolah.....

kalau di sekolah swasta : media jelas.

- jinggo - berkata...

Tuan Mount

Saya setuju 200 % apa yg tuan komen disini - begitulah sebahagiannya...
yang ke3 tu pun ada betulnya.
tapi ratanya berdasarkan pengalaman saya - kalau ke Al Amin ni biasanya kelompok JIM , kalau ke Al Huda biasanya kelompok ABIM.

saya tak berani nak tulis komen ke3 tu...
kita sedia maklum kadang2 label2 yg tidak memberi apa2 kepentingan untuk jangkamasa panjang....

siti_m berkata...

di sekolah2 sekarang jarang sekali kita berjumpa ibubapa yang mahu terlibat dengan pendidikan anak.. dari pengalaman saya sebagai warden ada ibubapa yang serahkan atau sengaja masukkan anak mereka ke asrama untuk dididik oleh guru dengan alasan tak dapat menjaga anak sendiri... seorang anak tak boleh dijaga macam mana warden nak jaga beratus pelajar???
ada yang hanya tahu mencari salah guru tapi tidak sanggup untuk membantu... kadang2 sewaktu majlis menyampaikan keputusan peperiksaan dijadikan tempat menghentam guru... sedangkan waktu itulah sepatutnya dicari jalan penyelesaian....

- jinggo - berkata...

cgu ct m - terima kasih kerana pandangan.

rasanya semua cgu kat sini setuju adalah dikalangan ibubapa yg begitu...pendidik dan penambahbaikkan dalam hidup anak2 adalah tanggungjawab sekolah.
anak biol - salah cgu
anak tak berdisiplin - salah cgu
anak pandai - dia aja yg betul !!

terima kasih.

mountdweller berkata...

Salam sdr jinggo.

Maafkanlah sekiranya menyentuh sesiapa. Saya hanya komen secara umum dari kaca mata saya.

- jinggo - berkata...

Tuan

rasanya tidak ada apa yg tidak kena dengan komen tu. Menarik untuk difikirkan.

terima kasih

Eco Kid Adventure on Facebook