Sabtu, 20 Jun 2009

family power....MUNGKIN BEGINI AGAKNYA



ada cerita baru - yang mungkin biasa2 kepada kita
tapi bagaimana kalau ' cerita ini ' menghilangkan keinginan cgu2 untuk terus memberi jiwa kepada institusi ini.
SAYA NI DAH 20 TAHUN MENGAJAR KAT SEKOLAH NI EN JINGGO
AKHIRNYA BEGINILAH
DAH 2 KALI KENA SAMAN DENGAN PARENT
SEBAB..
INI SISA2 DARI KOMITMEN YANG ADA
sekolah kami berbeza : Kuasa Famili lebih besar dari sistem pendidikan itu sendiri.
seakan2 ' mereka ' boleh mengaturkan yang terbaik untuk anak2 mereka.
AKHIRNYA SAYA MENYATAKAN YA.
memang dah lama dengar cerita begini.terutama anak2 yang datang dari zon elit.
seakan2 : hanya kami yang tahu siapa anak kami
cgu jangan pandai2 nak atur - aturkan.
jangan pandai2 nak suruh anak2 kami pakai tudung
kami tahu yang terbaik untuk anak2 kami.
AKHIRNYA
lahirlah generasi A++++ yang hanya kaya dengan A.
jiwanya kosong.
Sekadar Pandangan
itu mungkin sebahagian dari cerita yang kita pernah dengar - betapa cgu kadang2 tidak mampu bergerak lebih jauh dari ' sistem ' yang sudah diaturkan oleh famili.
cgu2 tidak mampu lagi meninggikan suara apatah lagi nak lebih dari itu.
jadilah cgu2 hanya sekadar mengikut rutin hari ini - hari esok dan seterusnya.
seterusnya.
tahniah kepada sebarisan guru2 SK Asunta 2 yang mengambil risiko.
dan tentunya anak2 murid cgu sebahagiannya
A++++++++.

11 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

kadang-kadang menung jugak wak....(asyik menung je saya ni kan)? hehe

terfikir agaknya kenapa guru-guru sekarang semacam di pandang sipi je...dengan sebelah mata. Pandangan pun adakala cuma didengar2 saja. Akhirnya terwujudlah guru jadi-jadian ....

Budak2 sekarang pun majoritinya mempunyai 2 personaliti....kat sekolah begini kat rumah begitu...

Uish pening bila bagi laporan , ada yang tak nak terima ....xlah semua..segelintir saja.

- jinggo - berkata...

cgu anis

saya teringat pada cgu ali.cgu abbbas.cgu shari.cgu salmah : kat sk sg jejawi - teluk intan.
cgu yang sama rentaknya
cgu yang sama keinginan

mungkin persekitaran kadang2 menjadikan cgu kadang2 dipandang amat2 sepi...
terutamanya
dikawasan elit !
kenapa agaknya....

pada saya : inilah semulia2 kerjaya.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

saya bersekolah di dua kawasan berbeza luar bandar dan bandar...

saya juga merasai perbezaan suasana di 2 sekolah yg berbeza...

rasanya guru dari dua-dua kawasan berbeza ada cabaran masing2..

guru sekolah luar bandar hadapi cabaran berdepan dengan murid-murid yg mungkin kurang mendapat peluang utk belajar dgn sempurna kerana kebanyakan anak org susah

tapi guru di bandar hadapi cabaran dengan ibu bapa pelajar, walaupun pelajar ni mendapat pelbagai kemudahan dan juga peluang tp kebanyakan mereka tak guna peluang itu dgn sebaiknya

berbeza dgn pelajar luar bndar yg terpaksa bersusah payah utk berjaya

- jinggo - berkata...

wan..

betul tu
cgu di luar bandar vs di bandar.
niatnya sama
pendekatan harus berbeza.

tapi
cgu tetap cgu - dimana2 pun kerja sama.yang beza - tekanan dari persekitaran yg menjadi mereka
berbeza.

saya pun nak jadi cgu dulu..
tapi hari ini - cgu juga - cuma persekitaran berbeza - niat yg sama.

2_one berkata...

bila memikrkan ttg cabaran sbgini...sy tertnya2 mcamna lah keadaan pada zaman sy nanti.bila sy keluar jd seorg guru..mesti keadaannya lbh mencabar krn negara makin maju..ibubapa pula dikalangan org yg hebat2...

Tirana berkata...

Zon elit...silap teknik, cikgu kena saman, silap cara, cikgu disalak.. Ibubapa elit mengganggap mereka yang terbaik agaknya sehingga apa yang orang lain buat salah belaka..sehingga anak-anak tidak boleh ditegur barangkali. Namun tidak semua ibubapa di zon elit bersikap demikian. Masih ada yang menghormati guru dan meletakkan guru di tempat yang sepatutnya. Di kampung pun ada ibubapa yang menyerang guru dengan parang panjang..hehehe.. Walauapa pun, ibubapa jangan terlalu mendengar dan mudah percaya cakap anak-anak. Sebelum bertindak menyerang atau menyaman guru, selidik dulu kedudukan perkara sebenar. Kemudian bawa berbincang dengan pihak sekolah. Sesuatu masalah boleh diselesaikan tanpa perlu kepada kekerasan.. ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak...

- jinggo - berkata...

zati.

itu yg sepatutnya dimasukkan dalam topik perbincangan di maktab.
bagaimana nak kawal emosi + dengan komitmen yang sedia ada....

parent kaki komplen.

macamana tu - kena buat persedian sekarang.mula sekarang.kena belajar mengawal emosi barangkali.......

- jinggo - berkata...

Di kampung pun ada ibubapa yang menyerang guru dengan parang panjang..hehehe.. Walauapa pun, ibubapa jangan terlalu mendengar dan mudah percaya cakap anak-anak...

PUAN TIRANA

saya petik ayat diatas.
itu sebenarnya mungkin - tersalah tafsir.
semuanya dikaitkan dengan sikap ibubapa itu sendiri.

dikampung serang cgu dengan parang panjang.
di pekan serang cgu dengan surat mahkamah......

serang - menyerang.
hormati - menghortmati......

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

wan?

ala cikgu tak suka la panggil wan kat saya..

huhuhu....

- jinggo - berkata...

wan oh wan...

sedap nama tu
cantik
secantik orangnya

~ a m a ~ berkata...

hurm,,
dimara kne sound ngn parents murid, dijentik ckgu kne saman..
mcm2..
sdgkan kalau kita tgk cth dlu2 zmn mak ayah kita y bg rotan kt cikgu suro rotan ank2 dorg yg degil d skola. hasilnya,bdak2 jd orang.
orang yg penuh ngn A dilua n dalam.
bukan sekadar A di slip dan kosong didalam. betapa jauh beza kepercayaan mendidik anak y diberikan oleh ibubapa kepada guru pd zaman dlu n kini..

ibubapa tlalu manjakan anak2-
atau manja 2 sbg ayat penyedap bg perkataan ' tak ambil peduli or tlalu bz ' u luangkan masa dgn ank2 ---> especially parents yg bpangkat besa n dr glgn FAMILY POWER!! haha..

pe ntah yg sy mepek nih..

Eco Kid Adventure on Facebook