Isnin, 29 Jun 2009

teruknya budak tu.....

kita yang warnakan mereka
Hari ini satu pandangan yang amat2 menarik.
BUDAK BULI BUDAK
ini mungkin cerita lama yang kembali dihangatkan.
saya kembali kepada buku
MENANGANI PERGOLAKAN JIWA REMAJA
Dr Muhadamad Said Ramadan Al-Butiy
mereka sebenarnya SAKIT.Remaja sebenarnya sentiasa berada dalam tuntutan tabiat kemanusian dan nalurinya. hari ini bila berlaku itu dan ini kita terlalu PANTAS menuduh REMAJA ini bermasalah.
Remaja adalah kelompok bukan berpenyakit tetapi mereka dijangkiti penyakit dari golongan lain.
JADI , SIAPA DAN GOLONGON MANA SEBENARNYA YANG TERLEBIH DAHULU BERPENYAKIT ( BERMASALAH )
Dikatakan : yang berpenyakit @ bermasalah ialah masyarakat dan lingkungan tempat golongoan remaja ini tumbuh dan membesar - apa yg berlalu seakan PANTULAN dari keadaan masyarakat itu sendiri. Mereka dijangkiti penyakit disebabkan persekitaran setempat.

kata jinggo
Itu adalah asas kepada semua pemasalahan yang harus kita rungkaikan -
kita boleh menyatakan puncanya itu dan ini :
tapi asasnya pemasalahan remaja adalah pantulan dari pemasalahan persekitaran.
dengan apa yang berlaku hari ini - jangan harap dihujungnya kita akan berjaya menyelesaikan kemelut yg semakin meruncing. untuk ubah remaja hari ini ubah sistem masyarakat kita.
saya menulis berdasarkan pengalaman sebagai aktivis sosial - keinginan untuk membantu masyarakat setempat untuk keluar dari kemelut ini kadang2 - sepi.program percuma pun belum tentu masyarakat di bukit beruntung @ bukit sentosa nak datang.

8 ulasan:

mountdweller berkata...

Salam sdr. Jinggo.

Tepat sekali. Memang remaja dijangkiti penyakit yang dihidapi oleh masyarakat setempat sebenarnya. Maknanya masyarakat itu dulu yang telah dijangkiti (berpenyakit).

Seingat saya semasa kecil, kami kanak-kanak seolah-olah dijaga oleh semua lapisan masyarakat kampung. Orang yang lebih tua di kampung itu adalah seperti penjaga kami. Apa yang kami buat pasti akan sampai ke pengetahuan ibu bapa dan ibu bapa pula akan menerima laporan negatif tadi dengan hati terbuka dan kami akan dinasihati atau dihukum.

Tapi adakah ibu bapa sekarang bersikap begitu dan adakah masyarakat sekarang mengambil peranan itu (penjaga) yang dulu pada kami mereka adalah penyibuk!

Pernah satu ketika saya dihalau dan dan sebat dengan ranting keduduk oleh seorang kawan kepada abang kerana mandi sungai. Setiba di rumah bapa pula tunggu dengan rotan sebab selepas menyebat saya dengan ranting keduduk dia terus ke rumah dan lapor kepada orang tua saya.

ONE ZABA berkata...

siapa la kita nak ambik tahu hal orang. nanti dituduh jaga tepi kain org pulak. walaupun kain tu dah koyak rabak.

a kl citizen berkata...

kalau mr jinggo buat konsert percuma... ramailah yang datang..

- jinggo - berkata...

tuan.

imbas remaja dulu dan sekarang.
dulu rasanya - satu kampung tu adalah ' mata2 ' makayah kita - kita dijaga pada setiap ruang...

tidak hari ini.
kenapa agaknya.....

mungkin berfaktorkan kepada persekitaran gamaknya - anak aku - anak aku - anak kamu - anak kamu.....
istilah menjaga tepi kain orang sudah dibesar2kan ( walaupun dari sudut yg positif )

jadilah macam sekarang - tengok aja....

- jinggo - berkata...

cgu one.

kadang2 terfikir juga nak macam tu - siapalah kita nak jaga anakberanak orang lain - sedangkan anak sendiri.........

maaf cgu - itu alasan yg menjadikan semua motivator tidak payah berkerja lagi...
dan cgu2 cukup untuk sekadar pergi kerja balik kerja.......

akhirnya mungkin - kita mengambil sikap : tengok ajalah kain tu rabak....

sebab persekitaran hari ini mahukan macam tu....tengok aja.

berkerja dalam ruang lingkup yg perlu sahaja......

- jinggo - berkata...

dan cgu klcitezen

konsert percuma
dan makan percuma...

ha....memang macam tu agaknya.
saya berjiran dengan Ustaz Asri ( rabbani ) - itulah ajalah modalnya pun....

majlis yg ada Ustaz Asri mungkin penuh...majlis yg ada Ustaz Harun ( he.... ) boleh dikira.....

Tirana berkata...

Nilai murni dalam masyarakat dan persekitaran kita semakin berkurang..Sukar bagi remaja untuk melihat nilai2 tersebut sekali gus menjadikan mereka ketandusan peribadi mulia yang boleh dijadikan contoh dan teladan. Apa yang mereka nampak ialah nilai negatif dan berpenyakit. Itu saja contoh yang mereka ada jadi tidak hairanlah kalau remaja sekarang bersikap dan berkelakuan negatif.

- jinggo - berkata...

puan..

yang lebih penting
acuan dunia hari seakan2 memerangkap kita.
dunia untuk keseronokan
dunia untuk kebendaan...

itu yg dicari
itu yg dikejar

kita tak perasan ada yg tercicir...

Eco Kid Adventure on Facebook