Ahad, 15 Februari 2009

Ini cerita seorang Kaum yg Allah bagi Cuti

semuga anak ini tahu yang dia adalah kaum yang istemewa
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
1,000 lelaki yang soleh.
Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah".

Dipetik dari Hadis Rasullullah SAW mengenai wanita

24 ulasan:

Tirana berkata...

Kelebihan wanita mengikut fitrahnya..dan kelebihan lelaki mengikut fitrahnya juga..jadi masing-masing ada kelebihan. Alangkah bahagianya jika lelaki dan perempuan tahu menghargai kelebihan masing-masing.

mountdweller berkata...

Salam sdr. jinggo.

satu n3 yang amat baik untuk dijadikan pedoman dan tambahan ilmu.

Bukankah kerana wanitalah dunia ini dipenuhi oleh makhluk yang bernama manusia. Kerana adanya merekalah juga kita ada di sini.

Semoga sdr. diberkati

catz_mafia berkata...

Jinggo,
Rasa amat dihargai..

noriza berkata...

Terima kasih atas atas tulisan yang banyak menyedarkan saya. Bukan tak tahu kekadang terlupa.Namun kekadang kesedihan itu tak mampu melawan emosi ini. Insyallah bantuan dari Allah akan tiba jua bagi isteri yang solehahkan.Perlu diingat jua Allah tidak akan membebankan hambanya lebih dari yang mampu ditanggungnya. Terima kasih kerana saudara memahami fitrah wanita itu. Bahagianya kalau semua lelaki seperti saudara. Bahagianya jua jika peristiwa semalam berulang agar mampu mengukir memori indah sebagai peringatan untuk hari ini.Salam buat lelaki yang memahami fitrah wanita...

kakyong berkata...

Syukur Alhamdulilah...lsly

arryani berkata...

Menangis bila mengenangkan janji-janji Allah kepada kaum wanita yang menepati ciri-ciri dan kehendaknya. Betapa wanita juga satu makhluk yg berhak untuk hari-harinya.

TETAPI.........dalam masa yang sama, menangis juga apabila terkenangkan ramainya wanita yang sengsara oleh 'mereka' yang menjanjikan bahagia.

Kerana saya mengungkapkannya?? Kerana terlalu banyak contoh yang berkisar di depan mata.

Baru semalam seorang wanita beranak 3, datang kepada saya yang mengadukan nasib dirinya......

Dan seperti biasa, saya tetap akan menjadi pendengar yang setia...

Mak Su berkata...

perempuan kena sedar :)

Brahimnyior berkata...

Hmm, mike tau? Teman paling tak siok kalu dengo 'oghang ghumah' membebel. Ada oghang kata berletior.

Teman diam jer, kalu agak-agak takleh tahan, teman caghi keghoje bersih laman ke, tanam pokok ke, nebeh semak kelilin ghumah..

Mike macamane?

~Insan Biasa~ berkata...

:-)...

- jinggo - berkata...

puan tirana

kita ada kelompok yang saling bergantungan - tidak ada itu dan ini - semuanya berasaskan fitrah.
ketidakmahuan untuk tahu fitrah masing2 menjadikan kita kadang2 - saling menuding itu dan ini...

jane berkata...

salam cikgu,

wanita juga yg sering melukakan wanita lain...

baru sehari dua ini kami disekolah dapat tahu seorang kawan menjadi isteri kedua kepada seorang lelaki yg ada 6 anak....

- jinggo - berkata...

tuan mount

kerana itu seharusnya kita jadikan ini sebagai satu sempadan - tidak lebih dan kurangnya kita - dihujungnya mungkin cerita kita sama....
semuga ruang terbuka mampu untuk menjadikan kita tahu - kadang2 kita berbeza......tapi hakikatnya kita saling bergantungan.

- jinggo - berkata...

cgu cat

saya pun rasanya amat dihargai - kerana yg menzahirkan saya adalah wanita.....

- jinggo - berkata...

cgu ija

itulah kita - fitrah dan bisikan suara kecil kadang2 menjadikan kita selalu melihat perbezaan kita : biar apa pun berlaku dihujung perjalanan kita adalah sama.

- jinggo - berkata...

kak yong

siapalah lelaki tanpa perempuan...

- jinggo - berkata...

Puan Aryani

sekadar untuk kembalikan ingatan - kita hidup berdasarkan fitrah yg zahir secara tabii.
berdasarkan hukum fitrah itu wanita diletakkan satu ketetapan yang seharusnya begini dan begini.
ketetapan itu lah yg membezakan wanita islam dan tidak....

hari ini : kadang2 susah nak bezakan....

- jinggo - berkata...

mak su

lelaki suka kena sedar

- jinggo - berkata...

yop brahim

macam yg teman dah kabokan - kezaliman mulut - dan kena ingat yop musuh orang rumah adalah laki yang diam...

kalau berjawab - panjang pulak ceritanya....

- jinggo - berkata...

cgu anis

bersyukur - kerana Allah bagu cuti.lelaki mana ada......

- jinggo - berkata...

cgu jane

perempuan jua melukakan hati perempuan
lelaki jua melukan hati lelaki

tak reti teman nak mengomenkan ada perempuan macam ni - kadang2 gini aja - satu jari ke orang lain - tiga kena balik pada diri sendiri.

itulah gamaknya.

ari berkata...

Terima kasih kerana mengingatkan...

- jinggo - berkata...

ari

terima kasih kerana kita berurusan

nurdaniella berkata...

salam cikgu.. kan bagus jika semua lelaki tahu menghargai wanita sebegini.. pastinya dunia aman damai..

- jinggo - berkata...

nur

hari ini saya amat2 menhargai semua teman2 ( wanita ) dalam blog ni...
jangan tersasar

Eco Kid Adventure on Facebook