Selasa, 23 Jun 2009

dunia telah mengajar kita sebenarnya....

Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar,
Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.
Rasulullah SAW dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasa nya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.
Rasulullah SAW menyambung kata-katanya lagi.
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.
Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil
moral untuk difikirkan
kerana cabaran persekitaran yang berbeza : seharusnya pandangan kita juga harus berbeza hari ini. ancaman dalam dan luar semakin tidak mampu ditahan2 - apa kuasa kita lagi untuk menahan.budaya demi budaya.tabiat demi tabiat hari menjadi kita semakin menakutkan : Kuasa apa lagi yang kita ada mampu untuk menjadi ' anak2' perempuan dipersekitaran kita tahu dan mahu belajar bahawa dunia dan alam telah mengajar kita sesuatu.
sementalahan menjadi seorang bapa ' jarak jauh '.

18 ulasan:

IT'S Me N.a.N.a berkata...

ouh..terharu nya bila saya baca entry nie.

~Insan Biasa~ berkata...

dunia telah mengajar kita...
dan
agaknya berapa ramaikah yang belajar daripada apa yang telah dunia ajarkan itu?

Rozita berkata...

nice blog

nice sharing

sesungguhnya aku, seorang perempuan, isteri & ibu

ONE ZABA berkata...

semalu sudah tidak semalu dulu...

Unknown berkata...

nana...

terharu tang mana agaknya tu ye...
kita ambil semuanya sebagai satu pengajaran...

kerana nana - pun anak perempuan.

Unknown berkata...

cgu anis

macam selalu
kita disini untuk diajar dan belajar...
untuk itu apa lagi.
KITA BELAJAR.....

Unknown berkata...

PUAN ROZITA...

kerana aku seorang lelaki...
ini sekadar kerisauan yang berterusan....

terima kasih.

Unknown berkata...

cgu one

pokok semalu tu apa...
mungkin itu budak sekarang bertanya....
mereka mungkin kenal
MIMOSA PUDICA - nama saintifik pokok semalu...

white rose berkata...

insya'ALLAH...mudah2an anak2 kta nti jdi anak2 yg soleh n solehah...

Unknown berkata...

doa seorang ustazah pada anak2nya...

semuga begitulah adanya ustazah.ruang apa lagi yg kita ada - mendidik .....

Arianni berkata...

Ambillah iktibar dari kisah diatas..moga moga kita beroleh petunjuk..InsyaAllah

Unknown berkata...

ariani

maka begitulah yg sepatutnya...
semuga kita diberkatiNya.

Ummu Mishkah berkata...

analogy yang cukup mendalam maknanya.. tu gambo anak yer.. sweetnyer!

Unknown berkata...

ummu

itulah ceritanya.
mampukah kita serapkan pada anak2 kita...yang hidup ini macam semalu......

mampukah....

Guru berkata...

tq... atas peringatan

Unknown berkata...

cgu..

bukan sekadar peringatan..
kerisauan mungkin....
pokok semalu dah nak pupus......

Keri AlHaj berkata...

dunia dah ajar kita mcm2... persekitaran telah memberi kita pelbagai teladan...
bukan sekadar pokok semalu... malahan pokok pisang pun ada ilmunya tersendiri kalau kita faham pd aturan... hari ni tebang, esok tumbuh.. tebang lagi tumbuh lagi... jgn ditebas sebelum berbuah...

Unknown berkata...

chimera.

cerita pokok pisang tu mungkin sebahagian dari cerita.
mahu kita ambil semua jadikan ilmu.....

Eco Kid Adventure on Facebook